Lain anak lain perkembangannya. Namun bagi Elfira Loy, dia senang untuk berkongsi setiap perjalanan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf untuk melihat perkembangannya setiap masa.

Terbaru, Elfira memuat naik satu rakaman video ketika sedang mengajar anak tunggalnya menyebut haiwan di dalam Bahasa Inggeris.

“Pandainya, Siap Buat Bunyi” Kongsi Video Ajar Anak Kenal Haiwan, Warganet Puji Cara Didikan Elfira Loy!

Katanya lagi, perkongsian tersebut dibuat agar dapat menjadi contoh dan panduan kepada ibu di luar sana untuk melihat dan menilai setiap perkembangan anak mereka. Dalam masa yang sama, bila anak dah besar kelak, dapatlah dijadikan kenangan.

“Pandainya, Siap Buat Bunyi” Kongsi Video Ajar Anak Kenal Haiwan, Warganet Puji Cara Didikan Elfira Loy!

“Let’s study with Rayyan! Sharing this for memories. Nasib baik dulu El rajin record semua milestones rayyan, bila orang tanya el pasal rayyan, el suruh refer je pada page @muhamadrayyankhalafofficial,” katanya berkongsi.

Namun kata Elfira lagi, jangan takut untuk berkongsi setiap perkembangan anak asalkan ianya tidak melampaui batas. Malah kata Elfira lagi, melalui perkongsian di Instagramlah, dia banyak belajar pelbagai perkara melalui para pengikutnya yang banyak berkongsi cerita mengenai perkembangan anak.

IKLAN

“Pandainya, Siap Buat Bunyi” Kongsi Video Ajar Anak Kenal Haiwan, Warganet Puji Cara Didikan Elfira Loy!

“If you want to post about your child, just post it! Jangan takut orang cakap ini cakap itu. Im glad other mothers shares too dari situ banyak El belajar and refer.

“Tapi jangan jadikan benchmark untuk anak kita pulak. Setiap anak terdedah pada environment yang berbeza-beza.

“Kalau dia tak biasa tengok benda tu tetiba kita nak dia cakap jugak benda tu, susahkan. So kita belajar dari minat anak kita and polish je dari situ. #1year5monthsold,” kongsinya.

IKLAN

“Pandainya, Siap Buat Bunyi” Kongsi Video Ajar Anak Kenal Haiwan, Warganet Puji Cara Didikan Elfira Loy!

Perkongsian video Rayyan yang menyebut setiap haiwan dengan betul sambil mengeluarkan bunyinya itu mendapat pujian daripada pengikut Elfira malah memuji kebijakkan Rayyan biarpun kini baru berusia satu tahun lima bulan.

“Pandainya, Siap Buat Bunyi” Kongsi Video Ajar Anak Kenal Haiwan, Warganet Puji Cara Didikan Elfira Loy! “Pandainya, Siap Buat Bunyi” Kongsi Video Ajar Anak Kenal Haiwan, Warganet Puji Cara Didikan Elfira Loy!

IKLAN

Satu pencapaian yang begitu membanggakan. Semoga Rayyan terus menjadi anak yang bijak dan membesar dengan sihat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf yang dilahirkan pada 1 Oktober 2019.

Artikel berkaitan: Dah Pandai Berjalan & Suka Makan Buah, Elfira Loy Kongsi Video Momen Anak Di Usia Setahun

“Pandainya, Siap Buat Bunyi” Kongsi Video Ajar Anak Kenal Haiwan, Warganet Puji Cara Didikan Elfira Loy!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI