Selalu bila makan mee kari di kedai, rasanya lain. Apabila masak sendiri di rumah tak sama rasanya. Mesti ada yang merungut kuah cair dan tak kaw sangat.

Ok untuk resipi mee kari kali ni, ada rahsia penyedapnya dan anda tak kan menyesal. Bukan setakat pekat tapi setiap suapan tu memang betul-betul nikmat.

Salah satu penyedapnya, letak udang kering yang diblend sekali dalam kuah. Cuba buat style ni, confirm akan puas hati. Ini resipi yang dikongsikan oleh Bunga Jua

Mee Kari Special

Bahan:

– Mee kuning (celur sekejap)
– Fishball (goreng dan hiris)
– Fishcake (goreng dan hiris)
– Tauge
– Daun sup (hiris)
– Lada merah/hijau (hiris)
– Bawang goreng
– Limau kasturi
– Telur rebus belah dua
– Nak tambah kerang/udang pun boleh

IKLAN

Bahan kuah:

– Ayam @ daging
– Tauhu pelampung (goreng sekejap)
– 2 biji bawang merah besar *
– 3 biji bawang putih*
– 2 sudu besar udang kering*
– 10 tangkai cili kering*
– 1 batang serai (ketuk)
– 4 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
– 1 kotak kecil santan
– 1 cawan air
– 1 kiub pati ayam

Cara – cara:

1. Kisar bahan bertanda *.

2. Panaskan minyak. Masukkan serai, bahan kisar * dan serbuk kari yang dibancuh. Tumis hingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam / daging. Biar masak sekejap.

4. Masukkan santan dan air serta kiub pati ayam, kepekatan kuah agak² je ya. Jangan cair atau pekat sangat.

5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.Biar mendidih. Kemudian masukkan tauhu tadi. Siap.

Kredit resepi: Bunga Jua

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)