Ads

Pemakanan Ibu GDM, Jangan Sekat Makan Tapi Bijak Pilih Makanan Tepat!

Pemakanan Ibu GDM, Jangan Sekat Makan Tapi Bijak Pilih Makanan Tepat!

Diabetes gestasi adalah masalah kencing manis yang dialami wanita ketika hamil. Jom ketahui makanan yang harus dielakkan oleh ibu dengan kencing manis semasa mengandung.

Terpaksa mengawal atau mengelakkan sesetengah makanan sememangnya tidak menyeronokkan. Apatah lagi jika ia makanan kegemaran anda seperti makanan segera.

Pemakanan Ibu GDM, Jangan Sekat Makan Tapi Bijak Pilih Makanan Tepat!

Walau bagaimanapun, untuk kesihatan anda dan juga bayi, ibu terpaksa berkorban sedikit apabila disahkan menghidap kencing manis semasa mengandung.

Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dihindari:

  • Makanan berproses
  • Minuman beralkohol
  • Makanan pastri seperti mufin, donut atau kek
  • Makanan bergoreng
  • Minuman bergula seperti soda, jus dan minuman manis
  • Aiskrim
  • Makanan diproses
  • Makanan yang sangat berkanji seperti pasta putih, roti putih, nasi dan juga kentang
  • Bijirin manis, bar granola manis dan oat manis

Pemakanan Ibu GDM, Jangan Sekat Makan Tapi Bijak Pilih Makanan Tepat!

Kawal Jumlah Hidangan Berkanji

Makanan berkanji yang diambil akan berubah menjadi glukosa. Disebabkan itu penting untuk tidak mengambilnya secara berlebihan atau ia akan meningkatkan jumlah glukosa yang tersimpan.

Bukan tidak boleh memakan makanan berkanji, boleh. Namun, anda harus pastikan ia dalam jumlah yang berpatutan, seperti 1 cawan kanji bagi setiap hidangan atau 2 keping roti putih.

Ads

Secawan Susu

Susu adalah minuman yang sihat dan sumber kalsium penting untuk badan. Namun, susu adalah jenis karbohidrat dalam bentuk cecair.

Oleh itu, pengambilan berlebihan atau terlalu banyak sekali gus oleh wanita yang menghidap kencing manis semasa mengandung boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah.

Pemakanan Ibu GDM, Jangan Sekat Makan Tapi Bijak Pilih Makanan Tepat!

Hadkan Pengambilan Buah-buahan

Buah adalah makanan sihat tetapi ia tinggi kandungan gula semula jadi. Seorang ibu mengandung boleh memakan sehingga 3 hidangan buah setiap hari, tetapi disarankan untuk makan satu persatu dan bukan sekali gus. Elakkan daripada memakan buah yang diproses dalam tin.

Waktu Bersarapan

Pada waktu pagi, kadar gula dalam darah sukar untuk dikawal disebabkan tahap naik turun normal kadar hormon.

Pun begitu, pengambilan bijirin halus, buah-buahan bahkan susu mungkin tidak boleh diterima dengan baik semasa sarapan pagi.

Ads

Jika kadar gula dalam darah meningkat terlalu banyak selepas bersarapan dengan makanan sebegitu, ia bermakna anda harus mengelakkan daripada mengambilnya pada waktu sarapan. Biasanya, sarapan pagi yang mengandungi kanji serta protein adalah gabungan terbaik.

Pemakanan Ibu GDM, Jangan Sekat Makan Tapi Bijak Pilih Makanan Tepat!

Elakkan Jus Buah

Untuk menghasilkan segelas jus memerlukan beberapa biji buah. Umumnya, jus adalah sumber karbohidrat pekat.

Disebabkan ia dalam bentuk cecair, memakannya berisiko untuk menaikkan kadar gula dalam darah dengan cepat, sudah tentu tidak bagus untuk mereka dengan gestasi diabetes.

Ads

Jauhi Gula Tambahan

Jangan menambah gula, madu atau pemanis ke dalam makanan atau minuman anda. Apabila sesuatu produk menyatakan ia “bebas gula”, sila semak kandungannya. Ini kerana produk sebegini selalu mengandungi sejumlah besar karbohidrat. Contohnya, makanan yang diproses dan makanan segera.

Pemakanan Ibu GDM, Jangan Sekat Makan Tapi Bijak Pilih Makanan Tepat!

Anak akan dapat akaun Simpan SSPN bernilai RM30, goodies istimewa dan sijil penyertaan. Sambil bermain, dapat hadiah! Daftarkan anak segera di: https://www.majalahpama.my/edutainment-fest/

Baca lagi: MamaKerja2026: Ibu Bekerja Selangor Layak Mohon Insentif RM1,000 Mulai Ogos!

Sekat Video Indonesia Di Youtube, 7 Cara Berkesan Elak Anak Terpengaruh Bahasa Indonesia

Buku Pink Ibu Hamil Jangan Tunjuk Sesuka Hati, Banyak Maklumat Peribadi!

Sumber: Hello Doktor

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Anak Muntah Dalam E-Hailing, Nabila Razali Terkejut Kena Caj Lebih RM400...

Bercuti bersama anak kecil memang menyeronokkan, tetapi ibu ayah juga perlu bersedia menghadapi pelbagai situasi yang tidak dijangka. Anak mungkin tiba-tiba meragam, demam, tidak selesa atau muntah ketika sedang berada dalam perjalanan.