Minggu terakhir berpuasa ini pastinya mak-mak sedang rancak menyediakan biskut raya untuk hari raya nanti. Jangan lupakan biskut samperit yang sudah semestinya menjadi keutamaan kita di pagi raya. Samperit susu antara yang paling mudah disediakan.
Malah resipi yang dikongsikan oleh Anna B. Samad ini cukup mudah. Hanya tiga bahan sahaja samperit siap tersedia untuk anak. Tip mudah yang dikongsikan olehnya juga buat kita rasa yakin untuk mencuba. Patutlah viral hingga dapat perkongsian sebanyak 25K. Terbaik.
5 cawan tepung jagung
1 cawan planta ( boleh guna buttercup 250g )
1 cawan susu pekat
( *guna cawan yang sama )
Pewarna, coklat cip ( optional )
Gaul sebati planta dan susu.
Masuk tepung jagung sikit-sikit dan uli.
Uli sampai tak lekat di tangan.
Ads
Asing then letak pewarna pilihan.
Ambik doh sikit-sikit dari setiap warna masuk dalam acuan.
Bakar 30 – 35 minit atau ikut oven masing-masing. Saya bakar kat dapur gas, guna oven lama dulu-dulu punya tu.
Ads
Boleh la untuk kunyah-kunyah depan tv dengan anak-anak.
Ads
Tips: * Guna senduk je masa kacau , kalau terlebih kembang nanti kelopak bunga jatuh.
* Saya lagi suka pakai planta dari butter. Wangi lembut.
* Jangan uli doh lama-lama, uli sekadar sebati semua bahan. Lepas titik pewarna uli sekadar warna dah sekata. Cepat-cepat tekan dalam acuan.
* Uli dulu semua 3 bahan tu lepas tu asing kan beberapa bahagian yang kita nak, baru titis pewarna. Uli balik bagi pewarna sekata.
Resipi wajib cuba:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat sendiri kek hari jadi untuk anak sebenarnya lebih jimat. Tapi ramai yang risau kek yang dibuat tak menjadi kerana tak semua oven sesuai untuk membakar kek. Ada kalanya kek yang dibakar tak menjadi, tak naik dengan cantik.
Bagi yang tak suka menggunakan oven, apakata anda buat Red Velvet Oreo Cheese Cake yang sangat mudah disediakan. Hanya perlu disimpan dalam peti sejuk sahaja.
Resipi Red Velvet Oreo Cheese Cake
Bahan-bahan bes Oreo:
1 pek besar biskut Oreo perisa Red Velvet (krim dan biskut diasingkan)
3 sudu besar mentega (dicairkan)
Bahan-bahan krim keju:
500 gram krim keju
200 ml krim putar
Krim putih Oreo
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar gula kastor
1 sudu besar serbuk gelatin
2 sudu besar air
1/2 pek biskut Oreo kecil (dipatahkan)
Cara-cara:
1. Asingkan biskut Oreo perisa Red Velvet dengan krim putihnya.
2. Hancurkan biskut Oreo sehingga menjadi serbuk.
3. Gaulkan dengan mentega yang sudah dicairkan sehingga sebati.
4. Ratakan campuran biskut di atas loyang saiz 6″ dan tekan sehingga mampat.
5. Biarkan bes Oreo sejuk di dalam peti beku selama 15 minit.
6. Putarkan krim keju dan gula sehingga sebati atau sehingga gula sudah tidak menjadi berketul.
7. Menggunakan teknik double-boiler, cairkan krim putih Oreo yang diasingkan.
Next, gabungkan gelatin dengan air suam.
8. Campurkan krim putih Oreo cair, gelatin, jus lemon dan putarkan sehingga adunan menjadi gebu dan sebati.
9. Letakkan biskut Oreo yang dipatahkan ke dalam adunan dan kacau sedikit.
10. Masukkan adunan krim keju ke atas bes Oreo yang telah dibekukan. Hiaskan kek mengikut kreativiti anda.
11. Masukkan ke dalam peti ais dan bekukan semalaman atau sehingga sudah tidak cair lagi.
Kredit: Cham Ais
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang, ada juga rasa muak dan tak berselera nak makan nasi. Tekak teringinkan sesuatu yang masam, pedas dan panas-panas.Selain sup, salah satu resipi kegemaran rakyat Malaysia adalah tomyam. selain boleh dimakan dengan nasi dibuat lauk, ia juga boleh dinikmati dengan pelbagai jenis mi.
Seperti yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi, resipi bihun tomyam ini pekat dan sedap dibuat hirup. Untuk membuatnya juga tidak sukar, tapi ada bahan rahsia yang menjadikannya kesedapan luar biasa.
Ikuti perkongsiannya ini.
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
2. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
3. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
4. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
5. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
6. Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
7. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
12. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Menurut sebuah artikel di portal Mingguan Wanita, “Beruntung siapa yang rajin makan tom yam. Sebab bahan-bahan yang terkandung dalam masakan tom yam ini didapati mempunyai banyak khasiat antaranya boleh menghalang pertumbuhan tumor dan pertumbuhan kanser. Namun, ada cara makan yang betul untuk dapatkan tom yam yang benar-benar berkhasiat.”
Ini dinyatakan oleh Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam temubualnya bersama radio IKIMfm.
Dr Suri Roowi memfokuskan kajian mengenai makanan yang kaya dengan antioksidan. Yang mana usahanya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan makanan yang kaya antioksidan.
“Ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tom yam mendapati bahan-bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
Tambah beliau lagi, “Siapa rajin makan tom yam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Dan semasa nak memasak, kenalah kurang kurangkan penggunaan MSG.”
Antara Bahan Masakan Dalam Tom Yam Yang Anti Kanser:
Daun Ketumbar
Menurut Dr Suri, antara bahan-bahan dalam tom yam sangat memberi peranan dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Yang mana, daun ketumbar ini sangat bagus kerana ada sifat antioksidan. Tumbuhan ini bagus untuk orang yang mengalami masalah diabetes (kencing manis) terutama untuk mengawal gula dalam darah. Daun ketumbar juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah saraf.
Serai
Dari kajian menunjukkan bahan citral dalam serai ini bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payu dara.
Kajian ke atas serai ini banyak melibatkan sel. Yang mana semasa kajian dibuat, saintis akan tanam sel dalam satu bekas dan menggoncangkan bekas tersebut. Kemudian, dikaji dengan memasukkan satu minyak dalam sel. Dan hasilnya kelihatan sel-sel kanser itu mati.
Daun Limau Purut
Dalam masakan tom yam juga terdapat daun limau purut. Daun ini kaya antioksidan. Kajian terkini menunjukkan bahawa daun limau purut boleh bertindak sebagai anti kanser. Yang mana, kajian itu telah dilakukan ke atas tikus.
Temu Kunci
Bagi sesetengah pengguna, selain penggunaan lengkuas, mereka juga memasukkan temu kunci dalam masakan tom yam. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Sebenarnya temu kunci ini ada banyak manfaat kesihatan iaitu anti kanser dalam kanser pankreas. Yang mana, khasiat ini banyak ditemui dalam rizom temu kunci.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kuih daging atau bebola keledek dengan inti daging yang dikongsikan oleh Nasriah Ramli ini memang lain dari yang lain. Sarapan yang buat anak kekenyangan.
Inti penuh daging, manakala doh pula dihasilkan dari keledek. Memang sedap dan berkhasiat untuk anak. Jom cuba!
Assalamualaikum. Pagi ni saya nak share kuih kegemaran anak-anak yang depa bagi nama Kuih Daging.
KUIH DAGING
Resepi untuk inti:
Daging
Rempah kari daging
Rempah kurma
Daun bawang/ daun sup
Kentang & Carrot
Bawang Holland
Cili merah
Tumis hirisan bawang putih dan merah. Dah naik bau, masukkan rempah kari dan kurma yang dah dibancuh dengan air. Biarkan sampai pecah minyak.
Masukkan daging dan masak hingga empuk. Kemudian masukkan carrot dan kentang. Garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali, masukkan bawang Holland, daun bawang, cili merah dan daun sup. Ketepikan dan biarkan sejuk.
Bahan untuk kulit: Rebus keledek bersama sikit garam hingga empuk. Kemudian lenyek halus. Bagi sejuk dulu.
Masukkan tepung gandum dan uli bagi jadi doh dan tidak melekat di tangan.
Gentel adunan, letak inti di tengah lalu dibulat atau dilonjongkan bentuknya.
Panaskan minyak. Golekkan doh dalam serbuk roti dan goreng dengan api sederhana.
Siap! Sesuai nak makan untuk sarapan atau minum petang.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
10 resipi sahur simple kaya protein untuk anak tadika berpuasa. Menu lengkap 10 hari pertama Ramadan supaya anak kekal bertenaga dan ceria sepanjang latihan puasa.