Kehamilan

Nourul Syukur Hamil Usia 40-an Semuanya Lancar. Rasa Macam Mengandung Anak Pertama

Share

Dalam tempoh beberapa minggu lagi, penyanyi Nourul akan melahirkan anak keempatnya. Apa yang mengagumkan di usianya yang bakal memasuki usia 42 tahun dia masih lagi bertenaga dan sihat.

Bukan itu sahaja sehingga memasuki trimester terakhir pun kesihatannya masih baik kerana tiada masalah kesihatan serius.

Apa yang dikongsikan Nourul, sehingga kini dia sangat bersyukur kerana mampu bertahan dengan baik di samping kesihatannya turut terkawal walaupun mengandung di usia 40-an.

“Sekejap saja masa berlalu. Mama masih enjoy Isabella dalam perut mama ni.

“Perasaan ini sama semasa mengandungkan anak pertama. Mungkin sebab pembawaan hormon anak perempuan,” katanya.

Nourul juga sangat bersyukur kerana Allah mempermudahkan urusannya sehingga kini dan berterima kasih pada yang sentiasa mendoakan yang baik-baik untuknya.

Sementara itu,  Nourul turut berkongsi beberapa keping foto majlis ‘Baby Shower’ bersama rakan dan ahli keluarga terdekat.

Menerusi entri di Instagram (IG), Nourul telah diraikan oleh rakan-rakannya dan ahli keluarga terdekat dalam sebuah majlis yang meriah.

“Isabella Depp baby shower!,” tulisnya ringkas.

Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Nourul dan bayinya sentiasa sihat dan ramai dah taka sabar melihat Isabella Depp yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Terdahulu, Nourul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis pada 6 Jun 2012.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zachary Depp dan Raphael Depp selain anak perempuan dengan perkahwinan pertamanya bersama Ajai.

Sumber: ig NourulDeep

IKLAN