Bila kita tengok anak orang dua tahun lebih dah petah bercakap, kita sebagai ibu bapa dah mula risau. Tambah pula jika saudara mara yang anaknya setahun lebih dah boleh buat ayat tiga empat perkataan walaupun pelat.

Tapi bila pandang anak sendiri, terus terdetik dalam hati kenapa anak aku tak macam anak dia? Anak aku speech delay ke? Ini antara persoalan yang sering bermain dalam fikiran ibu ayah. Jika diikutkan anak speech delay tidak semestinya autisme.

Menurut Terapis Pertuturan/Bahasa, Puan Ruby Atika ada beberapa tip yang ibu bapa boleh lakukan untuk nak elakkan anak lambat cakap asalkan RAJIN dan selalu luangkan masa dengan anak.

Pakar Kongsi Cara Nak Elak Anak ‘Speech Delay’. Mula Lagi Awal, Nampak Hasilnya!

Macam mana nak elak anak jadi speech delay?

1) anak mendengar sejak dalam kandungan. Orang putih siap pasang lagu Mozart letak speaker kat perut. Jadi orang Islam baca la bacaan quran masa mengandung. Tak rugi pun.

IKLAN

2) beri rangsangan bahasa yang sesuai untuk bayi. Saya dah tulis banyak pasal topik ni hingga buat Siri Bercakap Dengan Bayi.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=7116630515028903&id=100000460753821

3) ambil tahu perkembangan bahasa kanak-kanak yang normal. Jadi tidaklah anak tu dah 5-6 tahun baru nak tersedar yang ada sesuatu tak kena. Kesan lebih awal. Saya dah tulis dan kumpul di sini:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=7952795148079098&id=100000460753821

4) jangan bagi skrin tv/hp selagi anak belum umur 2 tahun. Anda susah memasak? Letak anak di baby chair kat dapur. Pasang play pan. Atau pun paling penting, ayahnya tolong la jaga. Payah sangat masak, order aja grab.

Orang zaman dulu, ibu-ibu pakai babywearing sambil berkebun atau ke sungai. Zaman sekarang pun ada banyak produk yang canggih.

5) jangan latih anak jadi bayi selamanya. Sebaik saja dia dah boleh berjalan, suruh dia ambil botol, ambil bantal, ambil bola bawah meja. Suruh dia tunjuk hidung, telinga, kaki. Nak mandi, pergi ambil tuala.

IKLAN

Pakar Kongsi Cara Nak Elak Anak ‘Speech Delay’. Mula Lagi Awal, Nampak Hasilnya!

6) utamakan perkataan berfungsi, bukan ABC. Anak dah boleh cakap, baru ajar ABC 123. Melainkan anak tu ada hyperlexia yang terus boleh membaca tanpa diajar.

7) beli mainan dan bermain dgn anak. Bukan beli mainan suruh anak main kat sana jangan ganggu papa.

Isyarat tangan juga adalah komunikasi. Pernah dengar baby sign language? Kenapa wujud baby sign language? Supaya anak faham komunikasi lebih cepat. Anak yang faham komunikasi, lebih cepat bercakap. Apa isyarat tangan yang mudah?

IKLAN

Bye bye, high 5, tunjuk, habis, nak (hulur tangan), flying kiss, minum, makan, tidur.
Speech delay dan speech language disorder ialah perkara berbeza. Anak autism, bukan speech delay ya. Autism bukanlah suatu yang kita boleh nak elak-elak sebab kita tak tau pun puncanya apa.

Tapi, tips di atas berguna untuk semua ibu bapa. Tak rugi pun untuk diamalkan.

Kredit: Ruby Atika

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Pakar Kongsi Cara Nak Elak Anak ‘Speech Delay’. Mula Lagi Awal, Nampak Hasilnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI