Anak yang lasak, aktif petanda anak bijak dan baik tumbesarannya. Jika anak kecil jenis tak mahu duduk diam, jangan terus dihulurkan dengan gajet semata-mata mahu mereka duduk diam.
Sebaiknya cari alternatif lain dulu seperti melakukan aktiviti yang boleh membantu perkembangan anak. Malah anak kecil yang asyik berjalan dalam dan luar rumah itu pun bagus walaupun kita rasa penat lihat mereka tak duduk diam.
Berikut perkongsian Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy.
TAHUKAH AYAH IBU?
Ads
Anak kecil (toddler) berlatih berjalan selama 6 jam sehari. Apabila mula melangkah, mereka berjalan sebanyak 500-1500 langkah SEJAM di dalam dan di luar rumah.
Dalam SEHARI mereka berjalan sebanyak 9000 langkah atau bersamaan ukuran panjang 29 padang bola, dengan melakukan pelbagai aktiviti.
Begitulah betapa tidak diamnya anak kecil dan itu perkara NORMAL. Pergerakan inilah yang menjadi asas perkembangan sosial, emosi dan kognitif anak kecil. Bukan hanya untuk perkembangan fizikal sahaja.
Ads
Jangan biarkan anak kecil hanya diam menggunakan skrin. Itu tidak normal.
Jika orang dewasa ingin kuruskan badan, bolehlah kejar anak kecil yang ‘baru dapat kaki’ berjalan 9000 langkah.
Ads
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Sumber: Adolph, Vareijken & Shrout (2003). What Changes In Infant Walking and Why. Child Development.
Bila anak kerap demam, perkara yang biasa diperiksa adalah adakah tonsil anak bengkak. Keadaan ini boleh menyebabkan kerisauan ibu bapa. Sudahlah demam berpanjangan, anak pula tidak mahu makan atau minum sebab hilang selera.
Kerap demam akibat terkena jangkitan tonsil memang mengundang dilema dan persoalan. Perlukah anak dibedah untuk buang tonsil? Apakah rawatan terbaik untuk tonsil? Bahayakah tonsil kepada kanak-kanak?
Berikut antara perkongsian Doktor Telinga, Hidung Dan Tekak, Dr Ezairy M.Sallih
Sakit tekak dan tonsil…. bila anak saya perlu dibedah?
Tak semua masalah sakit tekak adalah disebabkan oleh masalah tonsil. Dan tak semua masalah tonsil perlu dibedah!
“Tapi, tonsil anak saya besar sangat doktor, tidurnya pun berdengkur teruk…”
Sakit tekak boleh berlaku oleh sebab lain selain daripada tonsil. Walaupun pembedahan membuang tonsil sudah dilakukan, anda masih boleh mengalami masalah sakit tekak sekiranya masalah resdung tidak dikawal, ada jangkitan lain di kawasan tekak dan sebagainya.
Oleh itu, bila pembedahan membuang tonsil perlu dilakukan?
Jadi, jumpalah doktor jika ada sebarang masalah. Jangan membuat konklusi sendiri.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak anda mungkin kelihatan terlalu bertenaga. Mereka bermain sepanjang hari dan apabila anda menyuruh mereka berhenti, mereka mula buat perangai dengan membaling barang permainan dan menangis.
Anda melihatnya sebagai normal kerana anda beranggapan bahawa setiap kanak-kanak adalah bertenaga. Meskipun begitu, pernahkah anda terfikir bahawa anak anda terlalu bertenaga dan mungkin mempunyai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)?
Apakah itu Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)?
Ia merupakan keadaan kesihatan yang biasa dikesan pada kanak-kanak dan remaja. Menurut kajian yang baru dijalankan, ADHD selalunya terjadi kepada kanak-kanak berumur tujuh tahun dan ia mempunyai kecenderungan kepada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Anak anda mungkin didiagnos dengan ADHD sekiranya mereka mempunyai tiga kriteria di bawah ini:
Tidak boleh memberi tumpuan. Anak anda mungkin mempunyai masalah memberi tumpuan yang penuh kepada sesuatu. Mereka mudah untuk beralih perhatian dengan pandangan dan bunyi yang tidak berkaitan. Apabila anda memberikan mereka tugasan, mereka menjadi bosan dan kerap melakukan kesilapan. Mereka juga cenderung untuk berubah daripada satu tugas ke tugasan lain, tanpa menyiapkan tugasan yang asal
Terlalu aktif. Ini merupakan tanda yang paling ketara kepada ADHD. Anak anda akan berasa sukar untuk duduk diam pada mulanya. Sebaliknya, mereka akan mula bergerak, menyentuh barang sekeliling, bermain dengan apa sahaja dan bercakap tidak berhenti-henti. Anda akan berasa bahawa mereka mempunyai tenaga yang banyak dan tidak akan letih
Impulsiviti. Tanda ini bermaksud anak anda bertindak tanpa berfikir. Sebagai contohnya, sekiranya anda bertanyakan soalan kepada mereka, mereka tidak akan berfikir panjang atau tunggu sehingga sampai giliran mereka, dan mereka akan menjawab soalan sebelum soalan tersebut habis ditanya. Ini adalah kerana mereka sukar untuk duduk diam atau senyap.
Bagaimanakah ADHD menjejaskan kehidupan anak anda?
ADHD ialah kecelaruan tingkah laku yang boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap seluruh aspek kehidupan kanak-kanak, seperti pencapaian akademik, kehidupan sosial, dan kesihatan fizikal dan psikologikal. Selain itu, semasa mereka membesar, mereka akan mempunyai masalah dengan situasi yang baru. Ini adalah kerana kanak-kanak ADHD tidak mempunyai kemahiran sosial, mereka mudah marah atau terlalu gembira. Ini akan membawa kepada kebimbangan.
Adakah terdapat sebarang penyembuhan?
Masa kini, masih tiada cara untuk menghilangkan ADHD sepenuhnya. Tetapi menurut perspektif kesihatan, ADHD lebih baik dirawat dengan menggunakan kombinasi ubat-ubatan dan terapi tingkah laku. Di antara ubat yang doktor anak anda mungkin berikan adalah stimulan untuk membantu meningkatkan daya tumpuan anak anda dan mengurangkan tahap impulsiviti. Manakala, terapi tingkah laku bergantung kepada usaha ibu bapa. Ia mengambil masa untuk membina kemahiran sosial kanak-kanak. Bersabarlah dan bertimbang rasa apabila mengajar anak anda. Ini akan membantu mereka mempelajari kemahiran sosial dan kawalan kendiri dengan lebih baik. Ia mungkin sukar buat kali pertama, tetapi setiap usaha yang gigih akan memberikan keputusan yang menggembirakan, bukan?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Agak sukar untuk kita berkata ‘jangan’ atau ‘tidak’ kepada anak. Bimbang jika sering mengucapkan kata-kata ini, anak akan hilang keyakinan diri sehingga bersifat pasif. Ini akan menjejaskan perkembangan dirinya apabila memasuki persekolahan. Namun dua kata “ajaib” inilah yang selama ini terbukti paling mujarab untuk menghentikan kenakalan anak.
Tapi bukan bererti kedua kata ini tidak boleh digunakan sama sekali. Asalkan penggunaannya pada tempat dan situasi yang tepat, kata-kata tersebut boleh digunakan untuk mendidik anak menjadi seorang yang positif.
#Anak yang sering mendengarkan kata tersebut cenderung takut, serta hanya melakukan sesuatu jika diminta, termasuk ketika bermain. Jika dibiarkan kelak anak ini akan menjadi anak pasif, tidak kreatif dan tidak memiliki inisiatif.
#Anak ini pertumbuhan menjadi individu yang tidak berdikari dan selalu bergantung pada orang lain dan tidak mahu belajar sendiri.
#Anak tidak terlatih untuk membuat keputusan yang baik untuk dirinya, kerana berasa takut akan salah dan rendah diri.
#Perkembangan motorik halus dan kasar anak terlambat.
#Anak jadi malas melakukan penerokaan dan mempelajari hal-hal baharu dalam hidup.
Ada beberapa hal yang boleh dilakukan agar anda tidak terlalu sering mengucapkan “jangan” dan “tidak” pada anak. Kuncinya, berikan alasan dan solusi agar anak memahami alasan anda melarangnya. Lakukanlah hal tersebut mulai sekarang! Caranya ialah:
Biasanya anak gemar menyentuh barang yang menarik perhatiannya. Jadi, sebaiknya anda simpan atau menjauhkan barang-barang tersebut dari jangkauan anak. Barang tersebut antaranya hiasan yang diletakkan di lantai atau meja yang rendah, barang yang mudah pecah serta alat-alat elektronik.
Jelaskan dan berikan alternatif lain sebagai pengganti dengan menyediakan ruang bermain untuknya. Jelaskan kepadanya ini adalah ruang untuknya bermain. Selepas bermain, didik anak untuk menyimpan kembali barang permainannya.
Bila keperluan bermain terpenuhi, maka anak dapat belajar tentang cara bertindak atau bersikap sabar menghadapi sesuatu. Berikan mainan yang memberi pengalaman baru bagi anak sehingga mampu memuaskan rasa ingin tahunya. Biarkan anak bermain dengan barang permainannya.
Tetapi jika si kecil mendekati api yang sedang menyala, maka kata “jangan” dan “tidak” boleh diucapkan. Setelah itu, berikan penjelasan bahaya dan alihkan perhatiannya pada hal lain yang lebih menyenangkan.
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.