Benda nak jadi sekelip mata saja. Kadang tak terjangka pun tapi tiba-tiba boleh berlaku. Tambah pula bila ada anak kecil dan mereka ‘bergabung tenaga’ secara senyap-senyap itu lagi merisaukan.

Situasi ini turut dialami oleh seorang ibu anak lima apabila secara tiba-tiba peti sejuk terbalik di dapur apabila dua anak cuba nak membukanya. Mujurlah masih lagi panjang umur.

Tanggal 10.01.2022. Dapat suprise hari jadi dari sahabat asbab birthday saya hari ni. Tapi tak jangka nak jadi tragedi pula.

“Panjat Peti Sejuk Nak Tengok Kek.” Nyaris Hilang 2 Anak, Ibu Masih Trauma

Lepas je dapat kek suprise tu terus simpan dalam peti sejuk, siap mandikan lima orang anak dengan harapan siap cantik-cantik dan boleh potong kek sama-sama, tengah pakaikan baju dan pampers anak kelima, tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat seolah benda meletup.

IKLAN

Masa tu anak-anak senyap je sebab ingat mereka tengah leka bermain. Tak sangka pula nak jadi benda yang tak disangka.

“Panjat Peti Sejuk Nak Tengok Kek.” Nyaris Hilang 2 Anak, Ibu Masih Trauma

Tanpa fikir panjang terus berlari ke dapur. Rupanya freezer meniaga yang besar jatuh, anak yang ketiga dan keempat bawah pintu freezer tu.

IKLAN

Meraung menjerit tarik anak-anak sebab ingat kena hempap, alhamdulillah asbab rak pinggan sebelah peti sejuk rosak tu penyelamaat dari freezer tu jatuh hempap anak-anak. Masing-masing muka pucat lesi tak berdarah, saya hampir kena heart attack.

Terus tarik anak-anak peluk periksa luka ke apa ke, alhamdulillah cuma terkejut, panggil anak yang sulung dan angah tanya kenapa, apa jadi..along kata adik-adik panjat peti sejuk nak ambil dan nak tengok kek ibu.

“Panjat Peti Sejuk Nak Tengok Kek.” Nyaris Hilang 2 Anak, Ibu Masih Trauma

Allahu anak, dia orang jarang sangat dapat makan kek, sanggup panjat peti sejuk yang mega besar tu, syukur Allah selamatkan anak-anak. Kalau tak, tak tahulah apa perasaan sebagai seorang ibu. Ini juga menjadi pengajaran untuk saya sendiri dan peringatan buat ibu bapa lain.

IKLAN

Kredit: Allief Hayat

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

“Panjat Peti Sejuk Nak Tengok Kek.” Nyaris Hilang 2 Anak, Ibu Masih Trauma

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI