Pernah tak mama papa alami panik bila baby menangis? Sudah disusukan & ditukar lampin tapi tangisannya semakin kuat. Jom kenali 5 jenis tangisan bayi yang bermaksud 5 keperluan dirinya.
Menurut Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi, semua bayi mamalia termasuk bayi manusia banyak menangis pada beberapa bulan di awal kelahirannya. Bayi kecil masih belum berupaya untuk bercakap untuk menyampaikan keinginannya. Mereka berkomunikasi menerusi tangisan untuk memenuhi keperluan diri. Justeru, mama dan papa perlu tahu bagaimana untunk menghentikan tangisan bayi.
Memang benar, bayi menangis adalah normal. Namun jika tangisan itu berlarutan tanpa henti, pastinya ia merisaukan mama dan papa. Tahukah anda setiap tangisan bayi mempunyai pengertiannya tersendiri dan terdapat lima jenis tangisan bayi? Setiap tangisan bayi jika didengar secara teliti ternyata kedengaran berbeza.
5 JENIS TANGISAN BAYI
Mama papa perlu faham makna tangisan bayi supaya lebih mudah untuk menghentikan tangisan dan menenangkannya. Paling penting, bayi dapat ditenangkan dan dia kembali ceria, selesa dan gembira.
“NEH”
Bunyi tangisan ini membawa maksud bayi sedang kelaparan. Bunyi ini terhasil akibat daripada “sucking reflex”pada bayi.
Ads
“HEH”
Bila bayi menangis dengan bunyi seperti ini, ia bermaksud bayi rasa tidak selesa. Ia mungkin kerana cuaca terlalu panas atau sejuk, pakaian terlalu ketat, lampin bayi penuh dan sebagainya. Secara amnya, ia akibat tindak balas kerengsaan terhadap kulit.
“OWH”
Ads
Bunyi tangisan seperti ini bermaksud bayi sedang mengantuk dan ingin ditidurkan atau didodoi. Tangisan ini terhasil akibat refleks menguap (yawning reflex).
“EH”
Bayi perlu disendawakan. Ia terhasil akibat kontraksi otot abdomen dalam cubaan menolak keluar angin.
Ads
“EAIRH”
Bunyi tangisan ini mewakili keadaan bayi yang kembung perut. Terjadi bila angin terperangkap dalam perut bayi.
KEBAIKAN MENGETAHUI JENIS TANGISAN BAYI
Dengan mengetahui jenis-jenis tangisan ini, mama dan papa akan dapat memenuhi keperluan bayi dengan lebih mudah. Apabila bayi dapat ditenangkan, maka bayi akan lebih ceria dan gembira. Perkembangannya juga tidak terganggu dan terhindar daripada masalah sawan tangis.
Ramai ibu bapa yang tidak faham tentang apa beza tangisan bayi yang easy going, high need baby ataupun infantile colic. Sebagai ibu bapa terutama bagi yang baru mendapat cahaya mata tentu sekali tidak dapat membezakan tangisan mereka. Ada yang melihat anak baru menangis terus dianggap high demand baby.
Sebenarnya tangisan bayi diketegori kepada beberapa jenis tangisan dan tangisan bayi juga menentukan bagaimana kita sebagi ibu bapa perlu memahami mereka untuk mendidik mereka. Daripada tangisan bayilah ibu bapa akan belajar bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan bayi.
1. EASY GOING
💧Ciri tangisan dan karektor💧 📍Menangis sekitar 2 jam/24 jam. 📍Mudah di tenangkan. Tak perlu sebarang teknik tertentu untuk mententeramkan mereka. 📍Jarang menangis beria-ia. Malah ramai yang hanya merengek walau sedang benar lapar. 📍 Tiada masalah ditinggalkan sendirian. Boleh ‘bermain’ sendiri.
😴 Stail Tidur 😴 📍 ‘Sleep anywhere, anytime’ kerana kawalan pusatnya yang tinggi. Kawalan pusat ialah kebolehan beralih dari fasa berjaga ke fasa rehat. Maka mereka juga boleh sambung tidur sendiri dengan mudah jika terjaga. 📍 Tak perlu sebarang peralatan tidur spefisik untuk terlelap. Boleh terlelap sendiri.
2. HIGH DEMAND
💧Ciri tangisan dan karektor💧 📍Tegang (intense) 📍Sangat aktik 📍Pengekstrak tenaga penjaga 📍Kerap menyusu 📍Mahu respon segera (menggesa) 📍Kerap terjaga 📍Sukar di puaskan 📍Tidak terjangkakan 📍Sangat sensitif 📍Tidak suka di letakkan 📍Tidak pandai menghiburkan dan menenteramkan diri sendiri 📍Adaptasi rendah terhadap perkara baru 📍Boleh bertenang dengan banyak mendukung, mendakap, menggendong, mendodoi dan sebagainya. Namun perlu teknik khas jika mahukan mereka kekal tenang bila diletakkan.Teknik meniru sensasi alam rahim paling berkesan.
😴 Stail Tidur 😴 📍 Kawalan pusat rendah bermaksud tidak tahu ‘tidur sendiri’. Perlu dibantu setiap kali. 📍Majoriti perlukan gabungan 2 atau 3 alat bantu tidur mirip alam rahim untuk kekal lena contohnya: bedung + bunyian white noise atau bedung + bunyian white noise + buaian, akibat adaptasi pada dunia baru yang rendah.
3. SAWAN TANGIS (INFANTILE COLIC)
💧Ciri tangisan dan karektor💧 📍Kumpulan paling lemah adaptasi pada perkara baru 📍Paling banyak menangis tapi mereka SIHAT. Sekurang-kurangnya 3 jam dalam sehari dan akan berkurangan selepas usia 3 bulan. Sawan tangis(infantile colic BUKAN kembung). Mereka cuma suka nangis. 📍Sangat sukar di tenteramkan walau banyak mendukung dan mendakap. Sangat perlu teknik khas yang meniru alam rahim untuk boleh diam kerana cara rahim saja yang mereka kenal.
😴 Stail Tidur 😴 📍 Sangat perlu bergantung kepada KESEMUA sensasi alam rahim dan selalunya mesti BERTERUSAN sepanjang tidur: bedung + bunyian white noise ‘on’ sepanjang tidur + hayunan ‘on’ sepanjang tidur + hisapan (e.g puting untuk rileks sebelum lena) untuk sekurang-kurangnya sepanjang 3 bulan.
👪Tip Keibubapaan Bagi Semua Kategori👪
🚩Pemahaman tentang personaliti bayi adalah untuk bantu ibubapa faham ‘jenis’ bayi yang mereka miliki serta cara berkesan mententeramkan dan membantu bayi lena. TIADA bayi yang lebih baik dari bayi yang lain.
🚩’Baik’ dan ‘Buruk’ anak pada akhirnya, SANGAT DIPENGARUHI oleh cara ibubapa membesarkan mereka.
🚩 Bayi ‘easy going’ memang ‘sempoi’ dan mudah mesra dengan ramai orang, dalam banyak situasi. Namun terlalu ‘easy’ boleh mengundang risiko seperti gagal mengesan bahaya. Contohnya, individu yang tak patut di dekati atau terlalu mudah beralah kerana enggan mencetus pergaduhan. Sebahagian ibubapa terkurang beri perhatian kepada anak ‘easy’ lantaran kurangnya mereka meragam dan pandai pula ‘buat hal’ sendiri. Ini boleh memberi kesan jika berpanjangan di mana anak boleh merasa kurang di beri perhatian, memendam rasa, tidak mahir menonjolkan diri, menyuarakan pendapat dan menuntut kemahuan.
🚩Bayi high demand dan colic memang ‘menyusahkan’. Ini kerana mereka sangat tahu apa yang mereka mahukan dan tidak akan berhenti menuntut apa yang mereka mahu. Mereka sangat vokal memberitahu apa yang mereka suka dan tak suka. Maka ibubapa boleh memilih untuk menjadi a) ibubapa yang tidak sensitif, dingin dan bermusuhan dengan anak atau b) sensitif, empati dan positif.
Kajian pasukan Sweden yang diterbitkan Acta Paediatrica, mengkaji 50 bayi colic bersama 100 bayi bukan colic. Bayi-bayi di jejaki hingga usia mereka 4 tahun. Hasilnya? Tiada beza ketara dalam corak tidur, makan dan perangai normal kanak-kanak kesemua mereka kecuali ; majoriti kanak-kanak bekas bayi colic sangat beremosi dan bertantrum. Ibubapa pula di kehendaki melengkapkan borang kaji selidik yang mengandungi lebih 50 soalan dan corak jawapan mendapati kanak-kanak bekas bayi colic yang sangat beremosi ini mempunyai persekitaran membesar yang berputar sekitar rasa tak puas hati dikalangan ahli dan rutin hariannya.
Dalam kajian lain oleh pasukan Anne Stright ke atas 1300 kanak-kanak Amerika dari lahir hingga usia gred 1 pula mendapati, pelajar paling cemerlang sikap, ketrampilan diri serta akademik di dalam kelas adalah bekas bayi-bayi colic yang dibesarkan dengan corak keibubapaan yang betul dan positif.
Mengapa ini terjadi? Ini kerana bayi high demand dan colic lebih peka dengan respon dan layanan ibubapa kepada mereka. Maka, mereka paling terkesan dengan apa yang di terima dari ibubapa mereka. Jika apa yang mereka terima itu bersifat positif, maka rasa saling percaya dan hormat akan di bina. Bila ia ada, maka sikap mereka lebih mudah diselaraskan ke arah yang ibubapa mahukan.
Oleh;
Uswatun Hasanah Mohd Habib Konsultan Tangisan Bayi
Penulis Buku Mengapa Bayi Anda Menangis
THB Edu Assc USA
Sumber:
The Happiest Baby on the Block, MD Harvey Karp
Difficult Babies Can Turn Into Super Kids, Gwen Dewar, PHD
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahukah anda bayi yang sering tersenyum menunjukkan bahawa perkembangan sosialnya positif. Bagi ibu bapa melihat bayi semakin membesar pasti mengembirakan anda sebagai ibu bapa. Dengan pelbagai keletah baru yang ditunjukkan sesuai dengan perkembangannya cukup mencuit hati.
Tapi anda perasan tak sejak bila anak anda mula pandai senyum? Sebenarnya setiap bayi berbeza dan ada yang dah mula memberi senyuman pertama semasa dalam pantang lagi.
Namun, tahukah ibu di sebalik senyum si kecil ada beberapa fakta menarik. Antaranya adalah:
Jadi sebagai ibu bapa, pastikan anda tidak melepaskan momen indah bersama bayi dan sentiasa menstimulasikan rangsangannya secara berperingkat agar anak dapat membesar dan mempelajari sesuatu yang baharu sesuai dengan umurnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sikap suka membandingkan kebolehan seorang bayi atau kanak-kanak itu sukar dibendung di kalangan ibu bapa. Misalnya jika anak si A yang berusia setahun sudah pandai berjalan dan bercakap beberapa perkataan akan dibandingkan dengan anak si B yang seusia tetapi belum mencapai perkembangan yang sama.
Ibu si B tidak perlu risau dan bimbang jika perkembangan anaknya adalah normal cuma belum mencapai tahap yang sama seperti anak si A.
Pembesaran fizikal dan perkembangan minda kanak-kanak adalah berbeza. Walaupun secara amnya perkembangan kanak-kanak diseluruh dunia seharusnya sama. Mengikut teori Piaget, seseorang kanak-kanak itu, di saat selepas dilahirkan sehinggalah dewasa akan melalui empat peringkat perkembangan kognitif, iaitu:
1) Sensori motor (usia 0 – 2 tahun)- mendengar pelbagai jenis bunyi, menyentuh objek.
2) Pra operasional (usia 2 – 7 tahun) – mula bercakap dengan perkataan yang betul, boleh melukis.
4) Operasi formal (usia 11 tahun hingga dewasa) – memahami abstrak.
Akan tetapi dalam setiap peringkat perkembangan akan ada sedikit perbezaan dari seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Contohnya, ada bayi yang sudah mula berjalan seawal sembilan bulan, ada juga selewat dua tahun.
Sebenarnya ia juga bergantung kepada faktor kematangan, biologi, dan juga persekitarannya. Justeru, ia adalah perkara normal. Namun begitu, jangan abaikan usaha untuk terus mendidiknya. Jangan pula dipaksa kerana mahu menyaingi anak orang lain, dikhuatiri anak akan tertekan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!