Intan Liana Salleh, instafamous dan brand ambassador yang juga bekas isteri kepada Ude Wahid meluahkan perasaan kesian kepada anaknya yang paling kecil, dekmok. Perpisahan antara Ude dan Intan setelah Ude mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Izreen Azminda.
Bukak fb kuar pulak niii.. Hehhe throwback .. Ok tu dekmok dalam perut bonda lagi… Sayang sangat die nii.. Paling kesian kat die sebenarnya… Haihh malas cakap la… Semoga aish dan dekmok membesar dengan penuh kasih sayang.. Jadi anak yang soleh.. Hormati orang tua..amin.. Ok selamat malam sayangs!!!
Buah hati rakyat Malaysia yang viral tahun lepas, Ainul Mardhiah kini semakin sihat membesar. Si comel ini sentiasa menjadi tumpuan ramai sejak dari awal kisahnya disiarkan sehinggalah kini.
Terbaru Pa&Ma berkesempatan menemui Ainul dan keluarganya untuk shooting cover edisi khas anak istimewa. Untuk edisi kali ini sisi hidup adik Ainul akan dikongsikan dari kedua ibu bapanya sejak Ainul disahkan sakit sehinggalah perkembangan terbarunya sekarang.
Jika sebelum ini rakyat Malaysia dah tahu kesakitan yang Ainul lalui kerana menghidap Germ Cell Tumor sejak dia dilahirkan siapa sangka ada rezeki Ainul di sebalik kesakitannya itu.
Ketika tumor tersebut semakin membesar semasa usianya 9 bulan, kisah Ainul ini telah mendapat perhatian daripada Dr Nur Amalina Che Bakri.
Dr Amalina dianggap wira oleh rakyat Malaysia kerana melalui dialah Ainul berjaya menemui pakar perubatan di London untuk melakukan pembedahan membuang tumor seberat 200 gram yang berada dalam mulutnya.
Kini setelah 8 bulan Ainul berjaya membuang tumor tersebut, perkembangan Ainul dari sehari ke sehari semakin positif dan sangat baik.
Memandangkan ada beberapa step yang Ainul delay sebelum ini kerana kesakitannya itu, dia kini sedang dalam proses untuk belajar bersama terapis dan banyak perkara baru dah mula dipelajarinya.
Ainul dah pandai salam, bye-bye dan nak ajak orang main. Paling kagum dengan Ainul dia tak banyak ragam dan mudah dijaga.
“Amboi, Ainul dah jadi model…”
Apa yang membuatkan buah hati rakyat Malaysia ini menjadi perhatian selepas shooting cover Pa&Ma in, Dr Amalina telah memberi maklum balas positif di twitternya.
Dia yang banyak membantu Ainul sepanjang berada di London tak sangka rezeki si comel ini. Dengan memuat naik caption “Amboiii, Ainul dah jadi model” jelas nampak kegembiraannya setelah berjaya memberi sinar baru dalam hidup Ainul.
Perkara ini juga turut dikongsikan oleh walid dan mama Ainul melalui laman Instagram mereka. Semua kisah adik Ainul Mardiah bakal menemui pembaca sempena edisi istimewa Pa&Ma pada bulan April nanti.
Terima kasih Dr Amalina!
Disebabkan perkongsian dan kata-kata Dr. Amalina tersebut, ramai netizen yang tak putus-putus mengucapkan terima kasih kerana banyak membantu dan berusaha untuk mengembalikan keceriaan si comel ini dan keluarganya.
Seorang wanita berdepan detik cemas apabila bayi perempuannya yang berusia 19 bulan, hampir menjadi mangsa culik dua lelaki warga asing dalam kejadian di sebuah pasar raya dekat sini, malam tadi.
Dua warga asing terbabit bagaimanapun sudah pun ditangkap polis selepas didakwa cuba melakukan jenayah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata dalam kejadian pada jam 7.30 malam itu, wanita berkenaan memaklumkan dia sedang menaiki tangga bergerak di pasar raya itu bersama anaknya serta adik perempuan.
Menurutnya, seorang bayi perempuan berusia 19 bulan hampir menjadi mangsa culik dua lelaki warga asing berkenaan.
“Wanita berkenaan yang sedang memimpin tangan bayinya tiba-tiba didatangi dua lelaki warga negara asing dari arah belakang yang mana salah seorang lelaki itu bertindak mengangkat anaknya.
“Wanita berkenaan terus menjerit dan menarik semula anaknya manakala dua lelaki berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditangkap orang awam yang berada di pasar raya itu.
“Dua lelaki berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak polis dan kini direman tiga hari bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran.
Ibu-ibu boleh menarik nafas lega bila mana kerajaan mengumumkan tarikh 19 April sebagai cuti persekolahan sempena sambutan Hari Raya nanti.
Cuti sekolah yang sepatutnya bermula pada 20 April (Khamis) ini diawalkan kepada 19 April (Rabu) ini. Pastinya memudahkan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti khas persekolahan itu pada satu sidang media hari ini.
Menterinya berkata, cuti itu diberikan bagi memberikan ruang kepada guru-guru dan murid-murid sempena persiapan Hari Aidilfitri.
“KPM umumkan bahawa pada 19 April isytihar cuti khas untuk semua warga KPM.
“Jadi 19 April tidak akan ada sesi persekolahan,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis ikrar bebas rasuah dan forum integriti di kementeriannya, pagi tadi.
Sesi cuti persekolahan untuk Aidilfitri ditetapkan pada 20 April hingga 1 Mei depan.