Ads

Nur Haira Mula Belajar Berjalan Semula, 17 Hari Terlantar Selepas Diserang Anjing!

Selepas 17 hari terlantar akibat diserang anjing, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi kini dilaporkan mula belajar berjalan semula.

Perkembangan terbaharu mengenai keadaan Nur Haira itu dikongsikan oleh bapa saudaranya, Shahrizal Mohd Hanafiah berdasarkan makluman daripada ibu kanak-kanak berkenaan.

Melihat Nur Haira kembali cuba berdiri dan melangkah selepas melalui kecederaan serius pastinya menjadi satu perkembangan yang cukup melegakan buat keluarga.

Walaupun setiap langkah masih perlahan dan memerlukan kekuatan yang besar, kemajuan kecil seperti ini membawa harapan dalam proses pemulihan seorang kanak-kanak yang sebelum ini terpaksa terlantar di atas katil selama lebih dua minggu.

Nur Haira Mula Belajar Berjalan Semula, 17 Hari Terlantar Selepas Diserang Anjing!

Nur Haira Mula Belajar Berjalan Selepas 17 Hari

Biarpun sudah mampu mencuba untuk berjalan, Nur Haira masih belum dapat melangkah seperti biasa.

Tubuhnya dilaporkan masih menggigil dan pergerakannya belum stabil selepas melalui tempoh 17 hari terlantar di atas katil.

“Menurut umi (ibu) adik Haira, Haira mula belajar berjalan setelah 17 hari terlantar di atas katil.

Ads

“Struggle dan badan menggigil, terhuyung-hayang masa berjalan. Doakan dipermudahkan pemulihan,” katanya menerusi perkongsian di Threads pada Selasa.

Perkembangan tersebut tentunya menjadi satu sinar harapan buat keluarga selepas melihat si kecil melalui pengalaman yang cukup berat pada usia yang masih terlalu muda.

Biarpun pergerakannya masih belum stabil, setiap langkah kecil yang berjaya dilakukan membawa makna besar kepada keluarga yang mengikuti perkembangan keadaan kanak-kanak berusia dua tahun itu.

Bakal Jalani Pembedahan Fasa Pertama

Dalam perkembangan sama, Shahrizal turut memaklumkan bahawa Nur Haira dijangka menjalani pembedahan fasa pertama pada bahagian kepala dalam tempoh terdekat.

Ads

“Insya-Allah pembedahan di kepala fasa satu dalam minggu ini,” katanya.

Keluarga Nur Haira pada masa sama turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Johor menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) atas bantuan dan keprihatinan yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut.

Keluarga kini tentunya terus menantikan perkembangan rawatan seterusnya sambil memberi sokongan kepada si kecil sepanjang proses pemulihannya.

Perkembangan Terkini Nur Haira, Sudah Sedar Selepas Diserang Lima Anjing Liar!

Ads

Nur Haira Diserang Lima Ekor Anjing

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi pada 5 September lalu, kanak-kanak itu diserang lima ekor anjing liar di hadapan rumah neneknya di Kampung Tambak, Sungai Kelambu.

Kejadian itu disedari oleh nenek mangsa selepas melihat pintu gelangsar rumah terbuka sebelum mendapati cucunya sedang dikerumuni serta digigit haiwan berkenaan.

Serangan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah termasuk luka pada bahagian kepala dan pipi.

Insiden berkenaan menjadi pengalaman yang cukup berat buat seorang kanak-kanak yang baru berusia dua tahun. Selepas kejadian tersebut, tumpuan keluarga diberikan kepada rawatan serta proses pemulihannya.

Tempoh 17 hari terlantar di atas katil turut menyebabkan proses untuk kembali berjalan perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Percubaan untuk berdiri dan melangkah semula kini menjadi antara perkembangan positif yang dikongsikan keluarga.

Semoga proses rawatan dan pemulihan si kecil ini terus dipermudahkan sehingga dia kembali sihat dan mampu menjalani rutin seperti kanak-kanak lain seusianya.

Sumber: Mstar Online

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Anak Puji Bekal Sedap, Anzalna Terharu Bila Eidrees Ucap Terima Kasih!

Anak Puji Bekal Sedap, Anzalna Terharu Bila Eidrees Ucap Terima Kasih!

Anzalna terharu apabila Eidrees memuji bekal sekolah yang disediakannya serta mengucapkan terima kasih kerana masakannya sedap.