Pelakon Filem Adik Manja, Dharma Harun Meninggal Dunia

Share

Ramai mungkin kenal beliau sebagai penulis skrip, pelakon dan pengarah yang banyak meninggalkan karya berjiwa dalam dunia seni tempatan.

Nama Dharma Harun cukup sinonim dengan cerita-cerita yang dekat dengan realiti hidup kisah keluarga, emosi manusia, dan nilai kemanusiaan yang selalu menusuk hati penonton.

Hari ini, kita kehilangan seorang lagi figura seni yang banyak memberi warna pada industri. Allahyarham Dharma Harun, 69 meninggalkan legasi yang akan kekal dalam ingatan peminat dan rakan industri.

Seniman popular era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada malam Selasa

 

Berita duka itu dimaklumkan anak lelakinya, Muhammad Al Syafia Mohamad Azman, 35, di akaun Instagram miliknya.

“Ayah saya meninggal waktu saya balik tadi pukul 9.10 malam.” tulisnya di instastory

Sebelum ini, media melaporkan keadaan fizikal pelakon popular era 1980-an itu semakin merosot.

Ia berikutan Muhammad Al Syafiq memuat naik gambar Dharma yang sedang mengerjakan solat dalam keadaan duduk.

Allahyarham yang popular menerusi filem Adik Manja dan Sikit Punya Gila tinggal bersama Muhammad Al Syafiq, 36, dan anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37, yang kedua-duanya masih belajar di ASWARA.

Al-Fatihah untuk Allahyarham. Moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, dan semoga keluarga beliau diberi kekuatan melalui waktu sukar ini.

Published by
Nor Yusoff