Hilang anak walau pun sekelip mata adalah memori yang pahit bagi seorang ibu. Apatah lagi jika berjam-jam lamanya & jauhnya berpuluh kilometer!
Perkongsian daripada ibu ini menceritakan situasi cemas tertinggal anak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Aye Keroh amat mendebarkan. Mereka sekeluarga dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah mereka.
NYAWA IBU BAGAI DISENTAP
“Waktu sedar anak tiada dalam kereta, saya rasa nyawa bagai disentap, kebas dan lembik satu badan,” kata Iza, 36, yang kisah anak lelakinya berusia tiga tahun tertinggal di R&R Ayer Keroh, arah selatan tular sejak malam tadi, sebelum dijumpai semula tiga jam selepas itu.
Menurut suri rumah itu, apa yang berlaku benar-benar menjadi pengajaran walaupun dia dan suami sangat berhati-hati menjaga ketujuh-tujuh anaknya ketika berada di luar rumah.
Menceritakan semula kejadian itu, ibu tujuh anak berusia antara 11 bulan dan 13 tahun itu berkata, dia dan suami berhenti di R&R Ayer Keroh untuk solat Maghrib kira-kira 7.30 malam dan makan secara bergilir-gilir untuk memantau anak-anak.
SUASANA KELAM KABUT
“Waktu saya sedang makan, anak-anak dah berlari sana sini jadi saya minta suami bawa mereka ke taman permainan dan selesai sahaja makan saya terus ajak mereka balik.
Ads
“Pada masa sama anak ke empat dan kelima saya pula bergaduh, menangis dan berlari-lari menjadikan keadaan agak kelam kabut.
“Ketika inilah Allah menguji saya dan suami, apabila semua anak telah masuk ke dalam kereta dan tanpa sedar rupanya kami meninggalkan anak keenam, berusia tiga tahun, yang sedang duduk di dalam gelongsor tertutup taman permainan itu,” katanya.
PERJALANAN 30 KILOMETER TANPA ANAK KEENAM
Menurutnya, sepanjang perjalanan hampir 30 kilometer itu, dia menyangka anaknya berada di tempat duduk belakang kereta kerana seolah-olah mendengar suaranya sehinggalah mereka sampai di rumah di Ayer Molek, hampir jam 10 malam.
Ads
“Waktu sampai di rumah dan apabila melihat anak yang begitu manja dengan saya tiada dalam kereta saya rasa nyawa bagai disentap, kebas dan lembik satu badan.
“Mujurlah suami seorang yang sangat tenang dan segera menelefon rakannya untuk membantu mencari anak di R&R Ayer Keroh.
PATAH BALIK DALAM MASA 20 MINIT
“Ketika kami dalam perjalanan berpatah balik ke R&R 20 minit kemudian, rakan suami menelefon memberitahu anak keenam saya itu selamat dan kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah.
INSAN YANG SANGAT BAIK MENJAGA ANAK
Ads
“Ketika itu, hanya Allah yang tahu betapa sayunya hati saya dan sangat bersyukur atas pemberian-Nya kerana menghulurkan insan yang sangat baik untuk menjaga anak kami sementara menunggu ketibaan kami,” katanya yang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, kira-kira 11 malam.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLBAT
Menurut Iza, dia sangat berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit menjaga anak-anaknya termasuk seorang pekerja India yang menjumpai anaknya di R&R berkenaaan.
“Terima kasih juga kepada pak cik yang tolong memujuk dan menemani anak saya, masyarakat, pekerja PLUS dan khususnya anggota polis IPD Alor Gajah yang tolong menjaga anak saya dengan baik.
“Insya-Allah saya akan turun semula ke IPD Alor Gajah dan R&R untuk bertemu dengan mereka yang telah sama-sama menjaga anak saya,” katanya.
Iza berkata, dia berharap kejadian itu menjadi pengajaran kepada masyarakat bahawa walaupun dalam keadaan berhati-hati, tiada siapa boleh menolak takdir Tuhan sekiranya telah menetapkan sesuatu untuk berlaku.
Sakit mata lihat bawah kuali non stick hitam dan melekit. Kadang nak gosok ambil masa yang lama juga untuk menanggalkannya. Jadi bagi mak-mak yang nak jimat masa dan mencuci dengan mudah kesan kotoran itu, boleh cuba cara ini.
Melalui perkongsian Puan Hani Mynis, hanya menggunakan satu bahan ini saja, kesan tersebut tanggal dan terus nampak baru dan berkilat.
Kalau siapa kat rumah yang ada guna non-stick pan/pot mesti perasan bawah pan tu senang sangat nak hitam atau kuning-kuning kesan api tu kan? Nak bersihkan memang susah.’
Lagi-lagi kalau tak sental hari-hari selepas setiap kali kegunaan. Lagi susah dengan corak-corak bawah pan tu. Jangan guna berus besi, calar nanti. Hehe kalau periuk kuali biasa tu takpe.
Lepas tu pulak ada yang suka gantung-gantung display kat dapur sebab senang nak ambil. Tapi kalau bawah periuknya hitam nak letak gantung kat luar pun buat pemandangan dapur jadi tak cantik je. So lepas tutorial hani ni dah boleh bersihkan bawah pan tu bagi berkilat sebelum gantung ya.
Kos tak sampai RM 2 pun, boleh beli alat membersihnya di Shopee, hanya gunakan dengan air tanpa sabun khas. Boleh pakai semula.
Seriously, benda alah ni peralatan pembersihan kedua magik selepas magic sponge.
Baru buat sebelah dah berkilat!
So wajib ada kat dapur!
P/s: pakai sarung tangan ya kalau nak guna. Semoga bermanfaat!
Tidak dapat dibayangkan perasaan kedua ibu bapa lantaran si kecil pergi buat selama-lamanya akibat kecederaan di kepala ketika dalam jagaan pengasuh.
Si kecil yang bernama Aisy Fawwaz didapati tidak sedarkan diri oleh bapanya. Pengasuh sebelum itu telah menghubungi ibunya yang memberitahu yang anak kecil ini tidak boleh bernafas. Menurut ibu saudara Fawwaz, Shafiqah Abd Razak kejadian yang menimpa anak kecil yang berusia hampir 8 bulan itu berlalu terlalu pantas hingga akhirnya anak kecil ini pergi buat selama-lamanya.
8 Januari 2019, jam 12 lebih tengah hari pengasuh hubungi ibu mengatakan Fawwaz tidak boleh bernafas
Bapa mendapati Fawwaz lemah, darah penuh di hidung & mengganggu pernafasan
Doktor cuba selamatkan, tapi Allah lebih menyayangi Fawwaz
Hasil x-ray menunjukkan banyak darah di saluran pernafasan, bukan tersedak susu
Menunggu keputusan post mortem untuk mendapatkan punca sebenar
Fawwaz kini sedang bermain di taman syurga, rehatlah kamu sayang, kamu insan terpilih
“Dah takda sapa boleh minum susu Fawwaz”
Sebelum ke rumah pengasuh sempat rasa kali terakhir susu ibunya & malam sebelumnya temankan ibunya siapkan kerja
Gambar kopiah ni gambar terakhir sebelum hantar ke rumah pengasuh
Keputusan post mortem mengatakan anak kecil ini mengalami kecederaan parah, kesan hentakan dengan objek tumpul pada bahagian kepala.
Bukan sesak nafas seperti yang dikatakan pengasuh tetapi rupanya ada perkara lain yang dilakukan kepada anak kecil ini. Pihak keluarga anak kecil ini menyerahkan semuanya kepada siasatan polis agar diberikan keadilan.
Bila anak tengah belajar, macam-macam idea dia. Sekejap nak ke tandas, nak minum air lah. Tak cukup dengan tu, ada saja alasan untuk mengelak dari belajar. Memang tak dinafikan agak susah untuk anak-anak kekal fokus, maklumlah ada saja yang mengganggu perhatian mereka.
Seperti yang dikongsikan oleh Zarina Anjoulie atau lebih mesra dikenali sebagai Anju di Instagram, untuk membuatkan anaknya Martin Ezra Mikael kekal fokus ketika belajar, dia siap bermain gendang!
“Salam, ni lah budak-budak asal nak study je mengantuk la, tiba-tiba lapar la nak makan, nak ter’berry’ lah, pemadam terjatuh la, tiba-tiba telinga sakit lah.
Takpa Mama ada ubat tak kasi ngantuk, aku hentak je gendang tu sebelah dia kasi semangat, biar hilang ngantuk tu, takda lagi alasan ya, esok Mama beli trompet.”
Main Padan Warna Batang Aiskrim, Bantu Anak Fokus!
Untuk bantu anak-anak lebih fokus, bolehlah ajak mereka untuk buat aktiviti ini bersama. Aktiviti memadankan warna pada batang aiskrim. Caranya, tebuk lubang pada kotak secara menegak, melintang atau serong. Bukan saja-saja tetapi potongan berbeza ini untuk membantu anak mengawal tangan ketika mereka masukkan batang aiskrim.
Kemudian bolehlah beri batang aiskrim berwarna pada anak dan minta mereka masukkan ke dalam lubang. Biar mereka buat sendiri dan hanya bantu apabila perlu.
Boleh dimain seisi keluarga untuk melatih anak tentang kemahiran menunggu giliran dan erti sabar.
Seorang remaja berusia 18 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri kad mesin juruwang automatik (ATM) milik datuknya, Mei...