Baru berusia 5 tahun namun anak kecil bernama Yusof Iskandar ini dilihat cukup matang. Bukan hanya abang yang penyayang kepada adikya, Alisa Aisyah bahkan keperibadian anak pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mempunyai sifat yang begitu dikagumi.
Jika kanak-kanak lain seusianya pasti menangis dan merajuk kerana tidak menerima hadiah istimewa di hari lahir, tetapi Yusof dilihat cukup matang walau hanya dihadiahkan lilin oleh ayahnya.
Kata Hairul dia sengaja mengusik anak sulungnya itu untuk melihat reaksi Yusof namun bila melihatkan Yusof yang begitu tenang, dia terharu.
Niat nak bergurau, tapi daddy yang terharu,” kongsinya.
Kagum melihat Yusof yang begitu pandai menjaga hati kedua orang tuanya. Dia cukup bersahaja. Inilah yang sentiasa dipuji oleh wargamaya.
Namun rupanya Hanis dan Hairul turut membuat kejutan secara sederhana ke rumah, sama seperti yang dilakukan pada Alisa beberapa hari lalu.
Kali ini, pasangan muda ini membawakan kolam gergasi ke rumah untuk Yusof dan adiknya bermain disamping kek comel juga beberapa hadiah istimewa untuknya.
Ads
“MasyaAllah Yusuf Iskandar bin Hairul Azreen, lima tahun dah hadir dalam hidup Mommy Daddy.
“Anak soleh yang sentiasa menyejukkan hati, kami sangat cinta dan kasih akan mu sayang @theyusufiskandar,” kongsi Hanis di Instagramnya.
Dalam pada itu, Hairul turut sama berkongsi ucapan buat anak sulungnya itu.
Happy Birthday to my hero, Yusuf Iskandar bin Hairul Azreen @theyusufiskandar, 5 years,” kongsinya di Instagram.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Nampaknya masih ramai lagi ibu bapa tak ambil kisah mengenai wabak HFMD yang masih menular sekarang. Ingat anak yang disahkan HFMD kena dikuarantinkan dirumah tanpa perlu membawanya keluar ke mana-mana.
Namun yang sedihnya masih ada buat endah tak endah mengenai virus ini. Menurut Dr Hana melalui perkongsiannya masih ada ibu bapa yang tak rasa bersalah pun bawa anak yang tak sihat ke tempat awam tanpa memikirkan kesan pada orang lain.
Weekend baru-baru ni, saya ke supermarket, nak beli barang dapur sikit.
Saya pegi seorang, anak-anak duduk dengan babanya sebab masih dalam fasa kuarantin akibat #HFMD.
Masa nak bayar kat cashier, saya ternampak seorang kanak-kanak dalam troli. Keliling mulutnya penuh rashes. Tangan pun ada. Memang nampak typical HFMD. Kaki je tak sempat nak telek betul-betul.
Saya pun tegur “puan, anak puan nampak ada tanda dan gejala HFMD ni. Sepatutnya kena kuarantin, pantau di rumah saja. HFMD ni tengah mewabak sekarang. Kalau puan tak kuarantin dan bawa anak ke tempat-tempat awam macam pasaraya besar ni, lagi cepat virus menular. Lagi ramai anak-anak akan kena. Bayangkan kalau terjangkit kat baby kecik yang baru usia 2,3,4 bulan. Kesian depa puan”
Begitulah teguran saya tapi sayangnya hanya DALAM HATI.
Tak sempat nak luahkan sebab cashier dah mintak duit.
Sebenarnya sistem kuarantin ni islam sendiri pun dah anjurkan sejak zaman berzaman.
Ingat tak pesan nabi?
“Jika kamu mendengar sesuatu wabak menular di sesebuah tempat, janganlah kamu masuk kawasan itu.
Tapi jika wabak tersebut merebak di tempat kamu, janganlah kamu tinggalkan kawasan itu.”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi minta tolong viralkan semula pesanan di link ni ya. Especially yang point no.6 tu.
Please share supaya anak-anak anda dan orang lain tak turut dijangkiti. Terima kasih!
Masalah kutu beras atau lebih dikenali bubuk beras antara yang sering menyebabkan golongan ibu rasa ‘geram’ tiap kali nak masak nasi. Bukan apa, jika dah ada seekor dalam bekas beras, hanya sekejap saja ia boleh membiak.
Disebabkan masalah ini, ada yang akan membuang beras tersebut. Jika selalu buat begini terasa juga rugi sebab masih banyak kan? Biasanya petua mak-mak kita dulu jemur beras di bawah cahaya matahari tapi jika terlupa dan kebetulan hari hujan kira tak ada rezekilah.
Sebelum bakar…merayap je dia lari
Kali ini idea yang dikongsikan oleh Puan Nurhasanah Harun mungkin boleh memberi penyelesaian. Tak perlu keluar rumah pun, masalah bubuk beras ini boleh selesai.
Selama 6 bulan tinggal rumah, beras pun bubuk dah berkampung. Sayang nak buang sebab elok lagi.
Cara saya tak jemur sebab saya malas keluar rumah. Lagipun sekarang cuaca pun kadang-kadang hujan kan.
Ini antara langkah yang saya lakukan:
Dah bakar, ayak buang bubuk. Ambil yang bersih
Panaskan oven sekejap, masuk beras dalam tray dan masuk oven lebih kurang 10 minit biar betul-betul panas semua beras tu. Mati la bubuk sekali ulat-ulat dia.
Bukan bubuk je…segala habuk pun ada
Kalau tak ada oven tu boleh goreng tanpa minyak dalam kuali. Sekejap je agak-agak panas. Jangan goreng perang macam nak buat pekasam pulak ye.
Macam mana nak tahu beras masih elok?
Cuba basuh beras kalau tak ada beras warna putih timbul banyak-banyak tu maknanya elok. Kalau banyak timbul dan ringan tu cuba la patahkan beras tu. Dalam dia ada ulat bubuk.
Siap, haa kan dah bersih elok
Harap perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu adna yang mengalami masalah beras yang ada bubuk.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Percutian dalam suasana sejuk memang menjadi impian setiap anak kecil. Mana tidaknya setiap kali tengok cerita Krismas pasti anak tertanya-tanya dekat mana turunya salji? Memandangkan Malaysia beriklim panas dan sejuk sepanjang tahun, hanya tempat-tempat tertentu sahaja anda boleh merasai kesejukan luar biasa.
Cuti sekolah kali ini apa kata mama papa bawa anak ke tempat-tempat menarik dalam Malaysia sambil menghayati keindahan alam ditambah pula dengan cuaca sejuk dan nyaman! Anak-anak pasti seronok jika dapat bermalam di tempat yang dikongsi di bawah ini:
Menginap di Glamz at Genting Glamping. Rasai pengalaman bermalam dengan khemah mewah. Pilihlah antara Dome Room yang membolehkan anda melihat bintang-bintang pada waktu malam atau VIP Dome with Private Jacuzzi di mana anda boleh berendam dalam ketenangan sambil menghirup udara segar. Jika anda mahu berkhemah dengan keluarga besar, pilihlah Family Dome yang pastinya menjanjikan keselesaan!
Selain itu, anda sekeluarga juga boleh buat aktiviti di Genting SkyWorlds Outdoor Theme Park, Ripley’s Adventure (5 Attractions), Jungle Gym. Dapatkan tiket dengan harga murah di SINI
Menginap di Copthorne Hotel Cameron Highlands sambil buat aktiviti di The Sheep Santuary, Mossy Forest. Salah satu tarikan di tanah rata Cameron Highland adalah The Sheep Sanctuary yang pastinya akan memberi satu pengalaman indah apabila anda sekeluarga berpeluang untuk melihat kambing biri-biri yang comel dan memberinya makan. Mesti anak-anak suka!
Bagi yang nak melawat sekitar Cameron Highlands boleh ambil pakej Cameron Highlands Day Tour. Dapatkan tiket dengan harga murah di SINI
Menginap di Blue Mountain Lodge Kundasang sambil buat aktiviti di ATV Adventure Kundasang. Bercuti sambil buat buat aktiviti lasak pun ‘best’ juga! Tingkatkan adrenalin anda sekeluarga dengan merasai sendiri pengalaman menaiki ATV di pelbagai laluan mencabar yang telah ditetapkan.
Menariknya, anda sekeluarga dapat melihat betapa indahnya pemandangan di Kundasang. Dapatkan tiket dengan harga murah di SINI
Janda Baik, Tiarasa Escape Glamping yang menjanjikan percutian seronok dan menenangkan! Bagi anda yang sukakan alam sekitar, sesuai sangatlah bercuti di sini. Selain pemandangan indah, anda pastinya teruja dengan ketenagan yang ada di sini.
Juga ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti merentas hutan dan melihat burung, berpiknik di tepi sungai, menonton wayang sambil diterangi cahaya bulan serta banyak lagi!
5. Percutian di rumah colonial Green Acres Fraser’s Hill, yang jauh dari hiruk-pikuk kota dengan cuaca yang redup dan menenangkan. Boleh bercuti dengan keluarga besar dan masak sendiri makanan kegemaran anda.
Boleh bawa anak-anak menunggang kuda di The Paddock atau berada dekat dengan alam sekitar di Allan’s Water, berkunjung ke The Edible Garden atau Sanyi Orchid Farm. Anda pastinya atidak akan merasa bosan di sini!
Bagi yang pertama kali menggunakan aplikasi Klook pasti anda tertanya-tanya apa kelebihan yang ditawarkan di aplikasi ini bukan? Tetapi bagi pengguna setia Klook semestinya anda akan membuat pembelian tiket melalui aplikasi ini kerana harga yang ditawarkan lebih murah berbanding harga yang terdapat tiket di kaunter malah anda juga mendapat keistimewaan untuk ‘potong Q’ dan tidak perlu untuk beratur panjang. Hanya tunjuk sahaja tiket yang telah dibeli secara dalam talian kepada penjaga kaunter.
Selain itu, melalui aplikasi Klook, juga anda boleh mendapatkan tawaran secara kombo seperti penginapan dan juga aktiviti dalam satu tiket. Lebih jimat dan lebih mudah! Tiket yang ditawarkan juga bertarikh terbuka, bila-bila masa sahaja yang anda dan keluarga ingin lawati. Yang paling penting di musim endemik ini kemasukan adalah secara tanpa sentuhan (contactless).
Diskaun 15% Untuk Pengguna Baru!
Bagi pengguna baru anda boleh nikmati penjimatan dan diskaun sebanyak 15% di seluruh tapak dengan menggunakan kod NEWTIOKLOOK15 (diskaun dihadkan pada RM50) dan tawaran Beli 1 Percuma 1 untuk tarikan terpilih.
Untuk lebih banyak tawaran istimewa untuk percutian anda seterusnya boleh layari laman sesawang klook.com atau muat turun segera aplikasi Klook di Apps store telefon mudah alih anda!
Untuk anda dan keluarga yang suka tempat sejuk, bawalah anak-anak melawat ke sini dan nikmati percutian yang menyeronokkan bersama Klook! Jangan lupa untuk mengambil gambar serta video untuk kenang-kenangan bersama keluarga tersayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.