Pengalaman menyuapkan anak makan buat pertama kalinya menjadi momen paling berharga buat ibu. Debaran untuk melihat reaksi anak sudah semestinya ditunggu-tunggu malah bimbang anak tidak mahu makan turut menjadi keraguan bagi semua ibu bapa.

Pelakon Fazura dan Fattah Amin turut merasai pengalaman pertama kali ini selepas cahaya mata sulung mereka, Nur Fatima Aisya kini sudah pun mula makan makanan pejal setelah kini berusia enam bulan.

“Pandainya, Nak Suap Sendiri” Fatima Cukup Enam Bulan, Fazura Teruja Suapkan Anak Makan!

Melalui satu entri yang dikongsikan di instagram rasmi pasangan ini, Fazura turut memuat naik sebuah video ketika suapan pertama Fatima. Menariknya kata Fazura, detik ini adalah detik yang ditunggu-tunggu olehnya dan Fattah.

Perasaan teruja dan berdebar untuk melihat Fatima makan dikala usianya enam bulan sudah semestinya menjadi detik terindah bagi pasangan ini.

“Pandainya, Nak Suap Sendiri” Fatima Cukup Enam Bulan, Fazura Teruja Suapkan Anak Makan!

“Happy 6 months our Fatima 💗.

“Syukur Alhamdulillah. Hari Jumaat, hari Fatima,” katanya berkongsi usia Fatima.

Malah kata Fazura, hari ini merupakan hari yang amat ditunggunya bersama Fattah.

IKLAN

“Genap 6 bulan hari ini sayang Fatima and of course here’s the day we’ve been waiting for, Fatima finally gets to have her first meal,” kongsinya.

“Pandainya, Nak Suap Sendiri” Fatima Cukup Enam Bulan, Fazura Teruja Suapkan Anak Makan!

Fatima Nak Suap Sendiri

Seronok melihat aksi Fatima yang cukup teruja untuk makan. Sambil dipangku daddynya, Fatima nampak teruja malah nampak cukup berselera untuk menikmati bubur yang dicampurkan dengan sedikit susu.

Paling menarik, biarpun setelah beberapa suapan, Fatima kembali menarik mangkuk bubur yang diletakkan ibunya untuk menikmati suapan seterusnya. Malah menarik sudu dengan tangannya sendiri seolah-seolah untuk menyuapkan sendiri ke mulutnya. Berseleranya Fatima!

“Pandainya, Nak Suap Sendiri” Fatima Cukup Enam Bulan, Fazura Teruja Suapkan Anak Makan!

IKLAN

Video berdurasi empat minit itu sudah semestinya menerima pelbagai reaksi daripada seluruh pengikut pasangan ini. Rata-rata cukup terhibur melihat aksi comel Fatima dan keterujaan Fatima menikmati makanan pejal pertamanya.

“Pandainya, Nak Suap Sendiri” Fatima Cukup Enam Bulan, Fazura Teruja Suapkan Anak Makan!

“Makin semangatlah awak nanti Fatima! ❤️❤️❤️ Happy eating!!

“Happy 6th months Fatima.Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk mata dan hati mummy and daddy”.

“Comel sangat ni. Nak makan sendiri dah dia, pandai ❤️baby you still a baby girl”

“Pandainya, Nak Suap Sendiri” Fatima Cukup Enam Bulan, Fazura Teruja Suapkan Anak Makan! “Pandainya, Nak Suap Sendiri” Fatima Cukup Enam Bulan, Fazura Teruja Suapkan Anak Makan!

IKLAN

Semoga Fatima terus membesar dengan sihat dan berselera untuk menikmati setiap menu yang diberikan ibu dan ayahnya.

Terdahulu, Nur Fatima Aisya selamat dilahirkan pada 2 Oktober tahun lalu dan kini Fatima menyambut ulang tahun kelahirannya setelah memasuki usia enam bulan.

Artikel berkaitan: Gelak Tu Cute Sangat, Hampir 4 Bulan, Comelnya Fatima Ketawa Tak Berhenti Diagah Daddy

Kesiannya Anak Mommy Nak Makan, Comel Tengok Muka Geram Fatima Tarik Pinggan

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @fattzuralovelife

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI