Saat menerima perkhabaran diri hamil semestinya perasaan gembira dan bersyukur akan dirasai oleh pasangan suami isteri. Namun tak semua kegembiraan itu akan berakhir dengan senyuman jika Allah memilih anda dan pasangan untuk menghadapi ujiannya.

Ada pasangan yang diuji kehilangan anak ketika dalam kandungan. Tak kurang juga melalui ujian selepas anak lahir kerana sakit atau masalah lain. Namun, sudah tertulis sejak di luh mahfuz perjalanan hidup kita semua.

Percayalah anak-anak yang kita rasa sayang dan sedih atas kehilangannya ketika di dunia, merekalah nanti yang akan memberi syafaat untuk ibu bapa di syurga.

Pasangan Yang Kehilangan Anak Kecil, Bersabar. Anak Syurga Inilah Beri Syafaatnya!

Syafaat anak syurga untuk ibu ayahnya

Seringkali ditanya bagaimana kedudukan anak-anak kecil yang meninggal dunia, Rasulullah SAW menggambarkan mereka dalam 2 kelompok:-

1. Bagi arwah anak-anak orang yang tidak beriman, mereka akan menjadi pelayan-pelayan di dalam syurga dan hidup bebas di dalamnya tanpa mempedulikan ibu dan bapa mereka.

2. Kelompok anak-anak orang yang soleh, termasuk yang keguguran, akan ditempatkan di dalam syurga Allah di gunung yang indah.

IKLAN

Di gunung itu terdapat pokok-pokok thuba dan anak-anak ini dijaga oleh Nabi Ibrahim AS dan Sarah AS. Mereka sentiasa berada dalam kekenyangan dan tidak pernah berasa haus, malah sentiasa berdoa kepada Allah agar dapat berpimpinan tangan dengan kedua ibu bapa kerana tidak berkesempatan melakukannya di dunia dahulu.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya:
“Di syurga terdapat sepohon pokok iaitu pohon thuba yang semuanya dapat menikmati susunya termasuklah bayi-bayi yang meninggal dunia yang masih menyusu dan pengasuh mereka ialah Nabi Ibrahim Khalilullah.

Bagi anak-anak kecil yang tidak lagi menyusu, akan ditempatkan di dalam perut burung-burung berwarna hijau dan berterbangan di dalam syurga.”

Pasangan Yang Kehilangan Anak Kecil, Bersabar. Anak Syurga Inilah Beri Syafaatnya!

Apabila tibanya waktu semua orang mula ditempatkan di dalam syurga & neraka, anak-anak kecil tadi belum masuk ke syurga dan apabila diminta oleh malaikat untuk berbuat demikian, mereka menjawab:

IKLAN

“Kami tidak akan masuk selagi tidak bertemu dengan arwah ibu & bapa kami, kami ingin masuk ke syurga bersama mereka.”

Apabila malaikat memberitahu anak-anak itu bahawa ibu bapa mereka berada di neraka, mereka terus menangis:

“Jika di dunia kami tidak sempat bersama-sama ibu & bapa kami, kenapa di akhirat juga kami tidak boleh bersama mereka? Izinkan kami memberi syafaat kepada ibu dan ayah kami, untuk kami masuk ke dalam syurga Allah.”

Pasangan Yang Kehilangan Anak Kecil, Bersabar. Anak Syurga Inilah Beri Syafaatnya!

Mereka berterusan menangis sehingga turunnya rahmat Allah, dan kemudian memerintahkan malaikat supaya mengambil ibu bapa kepada anak² ini yang sedang berada di dalam neraka, dengan syafaat yang diberikan oleh-Nya, lalu dibawa masuk ibu bapa bersama-sama anak² mereka ke dalam syurga.

IKLAN

Lalu setelah ibu bapa anak-anak ini dikeluarkan daripada neraka, mereka akan memegang tangan ibu bapa mereka dan bergayutan dengan penuh kegirangan menuju ke syurga Allah SWT.

Semoga semua mereka yang pernah dan sedang melalui dugaan berat ini beroleh SYAFAAT, hasil sikap sabar ketika melaluinya di dunia.
اناللہ وانا الیہ راجعون
اللهم اجعله فرطا لابويه، وسلفا وذخرا وعظة واعتبارا وشفيعا، وثقل به موازينهما، وأفرغ الصبر على قلوبهما، ولا تفتنهما بعده، ولا تحرمهما أجره…..آمين
__________________________________________________
Petikan artikel “Saat Bersendirian di Barzakh” oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Subhanallah MasyaAllah Allahuakbar. Terima kasih ustaz atas ilmunya..

Pasangan Yang Kehilangan Anak Kecil, Bersabar. Anak Syurga Inilah Beri Syafaatnya!

Buat ibu-ibu yang sedang mengandung, semoga kandungan sentiasa sihat. Amalkan surah Al-Fatihah, 3 Qul & surah Al-Mukminun (ayat 115-118) untuk melindungi kandungan daripada gangguan yang nampak atau tak nampak.

Kredit: FB Dr. Azila Mohd Kasim & deina_info

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI