
Dalam kehidupan rumah tangga, sokongan dan kata-kata penghargaan daripada pasangan boleh menjadi ubat yang paling mujarab.
Seorang isteri yang seharian menguruskan anak-anak kecil di rumah pastinya melalui cabaran yang tidak sedikit letih, penat, dan kadangkala diuji dengan emosi yang turun naik.
Menarik dengan perkongsian ini, seorang suami menunjukkan bagaimana kata-kata sederhana tetapi penuh makna mampu menjadi penguat semangat buat isterinya. Kisah yang sungguh inspirasi.
Saya suka bagaimana suami memotivasikan isterinya untuk sentiasa positif dengan anak kecil 3 ketul di rumah ni 24 jam.
Setiap kali dia balik, dia akan tanya,
“siapa yang paling banyak bagi pahala harini dekat sayang?”
Semestinya yang no dua. Selalunya suami sampai rumah, anak anak semua dah siap mengaji dan tidur. Depa pun dah lali lena bawah ketiak umminya.
Sabar sabar..
Setiap hari suami tanya, dia juga akan ucapkan terima kasih sudi jaga didik anak dia.Nampak simple je perkataan tu..
Tapi, memang berjaya buatkan keletihan sehari hilang seolah olah tak jadi apa apa.
Dan kerana kata kata penghargaan tu lah, sememangnya kepulangan suami dinanti dengan tak sabar. Seumpama menunggu painkiller untuk killkan semua keresahan sepanjang hari..
.
Setiap pahala sabar hitungannya besar. Kadang, rasa macam pahala tak cukup, gagah jugak menulis dan buat bacaan fatwa fatwa semasa sebagai pelepas Fardu Kifayah.
Ilmu ni pinjaman yang akan Allah tanya juga. Dia takkan bagi mudah mudah ja tanpa disoal, kan?
Susah sebenarnya nak didik hati sendiri supaya boleh behave. Sebab, kita takkan mampu jadi ‘mak yang baik’ sentiasa..
Ada masa kita kalah dengan emosi. Ada masa kita cuai, ada masa kita gagal.
Kadang, pandang anak, rasa macam tak cukup bagi perhatian pun ada sebab tak 24 jam pandang dan fokus ke depa.
Semoga semua jalan jalan pahala ni, dapatlah kambus dosa dosa yang tak terperasan dan yang terperasan.
Sebab, sehabis mana pun kita usaha, kita tetap akan cuai sebagai manusia🥲.
Kita ni tak banyak pahala. Dosa pulak banyak.. moga moga ujian dan latihan yang Allah bagi sikit sikit ni, itulah ladang pahala yang besar.
Sumber: Zirwah Al Idrus