Tiada siapa pun yang minta ikatan perkahwinan yang dibina terlerai kasih sayangnya. Lagi sedih bila pasangan meninggalkan diri dan anak-anak tanpa khabar berita. Mungkin orang sekeliling akan bagi tanggapan negatif, namun hanya yang melalui saja akan faham.

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita bernama Siti Aishah Ishak, apabila perkahwinannya hanya bertahan selama tiga tahun dan ketika itu ditinggalkan semasa sedang mengandungkan anak kedua.

Pegang Status Ibu Tunggal Usia 17 Tahun, Anak-Anak Harta Ibu Dunia Akhirat

Berkahwin seawal umur 14 tahun

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, Siti Aishah yang kini berusia 23 tahun mengakui dia telah berkahwin seawal umur 14 tahun dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Anak pertamanya adalah lelaki dan dilahirkan pada usia 15 tahun.

@sitiaisahishakIbu sentiasa senyum dan kuat demi ank2 ibu walau pun ap3 dugaan yg Datang ❤️😊♬ bunyi asal – hiawok😘

Selepas dua tahun melahirkan anak pertama, dia disahkan mengandung anak kedua dan kali ini seorang bayi perempuan.

Pegang Status Ibu Tunggal Usia 17 Tahun, Anak-Anak Harta Ibu Dunia Akhirat

IKLAN

Malangnya hasrat untuk mengecapi bahagia bersama suami dan anak-anak tak kesampaian apabila pada usia kandungan tujuh bulan, Aishah telah ditinggalkan oleh suaminya dan membiarkan dia keseorangan membanting tulang demi membesarkan anak-anak.

Pegang Status Ibu Tunggal Usia 17 Tahun, Anak-Anak Harta Ibu Dunia Akhirat

Sehingga kini, kedua-dua anaknya berusia lapan dan enam tahun itu masih belum bertemu bapa mereka yang ‘hilang’ tanpa memunculkan semula dirinya.

Kongsi Aishah lagi, paling sedih, anak keduanya langsung tak mengenali ayahnya kerana sejak lahir tak pernah jumpa sampailah sekarang. Namun anak sulung itu sempatlah merasa kasih ayah buat seketika dan selepas itu tak pernah jumpa.

IKLAN

Pegang Status Ibu Tunggal Usia 17 Tahun, Anak-Anak Harta Ibu Dunia Akhirat

Aishah akui, kini anak-anaklah penguat semangatnya untuk meneruskan hidup dan mencari rezeki. Walau apa pun terjadi, mereka adalah harta dunia akhirat yang sangat berharga.

Anak-anak sumber kekuatan untuk terus bangkit pada hari ini. Apa yang berlaku itu tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk menjadi ibu terbaik buat permata hatinya.

Pegang Status Ibu Tunggal Usia 17 Tahun, Anak-Anak Harta Ibu Dunia AkhiratWalaupun bukan untuk meraih simpati, perkongsian Siti Aishah itu mendapat respon positif dari netizen yang kagum dengannya. Di usianya yang muda, ternyata dia mampu menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anaknya.

IKLAN

Kecekalan dan ketabahannya mengharungi kehidupan sepanjang bergelar ibu tunggal benar-benar membuktikan wanita tetap boleh berdikari dan menjadi pelindung buat anaknya. Semoga urusan mereka ini dipermudahkan oleh Allah sepanjang masa.

Sumber: TikTok Siti Aishah Ishak

ARTIKEL MENARIK [Anak No 2 Atau No 3 Lain Sikit Perangainya. Tapi Dia Ajar Erti Sabar Untuk Ibu Ayah]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Waktu Tepat Nak Latih Anak Tidur Sendiri, Kena Mulakan Dari Bayi, Lagi Senang Kerja Ibu]

Pegang Status Ibu Tunggal Usia 17 Tahun, Anak-Anak Harta Ibu Dunia Akhirat

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI