Demi isteri dan bayi dalam kandungan, seorang suami, Md Rajihan Junaidi memecahkan cermin keretanya selepas gagal meredah banjir dan sehingga kini masih belum dijumpai. Dia dipercayai hanyut bersama kenderaan selepas menyelamatkan isterinya dalam kejadian banjir yang berlaku di Batu Pahat-Mering, beberapa hari lalu.
Selamatkan isteri sarat hamil
Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, sehingga kini misi mencari dan menyelamat masih dijalankan. Sebelum kejadian berlaku, mangsa dipercayai telah bertindak meredah air sebelum kereta jenis Proton Waja yang dinaiki mereka dibawa arus banjir.
Mangsa kemudian telah memecahkan cermin kereta untuk mengeluarkan isterinya, Khairunnisa Ibrahim yang terkunci di dalam kenderaan berkenaan.
Ads
Difahamkan, Khairunnisa sedang sarat hamil enam bulan. Isteri mangsa akhirnya berjaya diselamatkan oleh orang awam sementara mangsa telah hanyut dibawa arus deras.
Hanya kereta ditemui
Ads
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Akob Sedek, kereta mangsa telah ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dihanyutkan.
Ads
Pasukan bomba menggunakan peralatan khas iaitu ‘gripping iron’ besi bermagnet untuk mengesan lokasi kereta mangsa. Kereta dapat dijumpai namun mangsa tiada di dalam kenderaan.
Sehingga kini, mangsa masih belum ditemukan. Walaupun begitu, misi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (USFDA) meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer dan Moderna untuk kumpulan umur kanak-kanak dari enam bulan ke lima tahun.
Ia susulan saranan daripada pakar penasihat agensi itu.
Dengan kelulusan ini, sekitar 18 juta kanak-kanak dalam kumpulan umur berkenaan layak untuk menerima vaksin.
USFDA meluluskan dua dos vaksin bagi Moderna sementara tiga dos vaksin bagi Pfizer.
“Ibu bapa dan penjaga serta penyedia perkhidmatan boleh meyakini bahawa dua vaksin ini diluluskan dengan fakta sains dan tujuan keselamatan yang menjadi keutamaan kami.”
Pemberian vaksin bagi kumpulan umur ini juga perlu mendapat lampu hijau dari pada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Kerajaan AS memaklumkan sebelum ini, sebaik mendapat kelulusan, 10 juta dos akan dihantar ke seluruh negara.
Vaksin berkenaan diuji ke atas ribuan kanak-kanak. Pfizer meletakkan kadar keberkesanan vaksin pada tahap 80 peratus sementara Moderna pada 51 peratus.
Rezeki setiap orang tak sama. Kadang bila kita rasa susah sebenarnya ada lagi yang lebih susah dan memerlukan daripada kita. Walaupun kita sekeluarga hidup secara sederhana, masih cukup makan dan minum, dapat besarkan anak dengan sempurna dan tinggal di rumah yang selesa itu semua dah cukup baik.
Kadang kehidupan orang lain belum tentu sebaik kita dan ada yang perlu catu makanan untuk pastikan ada lagi makanan untuk hari esok bersama keluarga.
Bawa anak keluar kutip tin, botol nak beli makanan
Seperti yang dikongsikan oleh seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) bagi organisasi bantuan kemanusian, Malaysia Relief Agency di Johor, Shamsiah Shaaban masih ada lagi insan yang sanggup keluar mencari rezeki walaupun kerajaan mengehadkan pergerakan semata-mata nak pastikan anak-anak tak lapar.
Menurut Shamsiah dalam posting di Facebooknya baru-baru ini, semasa dalam perjalanan pulang, dia menemui dua beranak yang berada di kawasan awam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
“Dalam perjalanan pulang itu, kami terserempak dengan mereka. Maknya tengah kutip tin-tin, botol-botol kosong untuk dijual.
“Dalam musim Covid-19 ni si mak ambil risiko bawa anak untuk keluar mencari tin-tin kosong untuk dijual, ” tulisnya.
Anak minta nak akan nasi lauk telur
Dalam pertemuan itu, Shamsiah memberitahu, wanita berkenaan menjelaskan dia terpaksa membawa anaknya bersama kerana tiada siapa yang dapat menjaganya di rumah.
Tambahnya, wanita tersebut turut memaklumkan suaminya telah meninggal dunia.
Shamsiah datang meninjau keadaan rumah wanita berkenaan.
“Kami berhenti, kami tanya. Jawapan dia ‘Saya nak jual tin-tin ni nak cari duit untuk beli telur. Duit saya tingal RM2 sahaja. Anak pula haus nak air, dah beli air tak dapat beli telur… anak saya nak makan nasi lauk telur’.
“Siapa tak sentap dengar, kami pelawa untuk hantar mereka pulang dan berikan sedikit sumbangan. Anak kecil yang tak mengerti apa-apa, tenang bermain dan ketawa membuatkan kami sebak, ” katanya.
Susulan perkongsian itu, Shamsiah berkata, ramai yang tampil untuk memberi bantuan kepada wanita tersebut dan anaknya menerusi hashtag atau tanda pagar #kakaktin.
Rentetan dari kisah yang tular itu, Shamsiah bersyukur ramai yang telah menghulurkan sumbangan untuk memastikan kelangsungan hidup keluarga tersebut berada dalam keadaan baik.
Banyak sumbangan yang diterima dan kita akan bantu secara berperingkat. Atas bantuan orang ramai, kita akan belikan keperluan keluarga ini, ” katanya.
Anak kecil tidur di atas tilam yang usang
Menurut Shamsiah, pihaknya turut berkesempatan berkunjung ke rumah wanita itu bersama anaknya dekat Kluang, Johor.
“Rumah dia agak teruk, tak ada tikar getah, tak ada kipas… tak ada apa. Kita akan bantu dahulu… bersihkan rumah dia, beri keselesaan, ” katanya.
Walaupun menerima bantuan keperluan asas, Shamsiah mendedahkan keperibadian wanita itu yang sanggup berpenat-lelah demi menyara kehidupan bersama anaknya.
“Tak ada duit susah, tapi dia tak nak menyusahkan orang jadi dia cubalah usaha. Bekerja cari tin, botol, ” katanya sambil mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan.
Sekiranya ada yang masih nak menghulurkan sumbangan boleh salurkan sumbangan anda melalui
MAYBANK BERHAD 551043529587 MRA JOHOR
==============================
Atau boleh berhubung klik talian WhatsApp Official MRA Johor www.wasap.my/601132723337/mrajohor
Siapa sangka, pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin begitu dirasai oleh semua rakyat walaupun dia bukanlah siapa-siapa. Malah berita pemergiannya itu mengejutkan Ketua Pegawai Eksekutif, Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Muhammad Nadir Al-Nuri yang berada di Wilayah Gaza tersentak dan sebak ketika membaca berita pemergian penyanyi kesayangan ramai itu.
“Saya baru dihubungi arwah Siti Sarah sebelum Aidiladha lalu untuk mengikuti program korban di Gaza.
“Masa itu, saya terkejut apabila arwah memaklumkan mahu korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit. Bukan satu bahagian, seolah-olah sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebajikan terakhir,” katanya.
Tidak hanya itu, arwah dikatakan kerap berhubung dan bertanya mengenai keadaan umat Islam di Palestin.
Rupanya Allah takdirkan, nyawa diambil dalam keadaan memikirkan umat, peduli nasib, malah sudah didoakan ratusan penduduk di Palestin yang merasa daging, tahun ini.
Berkongsi menerusi Facebooknya Nadir turut menitipkan doa buat Isteri Shuib Sepahtu semoga rohnya tenang di sana.
“Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada’ akhirat di bumi berkat. Semoga engkau tenang di sana, al-fatihah,” tulisnya.
Allahyarham Siti Sarah, 36, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi ini.
Pemergian penyanyi lagu Semakin itu disahkan oleh suaminya, Shuib Sepahtu di laman IG, pagi ini.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!