Pa&Ma Lancar Kempen Buckle Up 2019

Share

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam kenderaan persendirian pada tahun 2020, Pa&Ma menyahut saranan tersebut dengan melancarkan Kempen Buckle Up 2019.

Kempen tersebut telah dilancarkan sempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019 di SACC Convention Centre, Shah Alam oleh Editor Pengurusan Kluster Family & Parenting, Wan Erni Liza Md Izatzi, Editor Pa&Ma, Hasnita Sawal, Pengarah Operasi Butik Tateh yang juga Certified Child Passenger Safety Technician, Sheikh Ahmad Haiqal Sheikh Abdul Murad, wakil dari Safe ‘n Sound dan blogger serta instafamous popular Yuyu Zulaikha.

Sebagai tanda sokongan kempen ini, Pa&Ma akan terus memberi kesedaran secara berperingkat kepada semua ibu bapa mengenai penggunaan kerusi keselamatan bayi.

Hal ini kerana penggunaan Child Restrain System (CRS) terbukti penting demi menjaga dan melindungi keselamatan anak-anak anda semasa dalam kereta.

Mungkin bagi sesetengah ibu bapa rasa agak berat nak beli kerusi keselamatan bayi kerana memikirkan harganya yang mahal tetapi jika difikirkan nyawa anak lagi penting. Orang kata malang tak berbau dan pelaksanaan ini dianggap satu langkah terbaik.

IKLAN