Terdapat pelbagai manfaat yang boleh individu peroleh melalui penggunaan bengkung. Memakainya bukan sekadar membolehkan anda kelihatan ramping dan cantik selepas bersalin. Lebih daripada itu, ia bagus untuk kesihatan dalaman juga.
Oleh sebab itulah, semasa berpantang, anda sangat digalakkan untuk memakai bengkung. Tanpanya, berkemungkinan besar anda akan mengalami beberapa masalah berkaitan pertambahan berat badan. Ingatlah selalu bahawa berpantang secara tradisional sememangnya terbukti mampu mengembalikan bentuk badan idaman setiap wanita selepas melahirkan anak.
Lebih daripada itu, ia bagus diamalkan bagi menjaga kesihatan dalaman. Sebaik-baiknya ia tidak hanya dipakai selepas rawatan mengurut, bertungku atau bertangkas dalam tempoh 44 hari berpantang. Jika selesa, anda boleh berterusan memakainya semasa berada di dalam rumah.
Antara faedah memakai bengkung adalah seperti berikut:
Ads
Mengempiskan perut
Memperbaiki struktur kulit akibat kesan regangan
Membuang angin dalam badandan mengelak badan daripada dimasuki angin
Mengembalikan kedudukan rahim
Membantu mengelakkanrahim jatuh
Mengecutkan rahim yang bengkak selepas bersalin
Mempercepat proses pengeluaran darah kotor
Membantu melegakan masalah sakit belakang
Memperbaiki kedudukan tulang belakang
Mengetatkan otot perut yang longgar semasa hamil
Mengelak masalah perut buncit dan menggelebeh
Memecahkan lemak dan selulit
Menggalakkan postur badan yang baik
Mencegah makan lebih banyak
Cara memakai bengkung dengan betul
Langkah pertama
Sediakan bengkung. Lapik bengkung dengan kain lain agar tidak kotor kerana anda mungkin menggunakan sapuan tertentu di bahagian perut. Alas bengkung dengan daun pandan, lengkuas, mengkudu atau apa sahaja jenis dedaun yang diingini.
Ads
Langkah kedua
Sapu herba, rempah, minyak atau krim khas untuk berbengkung pada bahagian perut, belakang badan dan paha.
Ads
Langkah ketiga
Pakai bengkung dengan cara berdiri atau berbaring
Langkah keempat
Lilit dan ikat bengkung dari bahagian bawah dan seterusnya ke atas bahagian tubuh dengan kemas.
Anda sangat digalakkan untuk memakai bengkung sekurang-kurang selama lima jam sehari. Bagi anda yang bersalin melalui pembedahan caesarean perlu tunggu sekurang-kurangnya hingga sebulan sebelum mula memakai bengkung.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu dan bapa sebenarnya adalah cerminan dan idola kepada anak-anak kecil kita. Mungkin kita tidak sedar, apa jua perkataan yang dikeluarkan dari mulut kita menjadi ajukkan anak-anak kecil kita.
Maka gunakanlah perkataan yang baik-baik dan penuh sopan santun agar anak-anak kita juga mengikut percakapan yang baik belaka.
Menurut Public Health Malaysia, bayi seawal usia 8 bulan, kanak kanak akan mula meniru tingkahlaku dan pertuturan ibu bapa. Mereka memerhati, mendengar dan meniru percakapan kita tanpa kita sedari.
Gunakanlah bahasa yang baik baik, walau dalam situasi marah dan tertekan kerana ada telinga dan mata kecil yang sedang memerhati anda.
Ketika bercakap, gunakanlah perkataan yang bersifat positif kerana bukan sahaja aufa positif yang dibawa bahkan perkataan itu sendiri mencerminkan keperibadian diri kita.
Apabila berada dengan anak, sentiasalahlah menggunakan perkataan seperti terima kasih, sabar, alhamdulillah mahupun syukur agar anak mendengarnya.
Terima kasih
Sentiasalah berterima kasih baik pada ahli keluarga atau anak itu sendiri. Perkataan mudah tetapi mendalam maknanya buat anak kita.
Sabar ya
Sifat positif perkataan sabar ini seolah membawa aura yang cukup kuat untuk kita. Maka sentiasalah gunakan ayat positif ini di rumah, bukan hanya kita bahkan anak juga terkena aura positifnya.
Alhamdulillah
Sentiasalah ungkapkan kata syukur tanda kita bersyukur dengan pemberian Allah. Perkataan ringkas tapi bila anak makin membesar dia tahu membezakan maksud syukur. Gunakanlah!
Good Job
Nampak mudah tapi pujian berbau positif ini sangat memberi makna pada anak kecil kita. Mereka gembira di puji. Gunakanlah selalu malah sentiasa.
Bertuah anak ibu
Ketika penat atau mood tengah down, elakkan berkata yang tidak baik pada anak. Gantikan dengan perkataan ‘bertuah’ yang lebih manis bunyinya.
I love you
Sentiasalah tunjuk dan sebut perkataan i love you ini berulang kali pada anak dan tunjukkan cara dan makna sayang itu. Anak memahaminya.
Terbaiklah!
Perkataan baik sudah cukup membawa maksudnya yang baik. Gunakanlah sentiasa!
Elakkan perkataan-perkataan yang tidak elok seperti nakal, degil dan sebagainya yang memberi kesan pada emosi anak kita. Jangan sekali-kali kita melabel anak kerana itulah kesilapan kita dalam berbicara. Jadi elakkan!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada yang mengadu kitaran haid tidak menentu walhal sebelum ini tiada masalah. Ada kala tiada haid, haid yang singkat dan ada waktunya haid keluar berketul-ketul. persoalannya adakah masalah kitaran haid ini yang menjadi punca sukar untuk mendapatkan cahaya mata?
Keadaan ini sebagai “secondary infertility” atau masalah kesuburan sekunder. Ia berlaku apabila seseorang wanita mendapati dirinya sukar untuk hamil semula setelah mengalami satu atau lebih kehamilan atau keguguran.
Bagi mengesan punca, pasangan suami isteri perlu hadir sendiri ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan dan penyiasatan yang melibatkan ujian asas sebelum memberi ubat subur kepada pasangan yang bermasalah.
Haid yang tidak teratur bukan bermakna seseorang wanita itu tidak menghasilkan telur atau benih. Tetapi haid yang tidak teratur mungkin bererti telur atau benih yang dihasilkan adalah secara rambang sehingga menyebabkan pasangan sukar untuk menentukan bilakah waktu subur untuk mengadakan hubungan intim bersama suami.
Sebanyak 33% pasangan lulus ujian kesuburan tetapi masih belum hamil dikenali sebagai unexplained infertility.
Wanita yang menghadapi masalah untuk mengira atau menentukan hari subur bolehlah menentukan waktu subur menggunakan kit ovulasi yang asli untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat!
Jika kit menunjukkan anda tidak mempunyai ovulasi (waktu subur), doktor boleh melakukan pemeriksaan imbasan atau “transvaginal ultrasound” untuk memeriksa keadaan ovari dan memantau pengeluaran telur (dominant follicle). Pemeriksaan mungkin kerap jika doktor ingin memastikan telur tadi berkembang dan seterusnya matang.
Kegagalan untuk menghasilkan sebiji dominant folliclememerlukan pemeriksaan darah yang dikenali sebagai hormonal assay untuk memastikan pesakit sebegini tidak mengalami masalah-masalah seperti;
Doktor akan juga memastikan wanita terbabit tdiak menghidap kencing manis. Jika ada, ia wajib dirawat dan distabilkan sebelum cuba untuk hamil.
Selain itu, masalah fibroid dan ovarian cyst selalunya menjadi penghalang kehamilan. Lebih-lebih lagi jika ovarian cyst tadi merupakan endometrioma atau endometriosis kerana ianya menurunkan kadar kesuburan kepada 20 hingga 30%!
Manakala endometrial polyp pula menyebabkan dinding rahim tidak sesuai untuk kehamilan. Ujian hysterosalphingogram (HSG) untuk memeriksa salur Fallopian.
Jika kedua -dua salur Fallopian didapati tersumbat, pesakit akan dirujuk ke Unit IVF di Hospital yang mempunyai Unit Infertiliti. Namun sekiranya kedua-dua atau salah satu salur Fallopian normal tersumbat, ujian air maninya akan dilakukan kepada suami.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak kerap demam dengan suhu yang tinggi, selalu sakit tekak mungkin ada masalah tonsil. Nampak macam tak bahaya tapi jika terlalu kerap sakit kena ada tindakan susulan.
Perkongsian dari seorang ibu, Nurul Shazalina Zainudin mengenai anaknya yang menjalani pembedahan membuang tonsil memberi sedikit gambaran kepada ibu bapa supaya tidak mengambil ringan mengenai masalah ini dan tonsil juga sebenarnya boleh berjangkit.
Tonsil..Bahaya Atau Tidak
Kelmarin, anak saya Alexander Akil menjalani satu prosedur membuang tonsilnya.. Dan nasib tidak begitu baik, dia mendapat komplikasi selepas pembedahan tersebut.
Akil dah lama ada tonsil.. Dari kecil. Dalam umur 2-3 tahun dulu dah direfer ke pakar ent, tapi doktor pakar kata tunggu dia besar sikit.
Semenjak dua menjak ni, hampir setiap bulan dia demam. Dan demamnya sangat tinggi. Selalunya melebihi 39 darjah celcius. Dan kebanyakan masa memang disebabkan tonsilnya dijangkiti, membengkak dan merah. Rawatan antibiotik perlu diambil.
Nasib baik selalu dapatkan rawatan di klinik yang sama, jadi doktor bertugas perasan rekod Akil yang sentiasa demam dan masalah tonsil. Jadi, beliau memberi surat refer ke pakar ent.
Saya pun bawa Akil ke Hospital Pakar An Nur, Bangi. Memang perlu dibuang. Tapi dr minta tunggu lagi dua minggu sebab nak betul-betul clear dari demam dan sakit.
Sampai tarikhnya, seawal 7 pagi admit ke wad, akil menunggu masa untuk masuk dibedah.
Pkl 1045 mula, tamat dalam 1130 pagi. Alhamdulillah semua selamat
Oh ya, dr juga buang adenoid di belakang hidung akil. Masa pembedahan tu dr dapati ada adenoid, dr pun buang sekali
Lepas bedah, akil tidur je,tapi akil tidur lama sangat. Dari lepas bedah sampai pukul 4. Tu pun puas kejutkan. Keja-kejap je dia bangun merengek, pegang tekak, kata batuk-batuk.. Maknanya dia tak selesa di tekak
Muntah Darah Lepas Operate
Saya ingatkan perkara biasa lepas operate. Rupanya tak. Dia asyik menelan darah rupanya.
Bila dia bangun, kejap tu, dia muntah darah.. Penuh sekatil.. Memang banyak.. Bukan darah sikit-sikit.. Seperti dicurahkan darahnya..
Saya masih ingat, ini kesan bius. Dan darah tu yang dia telan masa operate tadi.
Bagi dia kumur dengan air ais, minum air sejuk. Lepas tu bagi makan jelly sikit.. Dia taknak aiskrim lagi. Kejap tu dia muntah lagi. Lagi banyak. Dan semuanya darah. Kebetulan nurse ada masa tu. Ok takpe.. Mungkin kesan bius lagi
Kali ketiga, akil muntah darah lagi. Bukan sikit, tetap juga banyak. Saya tahu ada tak kena. Sebab akil dah mula sangat lemah, buka mata pun tak larat, bibirnya pucat lesi…
Tak lama tu kebetulan dr datang, nurse pun maklumkan perkara ni.. Dr check.. Memang sangat pucat dah masa tu akil. Dr terus kata, ok siap, kita masuk bilik bedah semula. Sekarang juga.
Saya berdebar dah. Ni kan prosedur buang tonsil je. Kenapa jadi macam ni.
Sementara mereka siapkan bilik bedah, dr menerangkan, jarang sangat komplikasi seleas surgery ni berlaku. Sejak dia di sini, akil ni kes kedua yang ada komplikasi macam ni.
Dr perlu siasat punca pendarahan dan hentikan sebelum keadaan lagi teruk. Kebetulan, di luar bilik bedah, akil muntah darah lagi sekali. Depan dr sendiri. Jadi dr dapat tengok darahnya macam mana. Next time kena ambil gambar darah muntah akil tu supaya senang nak explain dr. Sebab dr nak tahu warna darah fresh arau kehitaman.
Sebabkan akil asyik muntah darah, dr pakar bius tak boleh bagi bius melalui gas, kena melalui iv kali ni.. Katanya sakit sikit.
Tapi akil memang tak larat sungguh.. Kena panggil berkali kali untuk dia buka mata.. Saya dah risau sangat
Alhamdulillah tak lama lepas tu, dr dah jumpa punca pendarahan di mana.. Dan berjaya hentikan.
Sampai sekarang akil dah ok. Bangun keesokannya, terus mintak makan minum sebab sangat lapar. Saya risau nak bagi makan terus, tapi akil kata tak sakit. Alhamdulillah
Kumur dengan air ais, dengan ubat kumur (difflam) , antara cara terbaik untuk cepat sembuhkan luka pembedahan.
Sekarang dia makin sembuh, tapi agak lemah sebab banyak hilang darah. Masih di wad untuk pantauan.. Insyaallah harini discaj.
Jangan takut pula untuk bedah buang tonsil, selalunya takde masalah. Nasib akil je kurang baik. Komplikasi bleeding. Tapi sangat cepat sembuh lukanya tu..so sepatutnya memang ok.
Mengenai Tonsil
Tonsil ni sebenarnya bagus untuk badan kita. Dialah barisan pertahanan pertama untuk melindungi badan kita dari jangkitan. Tapi kadang-kadang dia sendiri boleh dijangkiti dan menyebabkan kita sakit.
Antara tanda-tandanya ialah: -demam panas (melebihi 39 darjah celcius selalunya) -tonsil membengkak, merah dan kadang2 ada putih2 atau nanah -sakit telinga -sakit tekak -susah menelan -sukar tidur sebab tonsil menghalang laluan pernafasan -nafas berbau
Kalau selalu sangat dapat tonsilitis, tonsil tersebut berkemungkinan tidak akan mengecil.. Akan statik besarnya walaupun dalam keadaan normal. Bila sakit, bertambah besar dan merah.
Dan rupanya penyakit ni boleh berjangkit. Ramai tak tahu. Dan saya pun baru tahu. Selama ni saya fikir, maybe ada kena mengena dengan keturunan. Sebab kalau kita ada tonsil, biasanya anak, adik beradik, mak ayah ada jugak tonsil.
Rupanya sebab kita dekat, tak elak diri dari terjangkit dan menjangkiti, sebab tu kena.
Sepatutnya, siapa yang tengah kena jangkitan dan tonsilnya sedang sakit, kena mc. Kalau tak pun , kena tutup mulut bila bersin atau batuk. Jangan berkongsi makanan atau minuman. Cuci tangan. Jangan cium anak. Semua ni punca jangkitan. Sekarang dah tahu, siapa tengah sakit tonsil, elakkan jumpa orang lain. Sampai tonsil tu sembuh. Sekarang saya rasa, sayalah punca akil dapat tonsil dari kecil sebab sampai sekarang saya masih ada masalah ni. Saya pun patut remove nanti
Ini serius. Orang pandang remeh je penyakit tonsil ni, tapi sebenarnya senang sangat berjangkit kalau tak jaga diri. Dan sakit kalau kena. Lagi-lagi kalau kes berulang, hampir setiap bulan kena. Seksa sangat
Ok, kalau siapa yang selalu ada masalah tonsil tu, anak ada tonsil, boleh pantau. Kalau kerap sangat, maklumkan dr. Jika perlu, jumpa pakar. Jangan sampai melarat.
Ps: saya sertakan gambar tonsil akil yang dibuang. Besar ya.. Lebih besar dari guli. Kesian dia..