Bermula dari 9 hingga 18 Mac, jangan lepaskan peluang untuk meriahkan lagi pengalaman anda di KLCC dengan mengunjungi booth Astro di Suria KLCC, Aras Concourse, Centre Court! Di sana, anda bukan sahaja dapat menikmati promosi menarik, tetapi juga berpeluang untuk menang hadiah-hadiah istimewa yang pasti menceriakan Ramadan Raya anda.
Tunggu apa lagi? Pada 15 Mac ini, jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan live yang pasti memukau hati, iaitu Nyam Nyam Ketupat yang menampilkan artis popular seperti Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania, dan Miss Alvy. Pastikan anda hadir untuk menikmati muzik dan keseronokan bersama artis-artis kesayangan anda!
Selain itu, Astro turut mengumumkan kempen tawaran terhad “Menangi Bermacam-macam Hadiah dengan Astro One”, yang membolehkan anda menang pelbagai hadiah menarik dengan nilai keseluruhan sehingga RM200,000!
Ya, anda baca betul—hadiah-hadiah yang menanti mungkin sahaja milik anda. Jangan lepaskan peluang ini kerana promosi ini berlanjutan hingga 26 April 2025. Untuk maklumat lanjut mengenai cara penyertaan dan senarai hadiah yang boleh dimenangi, kunjungi SINI
Ads
Meet & Greet bersama Artis dan Cabaran Tarian #NyamNyamKetupat!
Jika anda peminat Wani Kayrie, Dinda Dania, dan Miss Alvy, ini adalah peluang terbaik untuk bertemu mereka secara langsung! Mereka akan mengadakan sesi Meet & Greet di beberapa lokasi yang pasti akan membuatkan pengalaman anda lebih menyeronokkan.
Ads
Temui mereka di:
AES @ IOI City Mall, Putrajaya
Astro Premium Kiosk @ Lotus’s Ampang
Astro Premium Kiosk @ Alamanda Shopping Centre, Putrajaya
Dari 19 hingga 21 Mac pada 5.30ptg – 6ptg, jangan lupa sertai juga #NyamNyamKetupat Dance Challenge yang pastinya akan membuatkan hari anda lebih ceria. Serlahkan bakat menari anda dan berpeluang menang merchandise eksklusif Astro One!
Astro One ‘Parental Control’ Bantu Ibu Bapa Kawal Akses Kandungan Anak
Ads
Bagi ibu bapa, Astro One juga menawarkan Parental Control untuk memastikan kandungan yang ditonton oleh anak-anak sesuai dengan umur mereka. Dengan ciri Parental Control, anda boleh menyekat kandungan yang tidak sesuai dan mengawal akses ke saluran atau aplikasi tertentu. Ini memberi anda ketenangan fikiran bahawa anak-anak anda hanya akan menonton kandungan yang sesuai dan bermanfaat.
Anda juga boleh menetapkan PIN untuk mengakses kandungan tertentu, jadi ibu bapa dapat lebih mudah mengawasi apa yang ditonton oleh keluarga.
Dengan semua kelebihan ini, anda dan keluarga boleh menikmati Nyam Nyam Ketupat bersama Astro tanpa risau!
Mari sertai keseronokan Nyam Nyam Ketupat bersama Astro dan bawa pulang hadiah-hadiah hebat! Jangan lupa gunakan Astro One dengan Parental Control untuk pengalaman menonton yang lebih selamat dan terjamin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa mana yang tidak mahu memberikan yang terbaik buat anak-anaknya? Kita pasti akan lebih cerewet ketika memilih produk dan kelengkapan anak. Bukan hanya memikirkan soal bajet, namun perkara paling utama yang perlu difikirkan adalah pastinya menyediakan kelengkapan dan produk terbaik, berkualiti serta serasi untuk si manja.
Dalam menentukan produk anak, misalnya lampin pakai buang yang dipakai anak setiap hari, sememangnya ibu bapa wajar meneliti beberapa perkara agar tidak tersalah memilih.
Jangan Salah Pilih Lampin Pakai Buang
Masalah ruam, alahan pada lampin pakai buang, melecet dan sebagainya merupakan masalah kulit biasa yang dihidapi anak-anak kecil kita. Biarpun biasa, masalah remeh ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia akan mengakibatkan kulit bayi menjadi tidak selesa malah mendorong masalah kulit lain berpanjangan.
Masalah ruam misalnya akan segera timbul sebaik bayi memakai lampin tidak serasi dengan kulit. Inilah yang ibu bapa patut elakkan dan pastikan pemilihan lampin buat anak benar-benar sesuai malah serasi dengan kulit bayi. Paling penting tidak langsung meninggalkan kesan pada kulit bayi.
Ada beberapa perkara dan tip yang patut ibu bapa awasi. Jadikan panduan ini dalam memilih lampin agar anak lebih selesa.
Pilih Lampin Serasi Kulit
Paling penting pilih lampin yang serasi dengan kulit anak anda. Bagi menguji keserasian kulit anak, walau hanya sekali anak membuang air kecil, ibu sudah boleh melihat samada ia kulit anak kemerahan atau melecet. Nilaikan sendiri. Jika tiada sebarang alahan, ia paling serasi untuk si kecil anda.
Daya Serapan Tinggi
Lampin yang mempunyai daya serapan yang tinggi hingga enam lapisan daya serapan misalnya dapat membuatkan bayi sentiasa kering. Ini pastinya buat bayi kurang risiko terkena alahan dan ruam pada bahagian ini. Bagi kulit anak yang sensitif sebaiknya pilihlah lampin jenis ini.
Elak Terlalu Ketat
Lampin yang terlalu ketat atau tidak sesuai dengan saiz anak akan menyebabkan kemerahan pada keliling pinggang serta bahagian celah kelangkang bayi. Keadaan ini seterusnya akan mengakibatkan alahan yang lebih serius kepada kulit bayi. Bayi mula rasa tidak selesa serta berkemungkinan terjadi keradangan yang serius.
Risiko Lampin Longgar
Namun sebaiknya elakkan juga lampin yang terlalu longgar kerana akan mengakibatkan kebocoran berlaku. Apabila kebocoran berlaku ketika bayi sedang nyenyak tidur pastinya buat bayi rasa tidak selesa malah bayi berdepan dengan kekotoran pada tempoh yang lama dan mengakibatkan masalah jangkitan kuman dan bakteria dari sisa air kencing.
Saiz Tepat
Saiz lampin anak juga perlulah tepat bagi mengelakkan sebarang kesan pada kulit anak. Pilih saiz lampin yang sesuai dengan anak mengikut berat dan umur mereka. Jika celah kelangkang anak mula menampakkan bekas kemerah-merahan, ia petanda lampin yang anda kenakan terlalu ketat dan perlu ditukar dengan saiz baru. Begitu juga pada bahagian pinggang.
Bukan hanya lampin pakai buang, dua produk lain iaitu tisu pelembap dan spray juga merupakan dua produk yang amat penting untuk memastikan kulit bayi bukan hanya bersih malah bebas daripada bakteria dan kekotoran yang berpotensi membuatkan bayi mudah mengalami keradangan pada kulit.
Jadikan Offspring Pilihan Anda!
Jenama Offspring antara salah satu jenama yang cukup diyakini di pasaran. Paling menarik bukan hanya menyediakan produk berkualiti tinggi malah diiktiraf beberapa badan antarabangsa termasuk Australian Allergy Certified, FSC Certified Sustainable Forest, Certified Allergy-Safe yang diuji dan diluluskan oleh German Dermatologists serta banyak lagi sebagai produk yang diyakini baik bagi kulit anak-anak kecil kita.
Chlorine Free Fashion Diapers
Chlorine Free Fashion Diapers, lampai pakai buang dari jenama Offspring ini bukan hanya cukup selesa malah paling utama ia direka dengan Duo-Layer Core yang menyerap lembapan dengan lebih cepat. Dengan daya serapan dua kali ganda ini membolehkan permukaannya kering dan bayi semakin bertambah selesa.
Bukan itu sahaja malah ia bebas klorin malah diperakui oleh Certified Sustainable Forest (FSC) serta sebagai produk yang selamat, bebas pengudaraan untuk kulit bayi disamping mengelakkan ruam dan kerengsaan pada kulit.
Bukan itu saja, paling menarik, lampin pakai buang Offspring ini direka dengan pelbagai corak comel dan cute termasuklah corak buah-buahan, daun-daunan serta beberapa corak yang pastinya meninggalkan kenangan paling manis ketika anak-anak masih kecil.
Berbanding lampin pakai buang lain, lampin pakai buang dari Offspring ini cukup unik. Tarikan untuk ibu bapa yang inginkan kelainan. Cantik!
Offspring Plant Based Wipes
Selain lampin pakai buang, tisu pelembap juga antara keperluan wajib untuk bayi. Offspring Plant Based Wipes antara produk yang cukup diyakini. Ia diformulasi daripada lebih 99 peratus air yang ditapis malah diperbuat daripada bahan-bahan organik yang terdiri daripada minyak zaitun organik, minyak bunga calendula, aloe vera dan juga chamomile. Bukan itu sahaja malah formulasi hebat ini juga turut diakui oleh EWG sebagai produk bebas toksid.
Pek dengan saiz 17x 20cm ini bukan hanya lembut bahkan ia tidak mudah koyak dan tahan lama kelembapannya. Dengan saiznya yang besar membuatkan penggunaannya lebih mudah untuk kegunaan pelbagai.
Bukan itu sahaja malah tisu pelembap ini juga diperbuat dengan 100 peratus Biodegradasi malah bebas klorin (tiada pemprosesan klorin selama penghasilan bahannya berbanding dengan polyster tisu (berasaskan plastik). Ia juga selamat pada mulut dan kulit bayi serta dibuat tanpa alkohol yang mengeringkan kulit bayi.
Rinse Free Bum Cleansing Spray
Ketika mempersiapkan bayi, pastinya tangan ibu tidak terlepas daripada terkena pelbagai kotoran seperti kesan air kencing dan sebagainya yang terlekat pada tangan ibu. Begitu juga dengan kulit bayi. Rinse Free Bum Cleansing Spray dari Offspring ini patut anda bekalkan di dalam beg bayi anda.
Spray kan sahaja dan pastinya ia lebih bersih. Paling menarik ia diperbuat tanpa alkohol, tanpa pewangi serta tanpa SLS dan paraben malah paling utama ia bersifat membersih dan melindungi kulit.
Dengan gabungan calendula organik, jus chamomile dan serta aloe vera pastinya membuatkan kulit terus selesa dan selamat.
Jadikan tiga produk ini antara produk terbaik wajib ada dalam kelengkapan bayi anda. Pastikan hanya yang terbaik, selamat dan diyakini untuk kulit si manja!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rutin kehidupan anak-anak di rumah sepanjang waktu PKPP ini pastinya membuatkan anak-anak semakin bosan. Selain melalui rutin dan jadual kerja yang diberikan oleh guru, apa kata sesekali suntik rasa dan semangat anak-anak dengan menghadiah sesuatu yang cukup disukai anak kita sambil menyahut kempen LEGO ini.
Bukan hanya anak-anak bahkan dengan kempen yang satu ini, anak-anak remaja serta ibu bapa juga dapat tampil bersama sebagai sebuah keluarga bagi menjayakan kempen unik dan hebat ini.
Kempen #BuildItDriveItLoveIt yang dianjurkan jenama permainan terkemuka LEGO tampil memberi sinar dan kegembiraan kepada kehidupan anak-anak sepanjang hari. Bukan hanya bermain, malah kempen ini mampu merangsang daya kreativiti anak-anak untuk mencipta sesuatu yang hebat.
Kempen Kenderaan LEGO ini bukan hanya dapat mengetahui jenis kenderaan itu sendiri bahkan untuk meningkatkan kesedaran serta merangsang pemanduan dan keseronokkan kanak-kanak bersama ibu bapa mereka dengan memperkenalkan lebih 46 jenis kereta unik dengan pelbagai tema. Kesemua ini pastinya mendorong minat yang lebih mendalam dalam bidang automobil dan permotoran.
Bukan itu sahaja bahkan LEGO juga turut melancarkan Kalendar 30 Hari yang pastinya menyeronokkan menerusi Facebook bermula Jun ini.
“Sebagai sebahagian daripada kempen ini, kami juga akan melancarkan kalendar 30 hari yang menyeronokkan pada halaman Facebook LEGO bermula dari 1 Jun, dengan kandungan dan aktiviti untuk keluarga serta membawa keghairahan kepada anak-anak dalam dunia automobil,” begitu kongsi wakil LEGO.
Antara aktiviti yang pastinya menyeronokkan adalah:
• Membina pertandingan dengan tema yang berbeza untuk kanak-kanak dan remaja dalam mempamerkan kreativiti mereka.
• Mengetahui fakta yang menyeronokkan mengenai kereta popular.
• Tips untuk membawa LEGO anda membina ke tahap seterusnya.
• Menyerlah dan mempamerkan kemahiran membina LEGO anak-anak secara peribadi.
• LEGO Grand Prix buat julung kalinya, akan memilih peserta muda untuk mereka bentuk dan membina kereta LEGO yang unik untuk menghadapi perlumbaan di trek perlumbaan LEGO.
Jom sertai beramai-ramai dan meriahkan kempen ini dengan mencipta sesuatu yang unik dan berbeza, sekaligus bakal berpeluang terpilih sebagai jenama LEGO baru di trek perlumbaan LEGO. Jom cabar diri dan kemampuan anak-anak kita.
Bagi anak-anak penggemar dunia LEGO, jom sertainya sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan nutrisi yang penting untuk membantu mereka membesar dengan baik. Tahukah anda bahawa 80 peratus pertumbuhan anak anda dipengaruhi oleh pemakanan dan hanya 20 peratus sahaja oleh genetik?¹ Ini menjelaskan kepentingan pemilihan pemakanan yang sihat dan tepat untuk membantu dalam perkembangan dan tumbesaran anak kecil kita. Jadi sejak kecil lagi bagaimana corak pemakanan yang anda sebagai ibu bapa tetapkan pada anak-anak?
Adakah anak-anak kecil kita makan secara sihat atau anda memilih untuk memberikan jenis makanan yang disukai mereka?
Apa Perlu Ada?
Sejak kecil lagi, usahakanlah untuk membekalkan anak dengan makanan seimbang. Ia perlu terdiri daripada sumber karbohidrat iaitu seperti nasi, roti, biskut, pasta seperti spaghetti, macaroni, mihun, kentang dan pelbagai lagi karbohidrat. Porsi atau sukatan karbohidrat perlulah sesuai dengan usia anak.
Jangan berlebihan kerana ia boleh mendorong kepada anak makan dalam porsi yang besar dan menaikkan berat badan anak-anak. Penting juga untuk kita ingat agar jangan perkenalkan karbohidrat ringkas yang tidak bagus untuk anak-anak seperti makanan yang berasaskan gula dan kumpulan makanan tersebut.
Sumber yang perlu ada juga adalah protein di mana ia penting untuk tumbesaran anak-anak kita. Protein ini adalah seperti ikan, ayam, daging, telur dan sebagainya. Pastikan protein tersebut adalah sihat dan kurang lemak. Kita juga tidak digalakkan untuk memberikan protein yang tidak sihat di mana banyak lemak dan kandungan protein kurang seperti makanan yang diproses iaitu nugget, sosej, burger dan sebagainya.
Pun begitu, lemak perlu ditambah dalam makanan anak-anak namun tidak keterlaluan. Gunakan minyak tumisan seperti minyak sayuran atau letakkan minyak zaitun dalam pasta. Lemak juga diperlukan dalam diet harian kita tetapi bukan secara berlebihan.
Sumber seterusnya adalah serat serta vitamin dan mineral daripada sayuran dan buahan. Potonglah pada saiz kecil dan menarik agar anak-anak lebih tertarik untuk menikmati buah dan sayur ini.
Jangan lupakan air kosong dan susu untuk anak-anak. Kurangkan perkenalan minuman-minuman manis kerana ia mendorong anak-anak untuk memilih lebih kepada minuman manis berbanding air kosong. Begitu juga dengan snek dan makanan ringan, boleh diberi tetapi elakkan terlalu kerap dan banyak.
Nutrien-nutrien Penting Untuk Tumbesaran Sihat Anak
Bagi menjayakan tumbesaran anak yang padu, pengambilan nutrien daripada pelbagai jenis makanan itu sememangnya amat diperlukan.
Ibu bapa seharusnya berpegang kepada prinsip iaitu memastikan anak makan gabungan utama iaitu karbohidrat, protein, serat, vitamin dan mineral setiap hidangan makanan bagi memastikan tumbesaran anak mencapai perkembangan yang memberangsangkan.
Jika memilih roti, sediakanlah roti sandwhich yang sihat untuk anak, jangan hanya sekadar menyapu roti dengan marjerin sahaja buat anak.
Begitu juga dengan pasta. Sebaiknya sediakan pasta seperti carbonara, bolognese atau sup yang mempunyai sayur-sayuran dan ayam sebagai sumber protein.
Selain itu, untuk perkembangan tulang dan gigi, jangan abaikan pengambilan susu yang tinggi dengan kalsium untuk anak-anak membesar. Begitu juga dengan rangkaian vitamin lain seperti Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium.
Bagi pertumbuhan tisu badan, otot dan tulang , jangan diabaikan 9 Essential Amino Acids (EAA) atau 9 Asid Amino Perlu yang merupakan blok asas dalam protein. Kekurangan 9EAAˇ boleh melambatkan proses pertumbuhan dan EAA hanya boleh didapati daripada pemakanan harian kita seperti dengan pengambilan susu.
Jangan dilupakan DHA yang menyokong perkembangan otak anak. Kesemua ini boleh diperolehi dalam segelas susu yang sememangnya wajib diberikan kepada anak-anak kita dalam menu hariannya.
Pengambilan makanan yang tinggi dalam nutrien-nutrien ini dapat membantu pertumbuhan optimum anak. Ketinggian anak tidak hanya bergantung kepada genetik semata-mata tetapi juga pemilihan makanan yang sesuai untuk dimasukkan dalam pemakanan harian mereka.
DUTCH LADY MaxGro dengan Nutrien Tinggi# Menyokong Pertumbuhan Optimum Kanak-kanak
Bagi memastikan si kecil anda terus mendapatkan nutrien yang secukupnya untuk pertumbuhan optimum mereka, DUTCH LADY MaxGro terbaru dapat membantu memenuhi keperluan si kecil anda.
DUTCH LADY MaxGro adalah inovasi produk terbaru daripada DUTCH LADY yang dirumus khusus untuk menyokong pertumbuhan optimum kanak-kanak. Ia adalah makanan pendietan berformula berasaskan susu untuk kanak-kanak yang berumur antara 1-9 tahun. Ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi# dan membekalkan 80% nutrien harian yang disarankan* bagi memastikan si kecil anda mempunyai pemakanan yang lengkap den seimbang.
DUTCH LADY MaxGro juga mengandungi 9EAAˇ & DHA untuk menyokong pertumbuhan kanak-kanak dengan menyeluruh. DUTCH LADY merupakan jenama tenusu yang dipercayai oleh ibu-ibu di Malaysia dengan kualiti dan nilai pemakanan yang baik untuk menyokong pertumbuhan kanak-kanak.
Jangan teragak-agak untuk memberikan pengalaman bermakna buat anak-anak kita disamping membekalkan nutrisi yang optimum agar anak kita membesar menjadi anak yang lebih cergas dan bijak.
#Tinggi Dalam Nutrien: Tinggi kandungan Protein, Kalsium, Zat Besi, Magnesium, Vitamin A, D3, E, B1, B2, B3, B6, B12 dan C.
*80% Nutrien Harian: Memenuhi sekurang-kurangnya 80% nutrien terpilih daripada saranan pengambilan nutrien yang disyorkan di Malaysia (Malaysia RNI 2017) seperti Kalsium, Fosforus, Zat Besi, Magnesium, Zink, Vitamin A, D3, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12 dan C.
ˇ9EAA: 9 Asid Amino Perlu
¹ Jelenkovic, A. et al. Genetic and environmental influences on height from infancy to early adulthood: An individual-based pooled analysis of 45 twin cohorts. Sci. Rep. 6, 28496; doi: 10. 1038/srep28496 (2016)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang datang untuk berkelah bertukar menjadi tragedi apabila fenomena kepala air melanda secara tiba-tiba, meragut nyawa seorang wanita dan dua kanak-kanak...