PKP yang panjang ini sememangnya menambahkan keakraban ahli keluarga, tidak terkecuali juga yang mengambil kesempatan untuk sama-sama melakukan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk keluarga.
Sebelum kembali untuk menjalani penggambaran drama semula, pelakon Fasya Sandha mengambil kesempatan untuk menggunakan masa yang anda sepanjang PKP ini untuk menyiapkan bilik anak-anaknya.
Kongsi Fasha melalu sebuah video yang dikongsikannya di Instagram, berkat kerjasamanya dan suami, bilik impian anak dapat direalisasikan mereka berdua sebaiknya. Hasilnya memang membanggakan malah anak-anak amat menyukainya.
Kata Fasha lagi, dia berbangga dapat menyiapkannya semuanya sendiri. Penat tapi berbaloi bila melihat hasilnya dan paling penting anak-anak pun turut sama menyukainya.
“Project PKP 2.0. Alhamdulillah bangga dapat buat sendiri semuanya.
“Penat tapi berbaloi,”kongsinya.
Ads
Kata Fasha, bukan hanya bilik anak-anaknya malah turut menyiapkan sebuah bilik kucing agar kucing-kucingnya lebih selesa.
Cantik dan selesa.
“Dapat siapkan bilik anak-anak dan bilik kucing-kucing. Now masa untuk fokus pada pengambaran drama terbaru.
“Jom siapa yang dirumah tapi takde idea nak buat apa, boleh ikut kami. #iburayfalrayshaaisha #iburayfalraysha,”tulisnya lagi.
Ads
Sememangnya bilik yang disiapkan oleh Fasha dan Aidil itu cukup selesa malah penuh dengan lampu-lampu untuk menerangi bilik anak-anak. Teruja melihat anak perempuan Fasha, Jemyma yang berkongsi penghargaannya buat ibu.
“Thanks you mommy for deco this,” kata Jemyma pada ibunya.
Pastinya satu kebahagiaan bila mana apa yang kita usahakan pada anak dihargai malah disukai anak-anak.
Terdahulu Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019. Kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Aisya Amaira yang kini berusia enam bulan. Melalui perkahwinan terdahunya, Fasha turut dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan ibu sahaja yang kena bersedia dengan ilmu untuk bergelar ‘mama’, papa juga perlu siapkan diri dengan ilmu sebelum lahirnya anak pertama. Alasan utamanya kerana papa adalah idola anak-anak.
Jadi pada suami yang bakal bergelar papa kena siapkan diri. Menurut Dr Taufiq Razif, ilmu keibubapaan sebenarnya teramatlah penting dalam sesebuah rumah tangga. Beliau turut menyenaraikan 7 kesan buruk yang patut suami tahu dan sebaiknya elakkan.
Kesan Buruk Bila Suami Tak Belajar Ilmu Keibubapaan
1. Suami akan kurang EMPATI dalam rumahtangga
– Dengan empati ni la suami boleh rasakan kesusahan membesarkan anak dan keperitan membuat kerja rumah yang tak pernah surut
– Empati ni juga sangat penting bila berhadapan dengan anak anak. Kadang kadang kita duk tengking anak yang mengamuk padahal mungkin anak kita sebenarnya mintak perhatian atau kurang dibelai
– Anak anak tak pandai nak luah apa yang mereka rasa jadi kita sebagai mak ayah la yang perlu ada sifat empati yang kuat supaya kita boleh rasa apa yang anak kita rasakan
2. Suami cenderung gunakan kekerasan & tengkingan
– Cara tercepat nak diamkan anak yang meragam adalah dengan menengking dan membentak anak kita sekuat kuatnya
– Sesiapa yang tak belajar ilmu keibubapaan/parenting akan cenderung gunakan pendekatan tengking tersebut sebab benda ‘instant solution’ pada masalah anak yang suka meragam
– Padahal kesan jangka masa panjang adalah sangat dasyat. Emosi anak akan terganggu, otak dan psikologi anak juga akan terkesan!
3. Suami panas baran
– Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, suami akan cenderung melepaskan emosi di tempat kerja kepada anak anaknya sendiri
– Ramai beranggapan yang anak anak kecil ni mampu serap tekanan dan kegeraman daripada mak ayahnya sendiri padahal anak kecil ni lah makhluk yang paling ‘fragile’ dan lemah ketahanan mindanya!
4. Suami terlupa nak jadi Icon
– Tugas suami bukan sahaja sebagai leader ataupun ketua dalam rumahtangga
– tugas suami juga adalah untuk menjadi icon ataupun idola terbaik untuk anak anaknya
– Suami yang tahu tentang ilmu ni akan sensitif dengan gerak geri dan perkataan mereka pada isteri mereka di rumah kerana mereka tahu anak anaknya sedang memerhati. Ingat, anak anak kita adalah CCTV terhebat di dunia!
5. Suami lupa jaga bonding dengan anak
– Suami yang terlalu sibuk bekerja memang akan cenderung lupa untuk fokus pada anak anak
– Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, para suami takkan sedar tentang benda ni sehingga lah anak anak mereka menjadi pemberontak dan dah jauh terpengaruh dengan kawan kawannya
– Kenapa? Sebab bonding kawan kawan anak kita tu lebih kuat daripada bonding mak ayahnya sendiri dah! Masa tu nak menyesal pun dah tak berguna!
6. Suami cenderung salahkan si ibu
– Memang ibu adalah madrasah pertama si anak. Tu memang tak boleh nafi
– Cuma kita kena tahu dalam satu madrasah, kena ada imam dan warden untuk membantu. Siapa lagi imam dan warden madrasah rumahtangga kalau bukan si suami?
7. Suami terlalu manjakan anak
– Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, kita sendiri pun akan cenderung memberikan semua yang anak kita minta
– Itulah sebenarnya bermulanya kerosakan pada anak kita. Anak yang diberikan semua yang mereka minta akan cenderung untuk tantrum, naik kepala dan tak boleh terima penolakan ( rejection control )
Sumber: Dr. Taufiq Razif
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada yang paling menghibakan bagu seorang ibu apabila anak yang dilahirkan normal tidak lagi lincah. Dulu menjadi penghibur hati mama dan baba, kini Aqil terlantar koma.
Bagai terngiang-ngiang lagi suara si manja kesayangan memanggil mama atau baba. Tetapi tu semua tinggal kenangan. Yang tinggal hanyalah sekujur tubuh kecil terlantar kaku atas tilam sejak 17 bulan lalu.
PENDARAHAN DI KEPALA AKIBAT SAWAN
Kini sudah 15 bulan Muhammad Aqil Zikri Kamal Ariffin berusia 42 bulan ‘tidur’ selepas mengalami pendarahan di kepala kerana diserang sawan pada tahun lalu.
Tempurung kepala Muhammad Aqil terpaksa dibuang selepas menjalani pembedahan membuang darah beku kerana sudah tamat tempoh.
Ibunya, Nurul Azlin Abdul, 35, berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu kini berada dalam keadaan koma dan hanya bergantung kepada susu yang disalurkan melalui tiub ke hidung.
BANYAK MASA DIHABISKAN DI HOSPITAL
Ibu ini turut berkongsi kesedihan semenjak Aqil sakit, masa mereka sekeluarga banyak dihabiskan di hospital hingga mengambil masa yang lama. Balik ke rumah, Aqil menghabiskan masanya di atas tilam.
“Keadaan Muhammad Aqil tidak berubah dan sesekali diserang sawan menyebabkan badannya kemerahan. Hati ibu mana tidak sedih melihat anak yang suatu ketika dahulu lincah tetapi kini menghabiskan masa ‘tidur’ atas tilam.
“Sejak Mac hingga Disember tahun lalu, episod kehidupan kami banyak dihabiskan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selepas dipindahkan dari Hospital Langkawi.
“Hinggalah Februari lalu, Muhammad Aqil dibenarkan pulang tetapi dia bukan lagi seperti kanak-kanak lain. Kepulangan dia kali ini dalam keadaan tidak sedarkan diri serta parut kesan pembedahan di kepala,” kata Azlin.
CORETAN HIBA IBU TULAR
Keadaan Muhammad Aqil menjadi tatapan umum selepas ibunya, Nurul Azlin memuat naik status dalam Facebook dengan coretan yang menghibakan.
Nurul Azlin mencoretkan:
DISERANG SAWAN KETIKA DALAM JAGAAN PENGASUH
Menceritakan kejadian menimpa anaknya itu, Nurul Azlin berkata, Muhammad Aqil diserang sawan ketika dalam jagaan pengasuh tidak jauh dari rumahnya di Kuah, Langkawi.
“Waktu itu, dia berusia 26 bulan dan kami segera mengejarkannya ke hospital dan pemeriksaan mendapati terdapat darah beku dalam kepalanya dan memerlukannya menjalani pembedahan segera.
“Sebaik pembedahan selesai, keadaan Muhammad Aqil tidak berubah walaupun pernafasannya normal.
SUSU PERLU DIBERI SETIAP 4 JAM
Ibu ini turut bercerita tentang rutin harian penjagaan Aqil dan dia meletakkan jawatan semata-mata ingin menjaga permata hatinya itu. Katanya susu khas akan diberikan setiap empat jam sekali. Sesekali mata dibuka.
“Setiap empat jam, kami perlu sediakan susu khas yang dimasukkan melalui saluran tiub. Ada ketika dia membuka mata tapi tidak lama dan kembali pejam. Saya kemudiannya berhenti kerja kerana Muhammad Aqil memerlukan penjagaan rapi,” kata Nurrul.
GANTI TEMPURUNG KEPALA KOS RM10,000
“Saya pernah bertanya kepada doktor untuk menggantikan tempurung kepalanya tapi ia memerlukan kos sebanyak RM10,000 dan juga tiada jaminan dapat diberikan sama ada Muhammad Aqil boleh sedar atau kekal ‘tidur’.
“Jadi, kami mengambil keputusan untuk tidak meneruskan niat itu, memandangkan tidak sampai melihat keadaannya jika kerap dibedah.
“Kami tidak mengharapkan apa-apa, cuma meminta rakyat Malaysia mendoakan Muhammad Aqil supaya sembuh seperti sebelum ini,” katanya.
“Jangan simpan patung, nanti malaikat tak masuk rumah engkau.”Seringkali kita dengar orang selalu berkata begini, bukan? Barangkali, situasi ini pernah kita hadapi sendiri. Tambahan pula, mereka yang ada anak kecil dan memerlukan permainan untuk merangsang perkembangan anak-anak.
Lazimnya, patung menjadi pilihan ibu bapa dan ada yang kata, ia dibolehkan kerana dianggap permainan semata-mata. Benarkah? Selain itu, ada juga yang gemar menyimpan patung sebagai hiasan. Bagaimana pula dari segi hukumnya?
Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Imam al-Nawawi pula berkata: “Menurut para ulama, antara sebab yang menghalang malaikat daripada masuk ke dalam rumah adalah kerana terdapat gambar (makhluk bernyawa).
Kenapa bahaya jika kita hanya menyimpan anak patung jika tidak dijadikan permainan? Ikuti perkongsian pengalaman daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Anak atau adik kau orang ada banyak anak patung atau binatang mainan tak di rumah? Kalau ada, baca cerita ni, supaya tak kena “gangguan” macam aku kena.
Suatu malam, dalam jam 2 pagi, tekak aku haus bukan main. Jadi aku pun turun ke dapur. Masa aku nak teguk air, aku terdengar bunyi macam ada orang hempaskan punggung atas sofa di ruang tamu. Terus terbantut aku nak minum. Aku letak gelas dan pergi tinjau ruang tamu.
Ruang tamu gelap. Nak buka lampu ruang tamu, malas. Suisnya di belah depan. Jadi harapkan remang cahaya dari lampu dapur sahaja. Nampak tiada sesiapa di sana. Maka, aku pun ke dapur semula untuk minum. Masa aku teguk air, tiba-tiba terdengar budak kecil gelak di ruang tamu.
“Auni?” aku panggil nama anak aku sambil melangkah ke ruang tamu. Tak nampak ada sesiapa di sana, tapi kali ni aku tak mudah puas hati. Manalah tahu anak aku main sorok-sorok. Aku jalan merentasi ruang tamu yang gelap tu untuk ke suis lampu. Klik!
Cahaya menerangi ruang tamu. Silau, jadi aku kerutkan dahi dan sepetkan mata. Dalam Terkebil-kebil tu aku periksalah belakang sofa, sebalik kabinet TV. Sebalik langsir. PEH! Berhenti jantung aku sedetik bila nampak apa ada belakang langsir!
Boleh pula ada anak aku punya ular mainan belakang langsir ni. Dah la aku fobia dengan ular. Hish! buat terkejut je! Ni mesti kerja anak aku yang berumur 3 tahun tu. Geram punya pasal, aku sepak ular plastik tu sampai terpelanting ia ke tepi kabinet TV.
Lepas tu aku sambung tinjau-tinjau lagi. Tak ada apa-apa yang mencurigakan. Jadi aku tutup semula lampu ruang tamu dan jalan naik balik ke bilik. Masa naik tangga, aku dengar lagi suara budak gelak di ruang tamu.
Bila aku toleh ke belakang dan nampak apa yang ada di bawah, jantung aku aku macam nak meletup! Kaki aku lemah, tapi aku kuatkan juga semangat dan lari naik ke atas. Aku masuk bilik, tengok anak bini aku ada atas katil. Habis, siapa letak benda alah tu di situ?
Ke aku salah tengok? Khayalan aku je agaknya. Sebab tak puas hati, aku pergi balik tangga untuk periksa! Ternyata benda tu ada di situ. Meremang bulu roma aku. Aku ambil gambar untuk sahkan bukan mata aku yang salah. (gambar di bawah)
Aku beli benda alah bouncy hopper ni untuk anak aku, sebab katanya ia bagus untuk train vestibular function budak kecil. Kira penting untuk latih keseimbangan dia orang. Lagi pun anak aku memang suka sangat pada binatang.
Masa aku kata aku bawa balik mainan, anak aku teruja sangat, tapi bila aku keluarkan kuda ni dari kotak, dia terus menangis ketakutan. Tak sangka pula dia akan takut macam tu sekali. Mungkin sebab warna kuda ni merah. Selalu dalam buku, kuda kan warna coklat atau putih.
Oleh kerana anak aku tak suka, kuda ni aku letak di tepi kabinet TV. Aku letak dekat anak aku selalu main di kawasan depan TV tu. Mana tahu satu hari dia hilang rasa takut dan nak cuba tunggang, senang dia nak ambil.
Malangnya lepas seminggu, dia masih tak sentuh pun kuda yang aku beli untuk dia tu. Kuda tu jadi tukun je di sebelah TV. Jadi macam barang perhiasan. Di mana aku letak benda tu sebelum ni, kat situlah benda tu lepas seminggu. Tak berganjak langsung.
Malah, masa aku sepak ular plastik anak aku ke tepi kabinet TV, aku perasan kuda tu masih di situ. Sekarang, macam mana boleh ada di depan tangga pula? Siapa alihkan? Mana ada orang di tingkat bawah.
Itu insiden pertama. Selepas itu, ada lagi benda aneh berlaku. Kali ini lebih menakutkan. Aku tengah tidur. Telefon aku bergetar bertalu-talu, lantas buat aku terjaga. Masa toleh ke sisi untuk capai telefon aku dari atas meja lampu tidur, aku tersentak.
Kuda merah tu atas meja lampu tidur. Mukanya betul-betul menghadap muka aku, dan disinari lampu skrin telefon aku yang berada di atas lantai. Mata dia yang terjegil tu buat aku tak boleh tidur aku sampai pagi. Aku tak rasa anak aku yang letak situ. Dia pun takut dengan kuda tu.
Esoknya, aku humban kuda tu dalam stor bawah tangga. Kunci. Setelah itu, tiada gangguan yang ketara. Cuma aku masih rasa tak selesa bila berada di rumah. Rasa serba tak kena. Jadi, suatu hari tu, aku beritahu kawan aku. Dia beri nasihat, yang berjaya selesaikan masalah aku.
“Kamarul, apa-apa patung, jangan sesekali kita simpan jika kita tak guna dia sebagai permainan. Jangan letak patung di tempat tinggi. Jangan simpan dalam kotak atau almari berkaca. Jika tidak, kita dianggap puja patung tu, dan patung yang dipuja akan dihuni makhluk halus.”
“Jangan muliakannya. Biar ia kotor. Biar dia ada cela. Kalau tak mahu main, sedekahnya kepada yang nak main. Lagipun itulah tujuan ia dicipta, untuk dimain” “Oh ya! Jangan sesekali kita takut pada mainan. Nanti syaitan akan ambil kesempatan untuk memesongkan dan melemahkan iman kita.”
Balik rumah aku keluarkan kuda merah tu aku dari stor dan belasah dia cukup-cukup. Aku ajak anak aku main sepak-sepak kuda tu. Lepas tu aku ambil marker, suruh anak aku conteng. Anak aku jadi seronok pula. Patung-patung mainan yang tak anak aku dah tak main, aku sedekahkan.
Semenjak tu, rumah aku tenteram. Tak ada lagi gangguan. Kuda merah tu masih ada dalam rumah aku. Cuma dah comot, hitam-hitam, dan muka dan badannya ada conteng-conteng. Anak aku pun dah tak takut dengan kuda tu. Dah jadi bahan belasahan dia.
Jadi, pesanlah pada semua—Mainan adalah untuk dimain, jangan simpan sebagai perhiasan.
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.