Pakai Mask Saja Tak Cukup. Dr Amalina Kongsi Cara Terbaik Cegah Virus COVID-19

Share

Berikutan dengan penularan COVID-19, sesetengah negara telah pun berjaya memulihkan rakyat mereka yang dijangkiti virus tersebut.

Walau bagaimanapun langkah-langkah pencegahan haruslah diketahui oleh orang ramai agar virus ini tidak terus merebak dengan lebih berleluasa. Oleh itu, Dr Amalina Che Bakri telah tampil mendedahkan cara yang berkesan untuk mencegah masalah ini.

Baru-baru ini Dr Amalina telah memuat naik satu posting di laman Twitter miliknya mengenai isu berkenaan. Menurutnya memakai topeng muka atau mask sahaja sebenarnya tidak mencukupi.

Anda hanya perlu memakai topeng muka sekiranya ada tanda-tanda jangkitan ataupun untuk mengelakkan penularan daripada penghidap COVID-19.

Basuh tangan paling penting

Dr Amalina juga turut menjelaskan mencuci tangan dengan kerap merupakan cara yang terbaik untuk mencegah jangkitan. Tambahnya lagi, topeng muka yang dipakai boleh menyebabkan seseorang itu terlalu bergantung kepada bahan pelindung tersebut dan tidak mengamalkan cara pencegahan lain.

Memakai topeng yang bertujuan untuk mengikut fesyen contohnya boleh memudaratkan lagi jika anda tidak mencuci tangan dengan kerap.

Jika perlu pakai topeng, pakailah dengan betul

Tambah Dr Amalina lagi, buat individu yang selesa dengan hanya memakai mask pastikan cara pemakaian hendaklah betul dan buang topeng tersebut apabila sudah menjadi lembab. Dia turut berpesan cara yang betul untuk mencabut topeng daripada muka.

Gambar Hiasan

Elakkan daripada menyentuh bahagian hadapan topeng muka tetapi pastikan untuk meleraikan ikatan daripada belakang.

Sumber: Twitter Dr Amalina & kisahdunia.com 

IKLAN