Kelonggaran peraturan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang juga dikenali sebagai sistem pengendalian kanak-kanak atau CRS – dalam kenderaan akan diberikan kepada keluarga yang memiliki anak ramai, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Kamarudin Jaffar.
Beliau berkata, kerajaan sedar agak sukar bagi keluarga besar menggunakan CRS dalam kenderaan mereka kerana ia membabitkan kos yang tinggi.
“Berkaitan isu anak ramai dan tempat duduk yang mungkin tidak boleh memuatkan empat ke lima CRS kerusi keselamatan kanak-kanak, khususnya untuk keluarga yang besar, saya boleh katakan bahawa mereka diberikan pengecualian sekiranya di dalam sebuah kenderaan tersebut tidak membolehkan CRS dipasang.
“Jadi kelonggaran diberikan dalam pelaksanaan ini,” katanya ketika sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Cha Kee Chin (PH- Rasah).
Cha dalam soalan tambahannya bertanya bagaimana pendirian kerajaan terhadap pelaksanaan CRS untuk keluarga yang memilik anak ramai.
Dengan mengambil contoh dirinya sebagai seorang bapa yang mempunyai anak ramai, walaupun bergelar wakil rakyat Cha berkata beliau tidak mampu untuk memiliki kereta mewah.
“Saya menghadapi masalah ini. Saya kena akui saya memohon satu pendekatan, kalau boleh anak-anak yang ketinggi 120cm hingga 135cm diberi kelonggaran.
“Saya setuju bawa 120cm ke bawah (diwajibkan), bayangkan kalau keluarga itu ada empat anak bawah kategori itu, kereta apa mereka hendak guna?
“Takkan keluarga semua hendak guna Toyota Alphard, saya sebagai wakil rakyat tiada Alphard, kalau kereta biasa empat orang anak penuh,” katanya ketika mengemukakan soalan tembahan.
Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, bagi memastikan CRS tidak membebankan, kerajaan mendapat pengecualian duti import bagi produk tersebut.
Begitu juga penjualan kerusi keselamatan itu. Menurut Kamarudin, ia hanya akan dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekitar lima peratus saja.
“Kerajaan serius untuk menjadikannya sebagai satu kewajiban memandangkan 14 ke 15 peratus kanak-kanak meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya,” katanya.
Hari Raya sepatutnya menjadi saat paling bermakna untuk keluarga. Tetapi bagi pelakon serba boleh, Azhan Rani, setiap kali Aidilfitri tiba, ia bukan lagi sambutan yang dinanti sejak pemergian arwah bapanya pada tahun 2016.
“Masa dia ada, saya seronok dengan Hari Raya. Setiap kali raya, saya akan pastikan kami pakai baju sedondon, lengkap berbaju Melayu. Tapi sejak 2016, saya cuma mampu pakai t-shirt masa sembahyang Hari Raya.”
Dalam temu bual bersama podcast Sembang Seram, Azhan berkongsi bagaimana kenangan bersama arwah abah begitu kuat membekas dalam dirinya. Bahkan, menyarung baju Melayu pun kini jadi terlalu menyakitkan kerana ia terlalu sinonim dengan memori indah mereka beraya bersama.
“Sampai nak pakai Baju Melayu pun saya dah tak sanggup dah. Saya rasa dah lama tak pakai baju Melayu sembahyang Raya,” luahnya, menahan rasa sebak.
Menurut Azhan, satu-satunya waktu dia mengenakan busana tradisi itu hanyalah ketika penggambaran drama. Di luar set, semangat untuk meraikan Syawal seakan hilang kerana diragut oleh kehilangan seorang ayah yang sangat dekat di hati.
“Saya pakai baju Melayu pun kalau dalam cerita sahaja. Dalam cerita saya pakailah. Saya tak ada mood nak beraya pun. Saya tak pergi beraya ke mana-mana kecuali kalau mak saya kata nak jumpa saudara dia atau jumpa kawan dia saya bawa.
Tapi, kalau saya nak pergi beraya ke rumah orang memang tak. Sebab saya masih lagi akan terkenang dia. Kadang-kadang orang sampai kecil hati, ajak pergi beraya.
Saya sudah lama reda, cuma saya akan lebih tersentuh, lebih terkesan kalau saya pergi beraya. Saya akan teringat. Sebab raya saya dulu hanya dengan Abah. Saya rasa seronok dengan dia,” Kata azhan.
Luahan Azhan ini begitu dekat di hati sesiapa sahaja yang pernah kehilangan ayah. Rasa rindu yang tak terubat, rasa bersalah yang menghantui, dan kerinduan terhadap momen-momen kecil yang kini cuma tinggal memori.
“Sebab itu saya selalu cemburu pada orang yang masih ada bapa, orang yang boleh pimpin bapa ke sini ke sana. Saya cemburu, sebab saya sudah tak ada benda tu. Masa tu kita terfikir banyak benda yang patut saya buat dengan dia tapi, saya tak dapat buat. Benda tu yang sangat-sangat saya rasa bersalah.” jelasnya.
Kisah Azhan ini adalah satu peringatan bahawa masa kita bersama anak-anak, ibu atau bapa adalah pinjaman yang tak kekal. Kadangkala, dalam kesibukan mengejar dunia, kita terlupa untuk menghargai mereka yang paling dekat di hati.
Buat anak-anak di luar sana, peluklah ayah dan ibu selagi mereka masih ada. Kerana apabila mereka pergi, kita mungkin hanya mampu memeluk kenangan dan kenangan itu kadangkala terlalu berat untuk dipikul.
Biasanya isteri dan ibu selalu merungut kenapa pasangan dan anak kita susah nak dengar cakap. Asyik kena ulang je benda yang sama baru mereka dengar. Sampai satu tahap ibu pun jadi rasa nak marah.
Ok perkongsian dari Penulis Keibubapaan, Puan Wawa Shauqi ini boleh anda aplikasikan dalam rutin harian. Mana tau tip ini boleh menenangkan hati kita.
Wajib baca ni kalau kita nak anak-anak kita dan pasangan kita mudah buat apa yang kita cakap. Ini bukan nak bagi resepi nasi kangkang ke apa.
Tak payah semua tu kalau kita faham sains di sebaliknya. Bila kita faham ni, insya Allah anak lebih cepat buat apa yang kita suruh. Tak perlu menempik pun.
Semua orang tau bahawa deria manusia ada 5. Deria pendengaran, deria penglihatan, deria rasa, deria bau dan deria sentuh. Deria-deria ni akan proses maklumat di sekitar kita. Termasuklah maklumat berbentuk arahan.
Menariknya, 75% maklumat diproses oleh deria penglihatan. 13% diproses oleh pendengaran. 6% dari sentuhan dan 3% masing-masing dari deria rasa dan deria bau.
Ini kerana, menurut Dr Rizal Abu Bakar, 70% reseptor deria ada pada mata. Jadi, mata memproses maklumat 60,000 lebih laju dari deria lain.
Bermakna, kita kena gunakan betul-betul kelebihan deria penglihatan ni. Supaya bila kita suruh, anak dan pasangan boleh buat tanpa bertangguh.
Tapi macam mana? Kebanyakan suruhan kita berbentuk arahan. Berbentuk teks. Banyak masuk kat deria pendengaran je. Posible ke nak bagi arahan dalam bentuk visual?
Ok, cuba tip-tip ni :
1) Pertama, pandang mata ketika bercakap.
Dengan memandang mata, tumpuan anak/ pasangan hanya pada kita. Jadi kita boleh sampaikan maklumat tanpa gangguan.
Kedua, bercakap dengan perlahan. Cuba pendek-pendekkan ayat suapaya tak lebih dari 10 perkataan dalam satu ayat.
Ketiga, sentuh anak. Sama ada gosok bahu, belai bekang badan, belai rambut atau pegang tangan. Sentuhan boleh mengeluarkan hormon oksitoksin. Ingat, correction lebih mudah bila ada connection.
2) Beri arahan yang jelas
Satu lagi cara kita nak pastikan otak kita memang ‘visually wired’. Bila orang kata “jangan bayangkan gajah merah”, otomatik otak kita akan create imej gajah merah tu.
Begitu juga dengan otak anak. Bila kita sebut “Jangan melompat”, otak mereka lebih pantas memproses perkataan ‘melompat’ tu. Jadi mereka akan terus melompat.
Beri arahan yang jelas seperti “Abang jom duduk kat sini. Kita tarik nafas sama-sama”.
Berbanding “Kenapa kicap ni tak simpan lagi” sebut dengan jelas “Ambil kicap atas meja dan masukkan dalam peti.”
3) Tunjukkan cara
Kadangkala, anak bukan tak nak ikut cakap kita. Tapi mereka tak tau macam mana nak buat. Jadi, tunjukkan cara untuk buat dulu.
4) Guna kaedah story telling
“Safa ingat tak hari Sabtu lepas Safa tolong mama memasak? Safa potong sayur dan basuhkan. Jom kita memasak macam tu.”
Kaedah ni, kita kena sediakan visual melalui cerita dalam otak anak tu. Baru dia boleh bayangkan dan buat.
5) Social Story
Kaedah ini diguna dikalangan anak-anak istimewa seperti autism. Ia membantu anak-anak memahami situasi tertentu dan bagaimana menghadapinya. Ia juga sangat berkesan untuk membantu anak-anak konsisten dengan rutin.
6) Kaedah imaginasi
Dunia kanak-kanak penuh bahagia dan kaya imaginasi. Jadi guna betul-betul imaginasi mereka bila menyuruh.
Contohnya, bila nak suruh anak kemas mainan:
“Wahh,,banyaknya ikan. Mari kita tangkap masuk dalam bakul”
Kalau nak menyuruh anak susun bantal pula, anggapkan bantal seperti kubu.
“Alamak, kubu kita dah runtuh. Ayuh kita bina balik.”
Fakta ni juga mengukuhkan teori bahawa “Kanak-kanak tak buat apa yangbkita suruh. Tapi buat apa yang kita buat.”
Always send good vibes bila menyuruh, supaya orang tak rasa intimidate dengan arahan kita. Kadang-kadang, tambah perkataan “jom” dalam ayat suruhan pun, boleh memberi impak yang besar tau.
Tolong kongsi kat sahabat-sahabat kita. Mudah-mudahan kurang sikit pening mereka nak handle anak-anak.
Kredit: Wawa Shauqi (Parenting Writer)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!