“Saya panggil nama Fatin (anak buah) berulang kali tetapi tiada sahutan, saya panggil kak cik minta dia membuka matanya tapi tiada sahutan juga. Kak cik hanya kaku..sayu hati saya ketika itu,” kata Nur Syaerah Abd Rahman.

Nur Syaerah, 29, adalah adik kepada Nurdiana Abd Rahman, 36, yang meninggal dunia selepas kereta Proton Persona dipandunya bersama dua anak perempuannya bertembung dengan Toyota Hilux di Kampung Kayan, di Sitiawan.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, anak sulung Nurdiana, Fatin Nurjannah Mohd Ridzuan, 4, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Seri Manjung (HSM), jam 9 pagi.

Seorang lagi anak perempuan Nurdiana berusia dua tahun pula hanya cedera ringan dan sudah dibenarkan keluar hospital.

Nur Syaerah berkata, dia dihubungi suami kakaknya memaklumkan kejadian yang menimpa Nurdiana kira-kira 5.50 petang sebelum dia menghubungi ibu bapanya, Abd Rahman Jais, 66, dan Noraini Abd Rahman, 66, yang ketika itu berada di kebun.

“Panggil Tak Jawab, Kak Cik Hanya Kaku.” Sayu Lihat Bahulu Berterabur Dalam Kereta

Katanya, ketika itu abang iparnya yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu kakak dan anak saudara sudah tidak sedarkan diri.

“Saya cuba memanggil mereka tetapi mereka tidak menyahut, anak bongsu kakak ketika itu sedar dan dia menangis… Emak mengambilnya.

IKLAN

“Saya lihat kuih bahulu yang kakak beli untuk mak di Gopeng pada tengah hari sebelum kejadian itu sudah berterabur dalam kereta.. tak dapat nak gambarkan perasaan hati ini,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya.

Bercerita lanjut, Nur Syaerah berkata, ketika kejadian keluarga kakaknya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 8 Lekir.

Katanya, sebelum itu, keluarga kakaknya pulang ke kampung abang ipar di Lenggong pada Selasa dan kemudian ke Kampar untuk mengambil kereta pada hari kejadian.

“Suami kakak memandu kereta Proton Wira dan mengikut belakang kereta Proton Persona yang dipandu kakak bersama dua anaknya tetapi jarak mereka agak jauh sebelum ada orang hubungi abang ipar memaklumkan kemalangan itu.

“Anak sulung kakak selalunya nak naik kereta kuning (Proton Wira) itu dan saya difahamkan pada kejadian dia sudah naik dengan ayahnya tetapi di tengah jalan tukar naik dengan ibunya.

“Anak bongsu sudah dibenarkan keluar hospital dan setakat ini dia hanya merengek biasa saja belum lagi mencari ibunya,” katanya memberitahu kakaknya juga sudah menyiapkan persiapan raya untuk keluarganya.

IKLAN

“Panggil Tak Jawab, Kak Cik Hanya Kaku.” Sayu Lihat Bahulu Berterabur Dalam Kereta

Kemeriahan Aidilfitri dah tak dirasai

Sementara, bapa mangsa, Abd Rahman, 66, mengakui kemeriahan suasana menjelang Aidilfitri juga sudah tidak dirasai dan kehilangan dua insan tersayang itu adalah dugaan berat buat mereka sekeluarga tetapi menerimanya dengan reda.

Katanya, hatinya luluh apabila melihat jasad anak di depan mata sebaik saja tiba di lokasi dan dia juga turut membantu mengangkat anaknya itu ke pengusung.

IKLAN

“Dua bulan sebelum kejadian itu cucu (Fatin Nurjannah) kerap menangis. Diana pula tidak menunjukkan apa-apa perubahan sebelum ini dan kehilangan ini dugaan berat menjelang hari raya tetapi saya terima dengan reda,” katanya.

Kredit: Metro

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

“Panggil Tak Jawab, Kak Cik Hanya Kaku.” Sayu Lihat Bahulu Berterabur Dalam Kereta

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI