Pemandu wanita ditumbuk anggota tentera, keluarga mohon saksi kejadian tampil beri keterangan. Keluarga kepada wanita yang memandu Perodua Axia dan menjadi mangsa serangan oleh seorang anggota tentera dalam kejadian di Senawang pada 29 Mac lalu, menyeru agar individu yang menyaksikan insiden itu tampil memberikan keterangan.
Pemandu Wanita Ditumbuk Anggota Tentera, Keluarga Mohon Saksi Kejadian Tampil Beri Keterangan
Umar, 33 tahun, abang sulung mangsa, memaklumkan bahawa saksi tambahan diperlukan bagi memperkukuhkan kes pendakwaan di mahkamah.
“KAMI MEMANG SUDAH ADA RAKAMAN VIDEO SEWAKTU KEJADIAN BERLAKU DAN INDIVIDU YANG MERAKAM JUGA SANGGUP MENJADI SAKSI. NAMUN, KAMI PERLUKAN LAGI SAKSI MATA LAIN BAGI MENGUATKAN KES INI DI MAHKAMAH,” JELASNYA.
Beliau turut menyatakan bahawa peguam keluarga telah menasihatkan agar mereka mencari saksi-saksi lain, justeru mereka amat berharap agar sesiapa yang berada di lokasi ketika insiden berlaku dapat tampil memberikan bantuan.
Selain itu, keluarga mangsa juga bercadang untuk memfailkan saman terhadap suspek sebagai pengajaran serta usaha menuntut keadilan untuk mangsa.
Menurut Umar, terdapat wakil pihak suspek yang datang menawarkan pampasan kepada keluarganya, namun mereka menolak tawaran tersebut.
“WAKIL DARI PIHAK PELAKU DATANG BERJUMPA KAMI DAN MENYATAKAN KESEDIAAN UNTUK MEMBAYAR PAMPASAN, TETAPI KAMI MENOLAK KERANA KEUTAMAAN KAMI ADALAH MENDAPATKAN KEADILAN, BUKAN WANG.
“Lagipun, suspek telah menumbuk adik saya yang merupakan seorang wanita dan langsung tidak bersalah dalam kejadian itu,” katanya lagi.
Ads
Umar turut menegaskan bahawa sebagai anggota tentera, individu terbabit seharusnya berperanan melindungi orang awam, bukan bertindak ganas hingga mencederakan seorang wanita.
Mengulas mengenai keadaan adiknya, Umar menyatakan bahawa mangsa kini dalam proses pemulihan, namun masih mengalami trauma.
“ADIK SAYA KINI BERASA TAKUT SETIAP KALI INGIN KELUAR MEMANDU. KADANG-KADANG DIA MENANGIS APABILA TERKENANG SEMULA KEJADIAN ITU,” UJARNYA.
Terdahulu, tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki menumbuk seorang wanita yang memandu Perodua Axia di kawasan Senawang.
Ads
Insiden itu dipercayai berlaku selepas lelaki berkenaan naik marah kerana mendakwa wanita tersebut telah melanggar anaknya yang sedang melintas jalan.
Susulan kejadian, suspek berusia 35 tahun telah dibawa ke Mahkamah Majistret dan didakwa atas pertuduhan menyerang mangsa serta merosakkan pintu hadapan kenderaan wanita berkenaan.
Namun begitu, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan.
Tiada kata yang mampu menggambarkan betapa luluhnya hati seorang ibu dan ayah apabila mengetahui bayi kesayangan mereka yang baru berusia setahun dua bulan menjadi mangsa nafsu serakah di tempat pengasuh. Tempat yang sepatutnya menjadi ruang selamat, akhirnya bertukar menjadi lokasi trauma buat si kecil tidak berdosa.
Empat suspek termasuk pengasuh ditahan
Kisah menyayat hati ini didedahkan oleh seorang peguam menerusi perkongsiannya di Facebook. Beliau menceritakan detik ketika berada di Balai Polis D11 untuk menemani anak guamnya. Secara kebetulan, beliau terdengar jeritan seorang pegawai polis wanita yang meluahkan rasa marah terhadap empat suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ini.
“Rupanya ada kes bayi setahun dua bulan diperkosa di tempat pengasuh. Ada empat suspek termasuk pengasuh dan suami. Empat-empat tidak mengaku,” ujarnya.
Bayi ditemui dalam keadaan berdarah
Lebih memilukan, bayi berkenaan ditemui dalam keadaan berdarah ketika diambil oleh ibu bapanya sebelum segera dibawa untuk pemeriksaan perubatan dan laporan polis dibuat.
“Mak ayah ambil anak, tengok sudah berdarah. Memang wajar pegawai polis wanita itu menjerit kerana terlalu marah dan kecewa. Sedih bila dengar bayi kecil diperlakukan sebegitu. Kenapa dunia kejam sangat?” tulis peguam tersebut.
Anak kecil, amanah besar
Kejadian ini menjadi tamparan hebat buat seluruh masyarakat. Anak-anak kecil adalah amanah yang tidak ternilai, namun mereka juga golongan paling lemah dan tidak mampu melindungi diri sendiri. Justeru, ibu bapa perlu benar-benar teliti sebelum mempercayakan anak kepada mana-mana pengasuh atau pusat jagaan.
Apa yang ibu bapa boleh lakukan?
Selidik latar belakang pengasuh/pusat jagaan sebelum membuat keputusan.
Peka terhadap perubahan tingkah laku anak – trauma, murung, takut atau agresif boleh jadi tanda amaran.
Periksa keadaan anak setiap hari selepas pulang dari jagaan.
Laporkan segera jika mengesyaki sebarang penderaan melalui Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019-2615999.
Doa & harapan
Sebagai ibu bapa, kita hanya mampu berusaha melindungi dan berdoa agar anak-anak sentiasa dipelihara Allah SWT daripada sebarang kezaliman. Semoga kes ini menjadi peringatan dan membuka mata semua pihak bahawa keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab bersama – ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa.
Moga bayi malang ini mendapat keadilan, dan semoga ibu bapanya diberi kekuatan menghadapi ujian besar ini.
Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal hari ini meraih perhatian apabila memaklumkan tidak akan kembali untuk bersama bekas suaminya, Jofliam kerana hatinya sudah mati untuk bapa kepada dua anaknya itu.
Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen menerusi satu hantaran di media sosialnya hari ini.
Dia sempat mengambil swafoto sebelum ke mahkamah mengenai kes penceraiannya. Baginya sekarang, adalah untuk terus maju ke hadapan tanpa ada niat untuk berpatah balik.
“Selfie selfot sebelum jumpa judge dekat court. Yang penting, aku nak jalan terus. Tak kan Kembali.”
Sementara itu, Cik Epal turut muat naik beberapa luahan hati menerusi Instagram Story. Antara tangkap layar memaparkan mesej dia nekad untuk tidak kembali bersama bekas suaminya, Jofliam kerana hatinya sudah mati untuk bapa kepada dua anaknya itu.
NOW IZINKAN AKU UNTUK IMROVE DIRI. AKU MENJADI MANUSIA YANG LEBIH BAIK. TAK NAK RUJUK. HATI AKU DAH MATI UNTUK DUDU AKU. AKU NAK MOVE ON AKU NAK KAHWIN LAIN KALAU ADA JODOH LAIN. KALAU ADA LELAKI YANG BOLEH HARGAI AKU SEBAIKNYA SEBAGAI ISTERI. AKU ONZZ
CIRI-CIRI BAKAL SUAMI
Sementara itu menerusi tangkap layer Cik Epal mengakui jika bertemu jodoh kembali dengan lelaki lain dia reda dan turut mendedahkan ciri-ciri bakal suami lain jika ada jodoh kembali sama sebagaimana menerusi komen peminatnya iaitu lelaki yang matang, tidak kuat meroyan dan tak kuat drama.
CIRI BAKAL SUAMI IDAMAN CIK EPAL
LELAKI MATANG
TIDAK MEROYAN
‘TAK KUAT DRAMA’
“Memang ini ciri-ciri yang aku harapkan untuk bakal suami aku kelak.”
Sementara itu, gaya tudung sederhana Cik Epal ketika ke mahkamah turut mencuri perhatian netizen. Walaupun tudung tersebut nampak murah dengan harga hanya RM10, tetapi apabila digayakan oleh Cik Epal, ia kelihatan classy dan elegan!
NETIZEN BERI KATA-KATA SEMANGAT
Meninjau di ruangan komen rata-rata peminat mendoakan dan memberi kata-kata semangat dan tabah dengan kemelut rumah tangganya. Malah mendoakan dia kuat biarpun Kembali solo.
Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang bernama Han dan Yuki
Siapa sangka di sebalik wajah jelita dan status selebriti, Datin Atikah Suhaime sebenarnya ibu yang sangat berdikari dan sederhana.
Perkongsian terbaru pelakon dan usahawan ini di Instagram benar-benar mencuit hati netizen. Datin Atikah berkongsi momen dirinya memasak empat jenis hidangan sekaligus tanpa bantuan pembantu rumah sambil mengendong anaknya, Lyla Mulan Teh, menggunakan kain batik gendong tradisional.
Atikah berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Lokman Teh, dan sejak kelahiran anak mereka pada 6 Mei 2024, beliau sering berkongsi kehidupan harian sebagai ibu muda di media sosial, termasuk rutin memasak dan sesi mukbang.
Sambil Gendong Mulan Dengan Kain Batik, Atikah Suhaime Masak 4 Hidangan Seorang Diri
Dalam video yang dimuat naik, Atikah dilihat tenang menyediakan masakan walaupun anak kecilnya mula merengek.
“Datin mahu dibantu?” soal pembantunya bila Mulan mula menangis.
Tapi dengan lembut Atikah membalas, “Tak apa, saya boleh buat sendiri.”
Situasi itu buat ramai tersentuh. Bayangkan, dalam keadaan anak menangis dan tidak ada ‘baby carrier’ mahal, Atikah cuma gunakan kain batik – cara lama yang terbukti masih relevan dan penuh kasih sayang.
Tanpa keluh, dia siapkan empat hidangan seorang diri. Jelas, kekuatan seorang ibu itu memang luar biasa. Kata orang, kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Dan Atikah buktikan yang ibu tetap mampu memasak dan mengurus rumah, walau ada anak kecil di gendongan.
RAIH PERHATIAN NETIZEN
Perkongsian ini mencuri perhatian ramai. Ramai yang kagum melihat multitasking dan semangat Atikah menguruskan rumah tangga, malah ada yang berkongsi pengalaman sendiri:
“Sy pun mcm ni lah sambil masak sambil gendong baby tp sy tak kurus² lg sbb makan ikut sedap tekak.”
“Buat keje sambil gendong anak, serious cepat kurus. From 60kg to 45kg.”
“Behave nye baby tu.. elok je snyap dia dlm kain tu..”
“Suka tengok cara Tikah urus Mulan dan cuba berdikari.”
Jelas, dalam dunia penuh kemudahan hari ini, Atikah pilih untuk kekal dekat dengan nilai keibuan yang asli tangan sendiri, kasih sendiri, peluh sendiri. Itu yang buat ramai makin sayang dan hormat dengan Atikah Suhaime.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.