Satu kerisauan apabila kita memanggil nama anak tetapi anak tidak menyahut. Anak kita ada masalah pendengarankah? Pelbagai persoalan mula difikirkan. Apabila anak sudah pun memasuki usia 8 bukan ke atas, jika panggilan tidak disahut atau anak menoleh ketika dipanggil, sebaiknya segeralah berjumpa pakar.

Menurut Ahli Terapi dan Cara Kerja, Siti Aisyah Rozali, pada usia anak memasuki 8 hingga 10 bulan, anak sebenarnya sudah boleh menyahut apabila dipanggil atau jika tidak anak sudah boleh memalingkan kepalanya tanda mendengar suara ibunya.

Namun jika ini tidak berlaku kepada anak kita, selain segera berjumpa ahli terapi, ada baiknya anda cuba 10 rangsangan ini padanya. Aktiviti simple tetapi cukup baik untuk anak kita. Lakukan segera!

Panggil Anak Tak Menyahut! Jangan Malas Rangsang Anak. Lakukan 10 Aktiviti Simple Ni!


Risau sungguh bila kita panggil, anak tak menyahutkan?

Anak 8 – 10 bulan, sebenarnya dah boleh menyahut panggilan, atau menoleh bila nama dipanggil tau. Biasanya kalau kita panggil je nama dia…
“Husam….”

Anak akan terus menoleh. Tapi, macam mana pula kalau anak kita BUAT TAK TAHU BILA KITA PANGGIL? Kalau tanya saya, sebagai terapis, saya akan cadangkan 2 PERKARA PENTING:

1. CEPAT-CEPAT JUMPA TERAPIS

Yang ni memang penting. Terapis kanak-kanak akan tengok samada anak anda ada kelewatan perkembangan tak. Nanti, terapis akan cadangkan jumpa doktor untuk lakukan diagnosis. Biasanya nak jumpa doktor ni, kena tunggu appointment. So, jangan lengah terus jumpa terapis berdekatan dulu.

Panggil Anak Tak Menyahut! Jangan Malas Rangsang Anak. Lakukan 10 Aktiviti Simple Ni!

IKLAN

 

2. CEPAT-CEPAT BUAT AKTIVITI RANGSANGAN

Yang ni yang TERPALING PENTING. Sementara nak tunggu appointment dengan terapis, (biasanya jumpa terapis selang seminggu ke selang sebulan).
Buat aktiviti rangsangan 15 – 30 minit setiap hari dengan anak.

Nak buat aktiviti apa?
Ha… ni yang ibu ayah kena belajar.

Anak yang tak menyahut bila panggil ni, kita khuatir ada masalah sensori.

Sensori tu apa? Sensori tu deria.

Anak ni susah nak adjust deria dia untuk dengar, untuk pandang apa yang orang sekeliling dia cakap dan buat. Ibu ayah kena belajar buat aktiviti multisensori. Senang sebenarnya.

IKLAN

Panggil Anak Tak Menyahut! Jangan Malas Rangsang Anak. Lakukan 10 Aktiviti Simple Ni!

Ni saya share 10 aktiviti yang boleh bantu anak lebih peka dengan panggilan kita.

Penerangan lanjut tentang aktiviti, ada di ruang gambar.

1. Cabut sepit dari kad
2️. Sepit di kad
3️. Kutip, simpan dalam tabung
4️. Cari dalam beras
5️. Tiup buih sabun
6️. Bunyi Xylophone
7️. Patung mandi dengan span air
8️. Cuba teka kotak mana?
9️. Roda bergolek
10. Banyaknya belon!

Panggil Anak Tak Menyahut! Jangan Malas Rangsang Anak. Lakukan 10 Aktiviti Simple Ni!

Aktiviti ni semua akan bantu anak peka dengan kita yang sedang main dengan dia.

IKLAN

Bila anak lebih peka, baru lah anak lebih senang nak BELAJAR BERCAKAP.

Panggil Anak Tak Menyahut! Jangan Malas Rangsang Anak. Lakukan 10 Aktiviti Simple Ni!

Selamat mencuba ya, ibu ayah ❤


EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid

Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?

Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Panggil Anak Tak Menyahut! Jangan Malas Rangsang Anak. Lakukan 10 Aktiviti Simple Ni!

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI