“Ni Anak Angkat Ke? Dua Anak Saya Albino, Tiap Kali Keluar Orang Selalu Tanya”

Share

Setiap kelahiran anak pasti ditunggu-tunggu oleh ibu. Dalam masa sama, perasaan berdebar, takut dan risau sentiasa bermain dalam fikiran. Bukan hanya memikirkan saat kelahiran sahaja tetapi juga bayi dalam kandungan.

Selama 9 bulan dalam kandungan, semestinya ibu harapkan anak lahir sihat dan sempurna serta mudah dijaga. Bagi ibu yang dikurniakan anak lain sikit dari anak yang lain, ia sebenarnya dah ketentuan ilahi.

Seperti situasi ibu ini, Puan Nor Farah Hanim, mempunyai dua anak lelaki albino adalah sesuatu yang sangat istimewa baginya. Sebelum ini tak pernah terlintas pun untuk mendapat anak albino tetapi dah bersedia.

Menurut Farah, anak-anak albino ini mewarisi genetik sebelah suami. Dalam tiga beradik,  kedua-dua anak lelaki albino manakala anak perempuan tak mengikut genetik itu. Semua ni kebetulan pula.

Sekarang anak yang sulung berumur enam tahun dan adik pula setahun. Tiap kali saya bawa mereka keluar pasti akan ada yang memerhati. Antara soalan yang biasa ditanya adalah “anak angkat ke ni, awak pengasuh ke, ni anak mat salleh ke”.

Tapi soalan yang kerap sangat ditanya adalah “Ni Anak Angkat Ke?” Bukan itu saja, ramai juga yang bertanya bila anak dah besar nanti dan berkahwin adakah kemungkinan anaknya pula albino.

Jika ikutkan penerangan, doktor beritahu tak semestinya. Walaupun anak saya ni anak albino kalau dia kahwin pun nanti peluang untuk jadi seperti dia tu tipis. Kecuali anak dia nanti bila dah kahwin ada kemungkinan albino. (maksudnya cucu).

Sebagai ibu yang ada anak albino, saya tetap bersyukur. Dari segi perkembangan fizikal dan IQ tak ada perbezaan pun. Sama seperti kanak-kanak yang lain.

Kredit: Fara Izuan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN