
Nak anak genius tentu impian setiap ibu ayah,cuma perlu tahu bagaimana amalan yang betul untuk mendidik boleh fikir secara rasional. Ibu bapa adalah orang paling penting untuk pembentukan akhlak, sahsiah dan kendiri anak-anak supaya membesar sebagai individu yang cemerlang dunia dan akhirat. Dalam usaha mendidik anak ibu bapa sepatutnya mempunyai amalan asuhan yang terbaik untuk mengenali potensi anak-anak dan seterusnya mengembangkannya pada masa hadapan. Asuhan dan didikan berdasarkan potensi anak-anak inilah yang boleh menjadikan anak-anak genius dalam bidang tertentu. Namun adakah ibu bapa tahu bagaimana melatih anak itu berfikir seterunya menjadikan anak seorang itu genius.
Ikuti nasihat daripada Dr Rozieta Shaary, Pakar Keluarga dan Kasih Sayang atau dikenali sebagai Ibu Rose, untuk membantu ibu bapa mengetahui amalan-amalan untuk mendidik anak menjadi seorang genius.
1.Didik anak nilai simpati
Apabila ibu bapa mendidik anak untuk menjadi seorang yang mempunyai sikap simpati dalam diri, ini bermakna telah merangsang daya pemikiran EQ atau kecerdasan emosional dalam diri anaknya. Ia adalah asas untuk kekuatan intelektual. Apabila anak dibentuk menggunakan pendekatan ini, ia akan menyebabkan anak itu berfikir untuk melakukan sesuatu atas sebab yang lebih besar untuk memberikan kebaikkan kepada orang lain , bukannya untuk dirinya. Ia juga mendidik anak ini menjadi seorang yang tidak pentingkan diri tetapi menjadikan dirinya untuk kepentingan orang lain. Malah Islam dalam pengajarannya menggalakkan setiap manusia untuk memikirkan orang lain. Apabila mempunyai emosi positif seperti ini, ia akan mengeluarkan endorfin yang membuatkan perasaan akan menjadi lebih tenang dan positif yang sekali gus memberi kekuatan dalaman untuk berfikir dengan lebih luas.
2.Biarkan anak berdikari
3.Bagi pendapat
Sebagai ibu bapa, kita perlu menghargai anak apabila mereka memberi pendapat. Apabila anak memberi pendapat, tidak bermakna dia melawan. Misalnya, ibu memberi arahan, “ Pergi basuh kasut.” Anak berjawab, “ Mak boleh tak basuh kemudian.” Namun sikap segelintir ibu bapa beranggapan percakapan sebegitu sebagai ‘melawan’.
Oleh itu, anda perlu faham apa yang dikatakan melawan atau apa yang dikatakan memberi pendapat. Ia adalah dua perkara yang berbeza.
Apa yang kita nak didik anak ialah perlu diberi peluang untuk memberikan pendapat secara berhemah dan bagaimana hendak memberi pendapat secara sopan. Biasanya anak-anak akan marah apabila tidak diberi peluang untuk bercakap. Seharusnya ibu bapa menjelaskan dengan berkata, “Nanti adik, mama sedang dengar, tak perlu tinggikan suara. Mama hargai pendapat adik”. Jadi anak akan bercakap sopan apabila memberi pendapat, bukannya secara tengking atau melawan ibu bapa. Kebiasannya anak-anak berusia enam tahun sudah mulai menunjukkan sikap sebegini kerana mereka mulai mempunyai sifat ingin tahu yang tingggi dan berkebolehan berdikari.
4.Beri penjelasan