Pempengaruh yang juga anak kepada Ismail Sabri iaitu Nina Sabri berkongsi nama anak keduanya selepas selamat melahirkan cahaya matanya pada 1 Oktober lalu.
Menerusi Instagramnya, Nina dan suami sepakat memilih nama yang cukup indah tapi ringkas, Heizo Nika Hafiz.
Nina menerusi entri itu juga turut berkongsi makna nama pada bayi mereka yang membawa maksud keamanan dan pelindung.
Ads
“Assalamualaikum from Heizo Nika Hafiz. Born on October 1, 2025. Weighing 3.33 kg.
✨ Heizo: Foundation of peace ✨ Nika: Victorious ✨ Hafiz: Protector
Ads
Alhamdulillah for this precious gift. You complete us, Heizo. 🤍
P/S : He stayed nestled in mommy for nine months, lepastu bila keluar muka abah and kakak je 😆 Swipe to the end to see Abah and Kakak’s baby pics,” katanya berkongsi.
Ads
Tidak hanya berkongsi nama bahkan Nina juga turut memuat naik beberapa gambar comel Heizo bersama kakaknya, Jeanelle Nika Mandagie. Memang comel!
Terdahulu awal tahun lalu, Nina berkongsi kisah kehamilan pertamanya bersama suami, Hafiz Osman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan yang berumah tangga pasti menginginkan zuriat buat pengikat kasih. Itulah hadiah paling bermakna buat pasangan suami isteri. Agaknya bagaimana caranya anda memberitahu suami ketika anda mengandungkan anak pertama dahulu?
Terharu melihat video berdurasi lebih kurang seminit ini, ketika seorang isteri membuat kejutan buat suaminya untuk memberitahu yang dia sedang hamil. Video ini dikongsikan di laman Twitter oleh adik kepada wanita dalam video. Jelas kelihatan abang iparnya terkejut dan gembira dengan berita baik ini.
Menurutnya, kakaknya akan membuat ujian kehamilan setiap kali lewat datang haid. Apabila keluar dari tandas, dia hanya akan mengatakan ujian itu dibuat saja-saja sambil tersenyum. Pun begitu, jelas kelihatan matanya dalam kekecewaan. Berkat kesabaran pasangan ini, akhirnya si isteri didapati mengandung.
Sebak pula petang-petang macam ni, bila tengok video ni. Nampak sangat memang suaminya menanti dan berharap sekian lama. Pa&Ma doakan agar proses kehamilan wanita ini dipermudahkan dan melahirkan anak yang sihat dan comel nanti.
Hati mana yang tak luluh. Seorang ibu kini hanya mampu memeluk bantal kosong, meratapi kehilangan anak kecilnya yang diragut dalam kejadian tragis yang cukup menyayat hati.
Dalam sekelip mata, dunianya gelap hanya tinggal kenangan dan linangan air mata sebagai teman. Setelah melalui detik paling hitam dalam hidupnya, wanita tersebut kini perlahan-lahan cuba bangkit daripada kemurungan yang merantai jiwa.
Sebagaimana memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak memaklumkan wanita itu dalam keadaan beransur pulih dan telah dibenarkan pulang selepas dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat kemurungan.
Katanya lagi, pada 22 Julai ibu tersebut pernah membuat laporan mendakwa suaminya memukulnya dan membawa keluar anak mereka dari rumah.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumahtangga.
Semalam, waris mengatakan ibu berkenaan menangis setiap hari dan tiada selera makan sejak kehilangan anaknya pada 24 Julai.
Menurut datuk saudarayang dikenali sebagai Tata kematian anak kecil itu mengejutkan seluruh ahli keluarga.
Beliau yang mempunyai hubungan yang rapat dengan mangsa sering teringatkan kanak-kanak itu hingga sukar untuk tidur.
“Biasanya apabila dengar kes sebegini, kita rasa simpati, namun hari ini ia menimpa keluarga kami.
“Apa yang membuatkan kami sukar terima, suspek itu bukannya orang luar, tetapi bapanya sendiri,” katanya.
Terdahulu, kanak-kanak berkenaan dilapor hilang oleh bapanya yang berusia 36 tahun selepas ditinggalkan di dalam kereta sementara dia membeli makanan di sebuah kopitiam di Johor Bahru.
Lebih memilukan, lima hari selepas kehilangan, jasad anak kecil berkenaan ditemui dalam keadaan ditanam di kawasan belukar di Rompin, Jempol, Negeri Sembilan.
Susulan siasatan, bapa kanak-kanak itu direman tujuh hari bermula semalam.
Lelaki tempatan berusia 36 tahun itu membuat laporan kehilangan anak lelakinya yang berusia enam tahun pada kira-kira jam 2.15 pagi, Khamis lalu, mendakwa anak tunggalnya itu hilang sekitar jam 6 petang Rabu lalu.
Polis kini membuka dua kertas siasatan membabitkan Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kes awal disiasat polis kontinjen Johor membabitkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 200 manakala kes bunuh disiasat kontinjen Negeri Sembilan.
Anak-anak ni kalau membesar sekejap sangat rasanya. Masih terasa debaran ketika detik mahu bersalin, tiba-tiba hari ni dah sambut ulang tahun kelahiran mereka. Banyak perkembangan mereka yang boleh dilihat dari awal kelahiran sehinggalah usia anak hari ini.
Sebagai ibu ayah dah tentulah kita akan berbangga dengan setiap pencapaian anak, biarpun ia mungkin kecil bagi orang lain kan? Apa saja yang anak mampu buat, melihatnya sudah cukup membahagiakan kita sebagai orang tua mereka.
Setiap tahun, Jihan dan Ku Hariz akan memilih tema istimewa sempena hari kelahiran anak sulung mereka itu. Jika tahun lepas tema Transformers menjadi pilihan, tahun ini mereka menjadikan kartun animasi terbaharu, Mechamato sebagai tema untuk menghiasi sambutan hari jadi Arsalan.
Tambah menarik, bukan saja dekorasi dengan tema kartun itu saja bahkan pasangan ini juga ada menyediakan permainan air untuk tetamu kanak-kanak yang datang memeriahkan majlis. Seronoklah, dapat makan dan main air!
Di kek hari jadi Arsalan juga terdapat perkataan ‘Mecharsalan 5’, membuatkan ia kelihatan tambah menarik. Rasanya seperti baru semalam Jihan dan suami mengumumkan kelahiran anak mereka, tetapi kini sudahpun berusia 5 tahun.
Semoga Arsalan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang cerdik dan soleh serta sentiasa membanggakan kedua-dua ibu ayahnya. Tema Mechamato ni memang best lah, cantik sangat!
Sekadar recap, pasangan bahagia ini telah mendirikan rumah tangga sekitar bulan Mac 2016 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq serta Ungku Altamis Barr yang dilahirkan pada bulan September tahun lalu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...