Walaupun kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat setiap hari, namun pembelajaran anak-anak kita terutama yang bakal menduduki peperiksaan penting tahun ini tetap perlu diteruskan.

Ini bagi membolehkan mereka benar-benar bersedia untuk menghadapi peperiksaan penting itu tahun ini. Ini yang dikongsikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin melalui satu sidang media yang diadakan sebentar tadi.

Malah berdasarkan pengumuman YAB Perdana Menteri serta Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM adalah tertakluk kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sesuatu kawasan.

Pelajar Kelas Peperiksaan Di Negeri PKP Hadir Ke Sekolah, Sesi Persekolahan Biasa 20 Januari Ini Di Negeri PKPB & PKPP!

 

Bagaimana pun menerusi sidang media, bagi sekolah di kawasan PKP, sesi persekolahan secara bersemuka hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 dan 2021 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

Manakala bagi pelajar sekolah rendah dari Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6 juga pelajar sekolah menengah di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).

IKLAN

Pelajar Kelas Peperiksaan Di Negeri PKP Hadir Ke Sekolah, Sesi Persekolahan Biasa 20 Januari Ini Di Negeri PKPB & PKPP!

Persekolahan seperti biasa di kawasan PKPB dan PKPP

Pun begitu, bagi sekolah di kawasan (PKPB) dan (PKPP) akan meneruskan sesi persekolahan biasa berdasarkan takwim institusi masing-masing.

“Seperti mana yang dijelaskan dalam kenyataan media, bahawa sesi persekolahan biasa adalah berdasarkan takwim institusi masing-masing. Maknanya bagi semua murid di negeri PKPB dan PKPP akan hadir ke sekolah seperti biasa bermula 20 Januari ini,” katanya lagi.

Pelajar Kelas Peperiksaan Di Negeri PKP Hadir Ke Sekolah, Sesi Persekolahan Biasa 20 Januari Ini Di Negeri PKPB & PKPP!

IKLAN

Dan ini bakal melibatkan pelajar sekolah rendah dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Begitu juga dengan pelajar sekolah menengah iaitu pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sahaja. Manakala pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 pula bakal melaksanakan pembelajaran dari rumah (PdPR).

Tadika swasta dibenarkan beroperasi
Pun begitu, katanya lagi, tadika swasta di kawasan PKP akan dibenarkan untuk beroperasi. Ini bagi membolehkan ibu bapa turun bekerja dengan tenang dan selesa.

“Kita benarkan mengikut keperluan, maka tadika swasta dibenarkan untuk dibuka,” katanya.

Pelajar Kelas Peperiksaan Di Negeri PKP Hadir Ke Sekolah, Sesi Persekolahan Biasa 20 Januari Ini Di Negeri PKPB & PKPP!

IKLAN

Dalam pada itu, menjawab pelbagai persoalan ketika sesi berlangsung, katanya lagi, sesi pembelajaran di rumah adalah berdasarkan silibus baru dan pemberian buku teks untuk tujuan pembelajaran di rumah akan dimaklumkan kemudian kepada ibu bapa.

Malah katanya lagi, bagi murid-murid di Tahun 1 di negeri PKP akan dapat dilaksanakan dengan baik hasil daripada perincian yang bakal dilakukan oleh guru-guru kelak.

Bagi memastikan murid-murid dan pelajar sentiasa terjamin keselamatan mereka ketika berada di sekolah, SOP tetap didahulukan dalam segala aspek.

“Kita sama-sama doakan sesi persekolahan tahun ini berjalan dengan baik dan SOP yang ditetapkan dapat dijalankan dengan baik,” katanya mengakhiri sidang media petang tadi.

Pelajar Kelas Peperiksaan Di Negeri PKP Hadir Ke Sekolah, Sesi Persekolahan Biasa 20 Januari Ini Di Negeri PKPB & PKPP!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI