Penyanyi, pelakon dan pengacara kacak Alif Satar memang seorang ayah yang penyayang dan sentiasa memberi layanan sweet pada isteri dan anak-anaknya.
Walaupun sentiasa sibuk dengan jadual harian yang padat dengan penggambaran drama, pengacaraan program TV, namun ayah kepada dua orang puteri ini tetap dapat meluangkan masa untuk bersama keluarga tercinta terutama semasa sambutan ulang tahun anaknya.
Pengacara sebuah program bual bicara sendiri iaitu It’s Alif ini telah mengadakan sambutan hari lahir anak sulungnya Alisha Anugerah yang baru mencecah usia tiga tahun.
Apa yang menariknya Alif dan isterinya Shadila Halid telah membuat kejutan untuk anaknya dengan cara mereka keluar dari sebuah kotak menerusi sebuah video ‘boomerang’ dan memuat naik di laman Instagram miliknya.
Ads
Nampaknya pelakon drama bersiri Pengantin Musim Salju ini berusaha untuk menggembirakan Alisha dengan membuat kejutan di hari ulang tahun kelahiran anaknya.
Kejutan yang dilakukan tersebut menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata turut memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Alisha.
Ads
Reaksi spontan Alisha adalah terkejut sampai gigit jari melihat mummy dan daddy muncul di sebalik kotak tersebut. Mungkin si comel ni tak sangka kotak yang disangka hadiah hari jadinya keluar pula mummy dan daddy.
Selain beri ucapan hari lahir kepada Alisha, ada juga netizen yang merasakan idea kreatif pasangan suami isteri ini boleh ditiru kerana ‘betul-betul’ surprise dan pastinya menjimatkan bajet!
Memperkenalkan jenis-jenis haiwan secara ‘real’ kepada anak-anak yang sedang membesar sebenarnya sangat bagus untuk perkembangan mereka. Bukan hanya untuk perkembangan otak mereka malah untuk kemahiran motor mereka.
Salah satu cara untuk perkenalkan pelbagai jenis binatang adalah dengan membawa anak ke Zoo. Walaupun masih kecil namun ianya sangat membantu anak-anak meneroka sesuatu yang baru.
Bila boleh bawak anak ke zoo?
Anak masih kecil dan percakapan anak masih belum lancar,apatah lagi mahu bertanya itu dan ini, jadi, wajar ke nak bawak anak ke zoo? Faham kah dia binatang apa yang dia lihat tu? Lagipun dia tak kan ingat apa yang dia lihat di zoo?
Pertama sekali, ibu bapa perlu memahami perkembangan kognitif anak dari sudut pandang anak tu dan bukan dari sudut pandang kita orang dewasa. Anak-anak dilahirkan dengan berbillion sel otak (neurons) dan neurons ini perlu dihubungkan untuk anak dapat berkembang secara optimum. Jadi, bagaimana zoo boleh membantu perkembangan anak kecil kita sedangkan anak tak reti bercakap lagi?
Anak Belajar Bau, Lihat & Sentuh
1. Bila kita pergi zoo, ada macam-macam bau, warna dan tekstur yang anak boleh bau/lihat/rasa. Walaupun anak tak tau apa yang dia sedang alami tu (bau binatang,warna hijau daun,rasa arnab berbulu dan lain-lain), pengalaman dia melalui deria itu akan menyebabkan neurons berhubung dan berkembang.
2. Apa yang anak alami/lalui/rasai di zoo akan memberi idea baru kepada anak dan akan disimpan di dalam skema otaknya. Bila dia dah pernah rasa arnab berbulu, jadi bila kita tunjuk flashcard atau bacakan buku, anak akan boleh relate, maka berkembang dan berhubunglah lagi neurons dalam otaknya. Jangan bagi flashcard aje ye! Anak perlukan ransangan sebenar!
Belajar Perkataan Baru
3. Dengan memperkenalkan anak kepada zoo, banyak perkataan-perkataan baru yang anak akan dengar, jadi, ia akan membantu perkembangan bahasa anak.
4. Janganlah bimbang tentang anak tiada memori tentang keseronokan ke zoo kalau pergi waktu kecil kerana kita yang dah tua ni pun ingatkah semua memori yang kita pernah alami sebelum ini? Kita cuma perlu bayangkan sel-sel otak anak dalam kepalanya tu dan pergi lah ke mana sahaja yang anda mahu pergi bersama anak anda kerana sel-sel otak itu akan berhubung dan anak kita akan belajar banyak perkara!
Bawak lah anak-anak kita berjalan dan beri peluang kepada mereka untuk meneroka dunia. So parents, #startearly!💪🏿😍
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada cara yang lebih baik untuk mengatakan tidak kepada anak-anak. Sebenarnya anak kita tidak suka dengan perkataan, “Jangan”, “Tak Boleh”,atau “No”. Sebagai ibu atau ayah, kita pula mahukan yang terbaik serta mahu anak menjadi lebih berdisiplin.
Apakah perkataan lain yang lebih sesuai untuk digunakan supaya anak-anak lebih mendengar kata? Kita yang nak tegur anak pun tak sakit hati bila guna ayat-ayat manis tapi tegas dalam mendidik mereka.
Terlalu banyak mengatakan Tidak! kepada anak-anak akan membuatkan mereka memberontak. Apa kata anda cuba sepuluh ayat ringkas tetapi tepat untuk menggantikan perkataan Tidak!:-
1. Anak dan makanan manis tidak dapat dielakkan. Marah-marah pun tak guna, kerana anak tetap mahu juga.
“Mama tahu awak suka aiskrim (sebagai contoh), tapi kalau makan banyak sangat pun tak elok tahu?”.
Sambil itu, terangkan mengapa ia tidak baik untuk mereka.
2. Biasalah kalau anak bermain dengan makanan. Sama ada dia sedang belajar tentang makanan itu atau ia sebenarnya tidak balas normal kerana mereka pernah ‘terkena’ dengan makanan yang kurang mereka suka.
“Makanan tu rezeki. Untuk dimakan, bukan untuk dibuat main Sayang.”
Kemudian anda boleh ceritakan keburukan membazir atau tunjukkan foto kanak-kanak yang kebuluran kepada mereka.
3. Anak gemar hancurkan permainan yang telah disusun cantik. Sebelum marah, lebih baik anda gunakan pendekatan yang lebih lembut.
“Tak baik tau jatuhkan lego yang Mama dah susun ni. Jom, Mama ajar macam mana nak main benda ni.”
Luangkan masa untuk susun permainan ini bersama-sama. Anak anda akan menghargai momen ini dan ia dapat merangsang kreativiti mereka.
4. Jika anak anda dilihat sedang menarik ekor haiwan atau memetik daun atau bunga dengan kasar, terangkan kepada mereka akibatnya.
“Semua benda hidup nak membesar. Tak bolehlah kita kasar-kasar dengannya.”
5. Biasalah anak-anak bergaduh sesama sendiri. Ini pendekatan paling sesuai.
“Kita guna mulut, cakap elok-elok. Bukannya guna tangan.”
Bila anda berselisih faham, mereka cenderung untuk memukul antara satu sama lain. Jangan anda tambah pula, eloklah terangkan kepada mereka mengapa lebih elok bercakap dengan baik daripada berkasar.
6. Bila mereka tidak dapat apa yang diinginkan, mengamuk perkara biasa. Jangan anda menjerit sekali.
“Papa tak faham kalau awak menjerit macam tu. Cuba cakap macam biasa.”
Sebagai ibu bapa, kita harus bersabar dan kekalkan intonasi tenang ketika memujuk anak-anak.
7. Dari marah dan menengking, baik anda gunakan kata-kata humor untuk ‘marahkan’ anak anda.
“Jagalah dia. Mama datang ni nak tangkap dia!”.
Walaupun nampak seperti anda berlawak, terangkan kepada mereka. Jika sudah keluar ayat begitu, bermakna anda sedang marah walaupun ia diucapkan sambil anda ketawa. Biar mereka tahu, itu adalah ayat penegasan.
8. Perkara biasa anak minta untuk bermain telefon bimbit. Bila dah diberi, tak tahu nak pulang.
“Boleh tak kalau Papa nak handphone Papa semula? Adik main toy ni ya?”.
Anda boleh terangkan kepada mereka keburukan melihat telefon bimbit terlalu lama.
9. Anak-anak suka tanggalkan kasut bila di luar rumah. Itu normal.
“Eh, pakailah kasut. Di rumah boleh buka. Dekat luar kena pakai kasut sebab takut nanti cacing masuk dalam kaki Abang.”
Jangan terus dimarahi, terangkan kepada anak-anak mengapa penting untuk mengenakan kasut ketika di luar rumah.
10. Anak-anak sukakan perkara baharu. Habis semua benda mereka nak buat main walaupun ia berbahaya.
“Berhenti.” “Bahaya.” atau “Panas.”
Anda boleh gunakan penegasan begini jika mereka dilihat bermain sesuatu yang berbahaya atau tidak patut diusik.
Semoga tip kali ini dapat membantu anda semua. Selamat mencuba!
Setiap manusia Allah ciptakan hidup berpasangan dan saling melengkapi antara satu sama lain. Lelaki dan perempuan merupakan makhluk Allah yang sangat unik. Lelaki secara fizikalnya gagah dan kuat.
Sifat inilah yang menjadi pelindung kepada perempuan. Perempuan pula fizikalnya lebih lemah berbanding lelaki. Sebab itulah Allah campakkan sifat lemah lembut dan penyayang kepada perempuan sesuai dengan nalurinya. Allah menjadikan mereka adalah untuk mencukupi antara satu sama lain.
Cuma yang menjadi halangan dalam perkahwinan adalah apabila berlaku ketidakpuasan hati antara pasangan, mulalah nak marah hingga masing-masing bermasam muka. Bukan setakat suami isteri je, anak pun turut mendapat tempiasnya.
Perkongsian dari Imam Muda Hassan ini boleh dijadikan panduan bersama dalam melayari alam rumah tangga. Biasakan dengan ayat yang romantik dan hargailah pasangan. Insya-Allah perkahwinan lebih bahagia.
Kenapa Nak Marah Pasangan?
Lupakah kita dulu waktu bujang atau anak dara, nak ada pasangan hidup sebab bila ada pasangan hidup rasa syok, rasa best. Jalan berdua, tidur berdua, ada teman bersembang, ada tempat nak bersandar, ada tukang picit kepala.
Setahun dua tahun mula rasa menyampah dengan pasangan, tengok muka dia rasa nak marah. Meluat, benci bila pasangan wasap kita.
Dulu sebelum kahwin bukan main tertunggu-tunggu wasap dari dia. Kalau tak wasap sehari rasa sesak nafas macam nak mati.
Sebab apa rasa nak marah? 1. Tak ada ilmu self-control 2. Tak sedar kita mempunyai low value egocentric.
Ubah 2 perkara di atas ni, kita akan rasa macam kita kahwin dengan pasangan kita setiap hari.
Khabar baik buat para ibu di Malaysia, khususnya wanita bekerjaya yang baru melahirkan anak apabila kerajaan mengumumkan satu inisiatif baharu menerusi pengenalan Elaun Pasca...