Hati ibu mana yang tak sedih, kehilangan kedua-dua anak serentak apatah lagi anak bongsunya masih menyusu badan.
Mimi Doleng, 28, mengakui malam pertama tanpa anak membuatnya sukar melelapkan mata dan terkenangkan dua beradik itu.
Mimi adalah ibu kepada dua beradik termasuk bayi perempuan yang meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Bandar Seri Iskandar, Bota,Khamis.
Dalam kejadian pada 4.30 pagi itu, Muhammad Fahmi, 6, dan adiknya, Nur Fahmia berusia enam bulan terperangkap di bilik tidur mereka di tingkat dua premis berkenaan.
Mimi berkata, dia sangat merindui dua anaknya dan meminta suami membawanya ke rumah kedai untuk mengambil barang anak sebagai pengubat rindu.
Ads
“Saya ajak suami ke sana untuk cari barang anak yang masih elok, kami cuba cari baju raya mereka tapi tak jumpa, kami dapat mengambil bantal busuk Muhammad dan lampin serta cekak kepala Mia, inilah pengubat rindu kami.
“Bantal ini memang bantal kesayangan Muhammad dan mesti ada kalau dia nak tidur. Tapi kami tak lama di situ, kira-kira 30 minit… rasa sebak berada di situ teringatkan mereka,” katanya.
Mimi ditemui di rumah mentuanya di Taman Tasek Putra, Tronoh pada lawatan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah yang diketuai Timbalan Ketua Polisnya, Deputi Superintendan Mohd Uzir Ismail.
Lawatan itu sebagai tanda sokongan polis kepada keluarga mangsa dan mereka turut mengadakan tahlil ringkas buat arwah Muhammad Fahmi dan Nur Fahmia.
Ads
Alami bengkak susu selepas pemergian anak
Menurut Mimi, dia reda dengan tragedi yang meragut nyawa kedua-dua anaknya, namun ia mengambil masa untuk menerima hakikat itu.
“Susah nak terima kerana anak pergi sekali gus, mereka saja anak kami dan sentiasa ada dengan kami setiap masa dan Mia juga masih menyusu lagi tetapi saya perlu menguatkan diri dan tabah,” katanya mengalami bengkak susu selepas kejadian itu.
Isteri asyik panggil nama Mia dan Muhammad
Sementara, Mohd Fazlan Nizam Mohamed Hamidi, 37, berkata, dia juga terpaksa menguatkan diri untuk menjejakkan kaki ke tingkat atas premis kerana masih terngiang-ngiang suara anak sulung menjerit memanggilnya pada hari kejadian.
“Saya tiada kekuatan mahu naik tingkat atas tapi paksa diri juga kerana kasihan pada isteri yang mengajak ke sana untuk mengambil barang anak.
Ads
“Isteri juga masih bersedih dan beberapa kali memanggil nama Mia… Muhammad dalam tidurnya. Masih terbayang memori kami, tempat mereka bermain dan tidur, malah masih terdengar suara anak panggil abah tetapi kami perlu tabahkan diri namun kemeriahan suasana raya memang tiada,” katanya sambil memberitahu anak sulungnya suka makan sate terutama pada Aidilfitri.
Katanya, semua pekerjanya juga tinggal sehelai sepinggang kerana bilik tidur mereka juga berada di tingkat atas dan mereka kini ditumpangkan di rumah pekerja sebuah lagi kedai makan.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zaman sekarang dah tak sama macam zaman kita dibesarkan dulu-dulu. Ibaratanya penggunaan gajet pada masa kini sebagai satu keperluan dan semakin meluas digunakan bukan sahaja kepada yang bekerja tetapi anak-anak pun perlu disebabkan proses pembelajaran sekarang lebih kepada sistem online.
Namun apa yang dibimbangkan hari ini, dengan bermacam pengaruh negatif di internet, anak-anak lebih terdedah kepada unsur-unsur yang tak sepatutnya mereka lihat sama ada secara sedar atau tidak setiap kali mereka memegang gajet.
Mungkin bagi sesetengah ibu bapa menganggap, tak ada apa pun. Anak-anak tengok kartun dan bukan pandai nak tekan apa-apa. Ye mungkin kita anggap begitu tetapi sesekali jika ada iklan yang diselitkan itu tak sepatutnya untuk anak, kita tak tahu.
Dari tak tahu, lama-lama anak akan pandai. Risau juga nanti akan memberi kesan tak elok untuk minda anak yang sedang membesar. Kartun-kartun pun kadang ada juga babak yang tak sepatutnya tetapi itulah yang ramai tak perasan.
Jadi penting untuk ibu bapa peka dan pastikan kandungan video yang ditonton anak-anak di internet lebih terkawal. Bagi nak memudahkan ibu bapa, perkongsian CT Hajar Zorodi ini boleh dimanfaatkan.
Ramai yang suruh ajar cara nak setting YouTube supaya anak-anak tak boleh buka YouTube cartoon yang ada unsur lucah. Jadi nak ajar step by step. Boleh la buat panduan. Sebelum tu bukak aplikasi YouTube dulu. Kita setting Kat YouTube.
Klik kat simbol ‘s’ sebelah kanan atas sekali
Lepas tu akan keluar senarai macam gambar di atas. Klik ‘setting’
Boleh klik general. Perkataan yang atas sekali
Akhir sekali klik ‘restricted mode’. Jadi dah selesai.
Lepas ni, ibu bapa yang dah tahu boleh buat macam ni. Lebih baik kita beringat awal sebab sekarang boleh dikatakan anak-anak akan dengan handphone. Biar kita sekat dulu daripada anak terbiasa tengok yang bukan-bukan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Kepulangan bayi kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang sedang menjalani rawatan di London telah ditangguhkan ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.
Ainul Mardhiah yang bertolak dari United Kingdom sepatutnya dijadualkan tiba di Malayisia pada petang ini. Bagaimana pun kepulangan bayi ini terpaksa dibatalkan susulan masalah kesihatan dihadapinya.
PENERBANGAN DIBATALKAN
Ibu saudara Ainul, Anis Sofiah Ahmad Razak, 22, berkata, penerbangan yang sepatutnya dijadualkan 9.30 malam tadi (waktu United Kingdom) dibatalkan 11.45 malam tadi.
“Abang beritahu, doktor tidak benarkan Ainul balik lagi namun tidak dimaklumkan punca jangkitan.
AMBIL ANTIBIOTIK & AKAN BERADA DI UK 2 MINGGU LAGI
“Ainul perlu mengambil ubat antibiotik semula sekurang-kurangnya seminggu dan mereka mungkin akan berada di sana (UK) selama dua minggu lagi,” katanya kepada NSTP di Melaka, hari ini.
Pa&Ma sebelum ini melaporkan bayi berusia 10 bulan itu, dijangka tiba di negara hari ini sebelum akan terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Ainul bersama bapa Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24, sudah bertolak dari United Kingdom (UK) 9.30 malam tadi (waktu UK).
Semalam Pa&Ma juga melaporkan Ainul akan dibawa pulang ke tanah air secara rahsia.
Sementara itu, mama Ainul Nurul Erwani turut memuatnaik perkembangan Ainul menerusi Insta Story.
“Semua ini perancangan dari Allah. Kita hanya merancang tapi kita kena sentiasa ingat yang Allah punya perancangan lagi hebat.
“Bagaimana hebat pun seorang manusia itu merancang, tapi Allah jua lah yang tentukan mana yang terbaik untuk kita.
AINUL SUKA BUAT SURPRISE “Saya mama kepada Ainul Mardhiah sangat berharap untuk sentiasa doakan anak saya sihat dan bertenaga setiap hari. Ainul sangat suka buat surprise kepada kami. Agaknya Ainul dah selesa tinggal kat London, Ainul rasa seronok dengan nurse dekat sini layan Ainul macam princess.
AKAN BERADA LAMA DI LONDON “InshaAllah , kemungkinan kami akan berada lama sikit di London untuk pastikan Ainul dalam keadaan yang selesa untuk naik flight. Keawangan kami Alhamdulillah Allah masih cukupkan lagi dan terus beri rezeki untuk kami.
HARAP MEDIA BERIKAN RUANG “Jangan risau pada kami. Dan saya harap pihak media haruslah beri ruang pada kami sekeluarga untuk jaga Ainul sebaiknya.
TIDAK MAHU PERKARA LAMA BERULANG “Kami perlu cari jalan yang paling terbaik untuk Ainul setibanya di Malaysia. Saya tak mahu perkara lama berulang.
“InshaAllah bila tiba waktu yang tepat Ainul akan pulang ke Malaysia, saya akan beritahu. Cuma teruskan kirimkan doa pada Ainul di setiap solat anda semua yang sayang pada Ainul.”
Betullah orang kata, pelukan dan kasih sayang ibu bapa adalah terapi buat anak-anak. Lagi-lagi anak yang masih kecil dan belum mengerti apa-apa lagi. Seperti dalam situasi ini, kehadiran ayah yang ditunggu-tunggu sejak setahun lalu kerana terpisah setelah Covid-19 benar-benar mengundang sebak orang ramai.
Ramai sebenarnya yang senasib dengan keluarga ini, namun video yang dikongsikan oleh Puan Syazwana Jamal buatkan sesiapa saja menitik air mata melihat kerinduan anak-anak saat dapat memeluk ayah yang ada di depan mata.
Anak-anak terpaksa menanggung rindu kerana ayah mereka bekerja di luar negara dan tak boleh balik ke Malaysia seperti sebelum ini.
Selepas setahun terpisah antara Qatar & Malaysia
Akhirnya, selepas setahun anak-anak menunggu kepulangan ayah dia orang. Rasa macam mimpi. Mula sebelum PKP awal Mac 2020 ayah dia orang balik Qatar, sampailah sekarang Februari 2021 baru jumpa semula.
Bayangkan sebelum ni tiap-tiap bulan balik namun disebabkan Covid tak dapat balik. Asyik ulang-ulang kena bagitahu anak-anak ayah tak boleh balik sebab ada virus. Bahaya. Anak-anak sekecil 4 dan 5 tahun terpaksa kena faham.
Plan asal tahun lepas memang Akram nak balik awal bulan 2 sebab covid macam nak reda dah. Tiba-tiba Covid naik balik dekat Malaysia. PKP pulak. Jadi aku tak mengharap.
Diam-diam suami minta cuti
Rupa-rupanya, diam-diam Akram minta cuti dan manager dia approved!
Dua hari before fly baru Akram bagitahu aku. Masa tu aku tengah kerja. Menggigil terus nangis. Aku macam tak percaya, tanya dia maknanya apa ni? Dapat cuti ke? Boleh balik ke? Dia cakap mula-mula nak suprisekan sampai balik Malaysia tapi kawan dia nasihatkan bagitahu isteri dan mak dia supaya kami boleh doakan yang terbaik untuk dia balik. Lagi-lagi masa nak buat swab test kat sana. Tu penentu segalanya. Kalaulah tetiba positif memang punah semuanya.
Alhamdulillah sehari sebelum balik dia buat test dan negatif. Jadi sampai KLIA dapat kuarantin 7 hari je kat Subang.
Akram tak balik for good. Cuma cuti sebulan. Tolak kuarantin seminggu Malaysia, seminggu Qatar masa balik sana nanti tinggallah 2 minggu untuk kami. Tu pun cuti dia dah tinggal 10 hari. Lepas ni tak tau lah macam mana nak balik lagi.
Menitis air mata, anak gembira jumpa ayah
Tapi kemudian punya cerita nanti lah. Yang penting anak-anak happy sangat-sangat sebab ayah dah janji bila masuk tadika baru ayah nak balik.
Alhamdulillah terima kasih semua yang mendoakan kami sekeluarga. Tanpa doa keluarga dan kawan-kawan mungkin aku pun tak kuat. Bukan senang aku hidup sendiri kat Sepang bertiga dengan anak-anak tanpa Akram dan keluarga. Keluarga jauh kat Johor. Semua benda aku terpaksa hadap sorang. Sejak January 2017. 4 tahun dah.
Apa aku boleh cakap, Allah selalu ada dan tolong aku. Doa suami, keluarga dan kawan-kawan jadi semangat aku.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.