Didik anak cinta Allah adalah keinginan terbesar buat Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir untuk permata hatinya iaitu Muhammad Luth Ali.
Perkongsian melalui instagram Saharul dan Deena, memang jelas mereka berdua begitu menitikberatkan soal agama dalam diri Ali walaupun bukan secara formal.
Paling mengagumkan, Saharul yang kini sedang mengikuti kelas mengaji al-Quran turut membawa Ali bersama-samanya dengan tujuan membiasakan Ali mendengar bacaan ayat suci al-Quran dari awal.
Cara didikan Saharul ini wajar dipuji dan tak mustahil impiannya dan isteri untuk melihat Ali menjadi seorang pejuang agama tercapai.
Saharul juga berpendapat, tiada apa yang lagi penting untuknya melainkan mencari ilmu akhirat terlebih dahulu kerana selepas itu dunia akan datang dengan sendirinya.
Perkataan Pertama Anak Sebut ALLAH
Ads
Menariknya juga baru-baru ini, Saharul telah menunjukkan perkembangan Ali yang sudah mula pandai menyebut Allah dan bersyukur Allah memakbulkan doanya sejak Deena mengandungkan Ali.
Saya pernah doa waktu wife saya pregnant, mintak-mintak perkataan pertama yang sebut adalah ALLAH. Alhamdulillah.
Selain itu, menariknya tentang didikan Saharul pada Ali adalah bahan bacaan awal anaknya adalah buku-buku yang berkisarkan keagamaan dan pembelajaran awal huruf Jawi. Hebatkan!
Hero drama popular Kau Aku Kita ini sebolehnya nak Ali seimbang akademik dan agama. Semoga apa yang diusahakan Saharul dan isteri sejak dari awal akan dipermudahkan.
Ads
Sementara itu, keletah Ali juga selalu mendapat reaksi positif dari peminat baba dan ibunya.
Walaupun belum mencecah umur setahun, sudah nampak kecerdikan Ali meniru pelbagai aksi yang orang dewasa dan dia juga pandai bermain emosi setiap kali diusik oleh babanya.
Sumber: instagram saharulridzwan & deenasaharul
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sibuk sekali pun kita dengan kerja, luangkanlah masa dengan anak-anak. Biarlah tak bawa berjalan jauh pun tapi cukup untuk anak rasa kemesraan dengan kita sebagai ibu bapanya.
Mungkin masa kecil kita rasa agak stres bila anak menangis, bergaduh, nak beriba atau berdukung sepanjang masa tapi ingatlah masa itu akan berlalu dan pasti dirindui.
Perkongsian dari Perunding Motivasi, Ropizam San sungguh berkesan untuk tatapan ibu bapa masih muda yang mempunyai anak kecil.
Khas buat kita semua Ibu Bapa MM(Masih Muda) yang punyai anak masih kecil-kecil. Bacalah sahabat-sahabatku…….
Baru-baru ini saya dihubungi seorang sahabat lama, yang 10 tahun lebih senior dari saya. Beliau meminta kiranya saya sudi menjadi pendengar untuknya bagi satu ‘ralat kekecewaan’ yang sedang dialaminya.
Umurnya kini sudah masuk 43 tahun. Bernikah di usia yang agak awal, dan kini anak sulungnya sudah berada di Tingkatan 3.
Kata beliau,
“Zam, aku sedih la. Dulu masa anak-anak aku kecil, aku jarang bermain bergurau dengan mereka, aku tiada masa sangat bawa mereka berjalan, aku jarang ‘berkawan’ dengan mereka….. “, luah beliau.
Sambungnya lagi….
“Kini, bila aku dah ada macam-macam, yang aku kejar dah dapat, duit dah banyak, dan sekarang aku cuba untuk dekati anak-anak aku. Rasa ingin berkawan lebih dengan mereka, ingin bawa mereka banyak bersiar-siar, ingin bergurau bergelak ketawa. Namun, rupa-rupanya tidak boleh… kalau pun boleh, masa teramat terhad….!!!”.
“Sekarang, anak aku pula yang ‘sibuk’. Pulang sekolah, ada pelbagai aktiviti kokurikulum, malam kelas tambahan dan tuisyen, petang bersama kawan-kawannya bermain bola di padang. Aduhhh, aku tak mampu melarang. Cuma aku perasan dan sedar, aku ingatkan aku akan semakin banyak masa dengan mereka. Rupa-rupanya bila mereka sudah besar, kita kehilangan saat indah zaman mereka kecil dulu. Dah tak sama bila mereka sudah besar…. Zaman ingin bergurau senda sudah hilang tiada….”.
“Zam, harap sangat kalau kau dapat kongsi dengan kawan-kawan. Hargailah masa zaman anak masih kecil. Masa berlalu begitu pantas. Jangan jadi macam yang aku rasa sekarang. Sedih sendirian dalam hati melihat anak semakin sibuk dengan kawan-kawan di padang dan di ‘court’ permainan. Sukarnya untuk berbual mesra disaat kita ‘baru ada masa’…”.
Bila terkenangkan nasihatnya untuk kita semua. Saya rasa kita perlu tingkatkan lagi kualiti masa kita bersama anak-anak. Perlu ada perancangan rapi untuk hargai saat-saat indah bersama mereka kan. Saya pun sama, rasa mahu buat lebih dan lebih lagi. Bimbang kalau-kalau nanti kita turut ‘sesal sama’.
Zaman anak-anak kita di zon cilik bagaikan hanya melintas lalu sahaja. Bergurau dengan anak kecil sekarang tidak sama bila mereka sudah besar nanti. Kita mungkin bertuah, sebab ada orang-orang terdahulu yang sayangi kita dan sudi ingat-ingatkan ketika kita masih bergelar ‘ibu bapa muda’. Jika letih sekalipun, katakanlah kepada jiwa dan minda kita… bahawa saat indah bersama mereka(anak-anak kecil) akan berlalu, dan In Sya Allah kita akan ‘lebih kuat’ menyantuni mereka disaat mereka ingin merengek bermanja dan ketawa bersama kita.
Allahuakhbar. Berharga sungguh pesanannya (sahabat saya tadi) untuk kita semua.
Cuma saya hairan, ada sesetengah dan ‘banyak tengah’ juga ibu bapa muda yang suka berulang berulang berulang kali meninggalkan anak-anak kecil pada orang tuanya atau pengasuh ‘dengan sengaja’ atas alasan ingin ‘Me Time’ entah berapa ratus kali ‘me time’ pun saya tak faham. Bila sudah bernikah, sudah ada anak, isteri/suami memanglah dah tak sama masa menjadi bujang atau si dara. Terimalah realiti hakikatnya kita bila sudah berkeluarga itulah bezanya kita dengan kumpulan yang masih mencari jodoh. ‘Me Time’ kita yang sudah sah di hadapan Tok Imam ialah ‘Me Time With My Family’ lah. Anak menangis dimana-mana, atau buat hal sekali-sekala itu tandanya Allah nak matangkan kita dan pasangan kitalah lah. Barulah kita belajar cari ilmu dan idea untuk ‘solve the test’.
Paling saya geram dan tak boleh terima ada yang setiap hujung minggu hantar anak ke rumah pengasuh dan mereka berdua(suami isteri) pergi ber shopping sakan.
Bila saya tanya kenapa tak bawa anak…??? Kata mereka, “alaaa susah la Zam kalau bawa, nanti menangis la, itu ini laaa, banyak hal laaa, malas la aku. Tak bawa lagi senang… “. Ya Allah….., pelik sungguh. Kawin nak, dapat anak nak. Tapi telinga tidak mahu dengar anak menangis, minda taknak guna untuk ‘handle’ anak. Allahu rabbi.
Ya Allah, pimpinlah kami semua ke jalan yang benar dan yang Engkau redhai. Amiin.
Banyak sebenarnya petua orang dulu-dulu yang membantu kita menyelesaikan masalah. Sama ada, memudahkan kerja-kerja dapur ibu atau untuk rawatan alternatif seisi keluarga. Bagi ibu yang selalu masak dan sentiasa guna cili dalam masakan, pastinya pernah rasa tangan pijar.
Seperti perkongsian Razifa Idayu, petua menghilangkan pijar yang dibuktikan oleh sains dan orang dulu-dulu memang menjadi.
Tempoh hari saya baca tentang macam mana nak buat jika tangan pijar. Sebab saya ni spesis yang tak boleh tolerate dengan cili. Jika masak yang ada contact dengan cili, mesti dia punya pijar lain macam.
Sama juga kalau makan makanan yang pedas. Jari jemari saya akan pijar. Jadi kita ni macam cacing kepanasan menunggu pijar tangan tu hilang.
Pagi tadi saya gunting halus cili kering nak buat cili flakes untuk masak Spagetti Aglio Olio. Lepas siap masak.. dia punya pijar.. buat kita tak keruan.
Teringat tip pertama untuk hilangkan pijar adalah dengan melumur tangan kita dengan bahan lemak. Jadi saya gunakan minyak masak. Lemak bertindak melarutkan dan melemahkan ikatan capsaicin yang ada dalam komponen cili yang membuatkan cili pedas dan penyebab pijar.
Memang lega lepas sapu minyak tu. Kemudian saya cuci dengan sabun. Sabun juga mengandungi komposisi lemak yang boleh melarutkan capsaicin tersebut.
Excited tangan hilang pijar, terus saya buat posting ni sebab nak share keberkesanan tip no 1. Ada 7 tip yang dikongsikan oleh Dr Fatimah Salim. Banyak petua yang dibuktikan secara saintifik oleh sains. Trigger otak saya yang suka sangat berfikir bagaimana sesuatu itu berlaku secara teknikal.
Kredit: Razifa Idayu
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 32 mengambil keputusan untuk membawa isteri dan anak-anak menetap di Langkawi selama sebulan bagi menjayakan filem Pulau.
Menurutnya, dia tidak mahu berjauhan dengan keluarga kecil dan membuat keputusan membawa keluarga menemani di pulau peranginan itu.
“Bila pengarah telefon dan beritahu ada cerita seram tajuk Pulau dan Alif bersyukur sebab ada job.
“Tetapi dia cakap penggambaran di Langkawi selama sebulan. Akhirnya saya buat keputusan untuk ajak sekali isteri dengan anak-anak duduk di Langkawi sepanjang saya lakukan penggambaran”
Selain Alif, filem Pulau itu turut menampilkan barisan pelakon Amelia Henderson, Alexander Henderson, Wan Hanafi Su dan Ms Puiyi dan bakal ditayangkan dipawagam pada 9 mac nanti.