Pelajar tingkatan lima hidap leukemia – “Saya sedih tak dapat ke sekolah.” Ketika rakan-rakan seusia sedang bergelut belajar membuat persiapan menghadapi peperiksaan SPM, lain cerita pula dengan Nurul Syuhadah Ab Rahman.

Pelajar Tingkatan Lima Hidap Leukemia – “Saya Sedih Tak Dapat Ke Sekolah”

Pelajar tingkatan lima yang kini menjalani kemoterapi akibat leukemia, meluahkan kerinduannya untuk kembali ke sekolah bersama rakan-rakan terutama pada hari pertama sesi persekolahan yang bermula pada Isnin.

Pelajar Tingkatan Lima Hidap Leukemia – “Saya Sedih Tak Dapat Ke Sekolah”
Nurul Syuhadah

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Pahang itu bagaimanapun perlu memberikan tumpuan kepada rawatan, menyebabkan dia terlepas sesi persekolahan 2025.

Nurul Syuhadah disahkan menghidap leukemia tahap sederhana yang juga sejenis kanser darah, selepas mengalami demam berpanjangan pertengahan tahun lalu.

“PADA AWALNYA, SAYA INGATKAN DEMAM BIASA, TAPI SELEPAS HAMPIR SEBULAN, IBU BAPA BAWA SAYA KE HOSPITAL UNTUK PEMERIKSAAN LANJUT KETIKA KAMI PULANG BERCUTI DI KAMPUNG NENEK DI KUALA KRAI.

“Hasil ujian darah menunjukkan saya hidap leukemia,” katanya.

Pelajar Tingkatan Lima Hidap Leukemia – “Saya Sedih Tak Dapat Ke Sekolah”
Nurul Syuhadah (kiri) yang kini menjalani kimoterapi, dikunjungi rakan-rakannya dari Pahang.

Seluruh kehidupan Nurul Syuhadah berubah dan dia kini menjalani kemoterapi keempat daripada lapan kitaran rawatan yang dijadualkan.

“SAYA SEDIH TAK DAPAT KE SEKOLAH SEJAK DISAHKAN SAKIT PADA 15 SEPTEMBER LALU.

“Saya juga terlepas banyak kelas, tapi cikgu dan rakan-rakan sering tanya khabar, mereka beri saya semangat untuk terus berjuang,” katanya.

Pelajar Tingkatan Lima Hidap Leukemia – “Saya Sedih Tak Dapat Ke Sekolah”
Nurul Syuhadah (dua dari kanan) gembira ke sekolah sebelum disahkan menghidap leukemia.

Dia tetap berusaha belajar sendiri kerana tidak mahu ketinggalan membuat persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ads

“Saya mahu ambil SPM seperti rakan-rakan lain, walaupun sekarang banyak berehat akibat kesan rawatan. Saya berharap dapat kembali ke sekolah secepat mungkin,” ujarnya.

Nurul Syuhadah merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik dan ibu bapanya menjalankan perniagaan kedai makan di Muadzam Shah namun terpaksa menutup sementara perniagaan itu untuk menjaganya di kampung.

“Keluarga saya banyak memberi sokongan termasuk adik-beradik. Rakan-rakan juga sering datang melawat dan beri kata-kata semangat, saya harap dapat sembuh serta kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Baca artikel lain juga: 2 Tahun Berjuang Lawan Leukimia Anak Saudara Dian Pelangi Meninggal Dunia!

Ads

 

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Ads

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI