Tugas seorang ibu yang berkerjaya memang tak mudah, tambah pula bila sekolah ditutup kerana pandemik yang semakin menular dalam negara. Ibu dan ayahlah yang kena jadi guru di rumah selain perlu menguruskan hal rumah tangga yang lain dan dalam masa yang sama perlu juga bekerja.
Hal tersebut turut dirasai oleh pelakon, Fasha Sandha yang berkongsi rutin hidupnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pengerakan Bersyarat (PKPB) yang mana anak-anaknya tak dapat ke sekolah kerana ditutup.
Menurut Fasha, dengan jadual harian yang padat menyukarkan dirinya untuk menguruskan hal persekolahan anak-anak.
Tambah pula perlu menjadi cikgu untuk anak-anak di rumah sepanjang sekolah di tutup.
Dalam perkongsiannya itu, Fasha memuat naik beberapa keping gambar dan juga video aktiviti harian yang dijalankan sepanjang hari.
Ads
“Kisah hari ni…Dah macam lipas kudung ibu, dari subuh pagi sampai tengah hari.
“Covid-19 please go away! Anak-anak aku nak pi sekolah weiiii. Penat tauu jadi cikgu kat rumah,” kongsinya di Instagram.
Terdahulu Fasha yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan yang dahulu.
Selepas itu, Fasha selamat melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Aidil Aziz pada Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Aisha Amaira pada Ogos yang lalu.
Tak dinafikan bila sekolah tutup memang jadi tugas ibu bapa kat rumah mengajar anak-anak. Sama-sama kita doakan agar penularan virus Covid-19 ini berakhir tidak lama lagi. Ikut SOP yang ditetapkan dan hanya keluar bila perlu. Itu semua demi masa depan anak-anak dan kehidupan normal seperti dahulu kembali.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bab nak mengutip barang-barang kecil di rumah biasanya ibu akan ambil peranan. Bukan apa, risau jika ada anak kecil, silap haribulan anak akan masuk dalam mulut dan mungkin boleh jadi perkara luar jangkaan pula.
Lagi satu, bila diberitahu pada suami atau anak-anak simpan di tempat tinggi dan selamat, kadang tetap juga tercicir di merata tempat. Jadi nak mengelakkan ibu asyik membebel benda yang sama dan secara tak langsung boleh disiplinkan ahli keluarga, idea dikongsikan oleh Puan Khulailah Musa ini bagus.
Menurutnya, cara penyimpanan ni, sangat membantu menyelamatkan dari asyik membebel. Bila dah praktik macam ni, hati pun rasa tenang.
Antara kelebihannya:
#senang nak cari #tak berhabuk # jika terjumpa dalam bilik anak / ruang tamu, kutip semua masuk bekas transit, dan throw balik dalam drawer masing. setiap benda ada rumah #senang nak check stok apa yang tak ada, seperti gam, ubat gigi, bateri #mengurangkan pertanyaan ayahnya dan anak-anak kat mana barang..Benda-benda kecil ni penat nak menjawab kat mana letaknya.. # latih suami dan anak-anak ambil sendiri dan letak balik selepas guna. #tahu apa yang hilang/ atau bila ada orang guna..Seperti sepit kuku, gunting
Senarai barang setakat ni:-
1. Kad waranti
2. Rekod perubatan
3. Bateri
4. Jam tangan
5. Stok alat tulis [pen, pensil, klip, pembaris, pemadam, sharpener]
-dulu letak dalam bilik study anak-anak tapi selalu anak-anak ambil guna ikut suka.
6. Gam/gunting, nota pelekat
7. Selotape pelbagai jenis
8. Cermin mata
9. Stok ubat minum
10. Stok ubat luaran
11.Resit harian [bila tukar handbag, campak je dalam ni, nanti hujung bulan baru masuk rekod]
12. Barang Suami [transit barang-barang suami yang dijumpai, nanti dia tahu nak ambil mana seperti, resit company, kunci pejabat & lain-lain]
13. Stok toiletries – sabun buku, ubat gigi, berus gigi,
14. Pin tudung
15. Elektronik – wayar charger, earphone, telefon, mouse.
16. SPECIAL – ubat ezcema anak
KENAPA SAYA banyak guna stackable drawers:
1. Boleh pindahkan ikut ruang yang kita ada dan boleh ubah kedudukan drawer.
Boleh pindahkan masuk bilik anak, atau letak kat ruang laundry. Saya juga guna stackable drawer dalam kabinet baju untuk simpan INNER SKAF, underware, stokin tangan, stokin, bra.
2. Bila nak pindah rumah, boleh angkat macam tu sahaja. Tak perlu kalut cari barang. Hanya perlu selotape drawer supaya tak terkeluar.
Owh, harga dia mungkin mahal sikit tapi berbaloi. (Boleh beli di shopee . Search “stackable drawers”)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Otak anak lelaki ini berbeza dengan anak perempuan. Daya tumpuan mereka berbeza. Perempuan biasanya lebih rajin dan lebih fokus ketika belajar berbanding lelaki.
Tidak perlu risau kalau kita lihat anak orang lain sudah dahulu boleh membaca Quran dan membaca dengan baik. Lebih lagi kalau anak kita anak lelaki.
Berikut perkongsian Penulis Dakwah & Pendidikan Anak-Anak, Puan Nazifatunnisa Salim
Terus terang Salahuddin agak lambat boleh membaca dan mengaji Quran berbanding Sumayyah. Mereka berbeza umur 2 tahun tetapi tahap membaca dan mengaji Quran mereka sama.
Yang saya perasan ada beza bila diberikan permainan blok, Salahuddin boleh mencipta apa sahaja yang dia fikirkan di usianya berbanding Sumayyah yang perlu dibantu walaupun hanya membina rumah.
Ini rekod yang saya buat sendiri mengenai perbezaan anak lelaki dan anak perempuan:
1. Kalau belajar, anak perempuan boleh menyelesaikan tugas tanpa dipantau. Tetapi anak lelaki biasanya perlu dibantu dan dipantau. Anak lelaki banyak alasan. Kadang-kadang dia tahu tetapi dia suka bertanya.
2. Anak lelaki banyak imaginasi. Kalau kita minta melukis, lukisan anak lelaki biasanya lebih berimaginasi berbanding anak perempuan.
3. Pertanyaan anak lelaki lebih inovasi berbanding anak perempuan. Kadang jenuh juga kita mahu jawab. Sampai satu tahap ummi terpaksa minta waktu untuk cari jawapan.
4. Anak lelaki kalau marah dia akan lepaskan terus. Anak perempuan merajuk dulu. Itu sifat biasalah bagi lelaki dan perempuan. Tapi sebagai ibu bapa, sangat penting untuk kita mengajar mereka mengurus rasa marah dengan baik. Caranya berbeza antara lelaki dan perempuan.
Rekod ini tidaklah semestinya sama dengan orang lain. Jangan terlalu risau kalau anak kita berbeza pencapaiannya dengan anak orang lain. Tidak perlu terus terjun kepada konklusi bahawa anak kita ‘lambat’ tangkap pelajaran.
Sebenarnya bukan anak kita lambat, tapi cara pembelajaran dan fokus mereka berbeza. Setiap manusia itu Allah ciptakan bijak dan pandai, ada kelebihan sendiri.
Yang lebih penting adalah usaha kita mendidik dan menyediakan pendidikan terbaik untuk anak-anak. Pelajari lagi teknik mendidik yang betul. Nikmati setiap masa kita mendidik anak. Tidak mengapa lambat, yang penting hasilnya berkualiti.
Beritahulah hakikat ini pada pasangan kita, adik-beradik kita atau kawan-kawan kita yang tengah pening kenapa anak begitu dan tidak begini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wabak coronavirus yang melanda sering dikaitkan dengan masalah pernafasan. Mana tidaknya, simptom yang diuar-uarkan seperti batuk dan sesak nafas memang tertumpu kepada masalah organ paru-paru. Itu merupakan kaedah utama penyebaran virus novel korona.
Di saat orang ramai sibuk menutup mulut, membeli topeng untuk melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus, kajian terbaru telah mengesahkan bahawa wabak coronavirus baharu boleh tersebar melalui laluan fecal-oral.
Walaupun cara penyebaran melalui sisa perkumuhan ini merupakan maklumat baharu yang telah disahkan oleh kajian sains, tapi saintis tidak terkejut. Ini berikutan virus novel korona (COVID-19) ini sering dikaitkan dengan virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV).
Persamaan di antara kedua-dua virus ini dipersetujui oleh kebanyakan ahli akademik sehinggakan ia pernah digelar sebagai SARS-CoV-2.
Suatu ketika dahulu, kajian menunjukkan bahawa SARS-CoV boleh tersebar melalui sisa air kencing pesakit. Sampel virus tersebut juga jelas terzahir pada sampel najis menunjukkan SARS-CoV bukan hanya tersebar melalui batuk atau bersin.
Perkara ini, walaupun tidak mempunyai implikasi yang agak dahsyat kepada orang awam, tapi boleh membahayakan golongan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merawat pesakit. Tanpa memakai alat perlindungan diri, mereka mudah untuk dijangkiti oleh sampel sisa perkumuhan pesakit walaupun ia jarang berlaku.
10 peratus daripada jumlah pesakit yang disoal selidik di Hospital Wuhan (14 daripada 138 orang pesakit) mengalami simptom gastrousus seperti cirit-birit, loya dan muntah sebelum menunjukkan simptom pernafasan.
Tanpa mengetahui tentang peranan virus novel korona terhadap sistem gastrousus, simptom sebegitu pastinya dirawat sebagai masalah keracunan makanan walhal daripada sejarah pesakit, ia jelas menunjukkan risiko jangkitan wabak coronavirus.
Pesakit pertama yang didiagnosis di Amerika Syarikat turut mengalami simptom cirit-birit, 2 hari sebelum demam dan sesak nafas berlaku. Ia bukanlah simptom utama namun wajar diambil kira.
Mereka yang mengalami cirit-birit dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang positif wabak coronavirus atau baru pulang dari Wuhan perlu disiasat dengan lebih lanjut.
Titisan udara masih cara utama wabak coronavirus tersebar wabak coronavirus, virus novel
Walaupun kajian soal selidik di China tersebut menunjukkan cara penyebaran terbaharu virus novel korona, namun cara utama masih melalui titisan udara.
Mereka yang mengalami simptom selesema perlu memakai topeng muka bagi mengelakkan virus tersebut daripada tersebar.
Topeng tersebut hanya betul-betul berkesan bagi menghindarkan penyebaran virus. Ia tidak berapa berkesan dalam menghindarkan anda daripada dijangkiti virus.
Jadi, bagaimana cara untuk anda melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan amalan cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air.
Ia ternyata berkesan dalam membasmi virus novel korona tersebut melalui pelbagai kajian. Pernah juga tular di Facebook berkenaan dengan eksperimen ringkas menunjukkan perbezaan di antara penggunaan air dan sabun serta hand sanitizer terhadap penjagaan roti daripada kulat.
Air dan sabun bukan sahaja berupaya untuk membasmi majoriti mikroorganisma, tapi ia juga boleh digunakan pada tangan yang kotor. Hand sanitizer cuma boleh digunakan pada situasi di mana tidak terdapat air dan sabun.
Kepekatan alkoholnya mestilah berada pada paras 60% dan ke atas, jika tangan anda kotor, basuh tangan anda menggunakan air terlebih dahulu. Melalui langkah pencegahan ini, wabak coronavirus baharu boleh dikawal dengan baik.
Individu yang kerap bersin dan batuk juga perlu mengamalkan teknik/ etika yang betul. Bagi virus yang disebarkan melalui titisan udara, berdiri pada jarak 2 meter daripada individu lain mampu menghindarkan penyebaran virus.
Tutup mulut anda menggunakan tisu dan buang tisu tersebut selepas digunakan.
Tempoh jangka hayat virus di dalam sisa perkumuhan wabak coronavirus
Walaupun kajian yang dijalankan di Jerman menunjukkan bahawa virus korona novel boleh hidup di luar badan manusia dalam tempoh 9 hari, namun ia berbeza mengikut permukaan objek.
Kajian tersebut menggunakan tombol pintu dan barangan lain namun tidak mengambil kira sampel najis yang mempunyai kadar lembapan yang agak tinggi. Semakin tinggi kadar lembapan, semakin panjanglah jangka hayat virus tersebut di dalam sampel yang tercemar.
Buangan sisa klinikal selepas melakukan ujian makmal atau kajian perlu dilakukan dengan betul. Jika tidak, mereka yang menguruskan sisa klinikal tersebut berisiko untuk mendapat wabak coronavirus baharu kelak.
Masih tiada lagi maklumat lengkap berkenaan dengan jangka hayat COVID-19 di luar badan. Virus SARS-CoV hanya boleh bertahan selama 24 jam di luar badan manusia, namun pada sampel najis, jangka hayatnya meningkat 4 kali ganda kepada 4 hari.
Jika virus novel korona mempunyai sifat yang sama, ini bermakna, ia berupaya untuk terus menjangkiti individu lain dalam tempoh masa melebihi sebulan.
Penyebaran melalui najis merupakan cabaran baharu dalam membendung wabak coronavirus yang melanda terutamanya di kawasan hospital.
Maklumat berkenaan dengan cara penyebaran baharu virus ini menunjukkan bahawa kita perlu memberikan tumpuan kepada simptom gastrousus juga. Walau bagaimanapun simptom pernafasan seperti batuk dan sesak nafas tetap menjadi gejala utama dalam mendiagnosis pesakit.
Jika seseorang itu mengalami muntah, loya dan cirit-birit, nasihatkan mereka untuk berjumpa dengan doktor. Perkara ini terutamanya jika mereka pernah berhubung dengan pesakit wabak coronavirus.