Pa&Ma Baby Fiesta 2019 Meriah!

Share

Setelah hampir 20 tahun di pasaran, Pa&Ma media komprehensif KeibuBapaan No.1 Malaysia terus memperkukuhkan jenama dengan penganjuran ekspo jualan barangan bayi, kanak-kanak dan ibu mengandung dikenali sebagai Pa&Ma Baby Fiesta pada 2-4 Ogos lalu.

Penganjuran program berkonsepkan jualan dan informatif ini, menawarkan kadar tawaran harga berpatutan selain sarat dengan aktiviti berinformasi bagi memberi ilmu berguna kepada ibu bapa tentang penjagaan sewaktu hamil, selepas bersalin dan bayi. Pa&Ma Baby Fiesta telah menjanjikan pengalaman membeli belah menyeronokkan kepada pengunjung dalam suasana yang selesa. Sebanyak 100 vendor dari jenama terkenal turut serta dan memberi diskaun lebih 50 peratus untuk setiap produk.

Sepanjang tiga hari Pa&Ma Baby Fiesta ini berlangsung, pelbagai program telah dianjurkan antaranya Bengkel Penyusuan: Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu! dengan menampilkan barisan panel seperti Pakar Perbidanan Sakit Puan, Dato’ Dr Hamid Arshat, Pakar Perbidanan Sakit Puan, Hospital UPM, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Kanak-Kanak, Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital.Selain itu, pada hari kedua fiesta pelancaran komuniti Pa&Ma Moms To Be khusus untuk ibu hamil juga telah berlangsung dengan jayanya dan pertandingan Merangkak Race yang mengumpulkan 60 bayi serentak dengan pelbagai aksi comel.

Pada hari terakhir fiesta dan sebagai tanda sokongan penggunaan kerusi keselamatan bayi dalam kenderaan persendirian, Pa&Ma juga telah melancarkan kempen Buckle Up untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa.Bagi acara kemuncak di fiesta Pa&Ma, seramai 100 kanak-kanak hadir sempena Superhero Jr Gader dan berjaya pecah rekod. Dengan pelbagai aksi menarik dan keberanian kanak-kanak menunjukkan aksi di pentas ia berjaya mencapai objektifnya.
Sempena fiesta ini, Pa&Ma berterima kasih kerana telah mendapat kerjasama dari beberapa pihak seperti Haenim Malaysia, Tateh, Holabebe, Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, Snskidz dari Safe N Sound, Kedai Kek Shah Alam, Grolier, Chomel Baby, Style Charming, Glowing Party House, Chewies, Dora The Movie, Homepop corn dan Star Wheels Electronic.

IKLAN