Ads

Penatnya Jaga Anak Lelaki, Tapi Ni Kelebihan Yang Ramai Tak Nampak!

Rezeki kita hari ini berbeza-beza. Ada orang direzikan untuk punya anak perempuan, ada pula yang hanya mempunyai anak lelaki.

Bagi yang dikurniakan anak lelaki berderet, ibu usah khuatir kerana sama seperti anak perempuan, anak lelaki juga menjadi peneman setia ibu dan ayah kelak.

Ramai orang suka komplen jaga anak lelaki penat, tak duduk diam, asyik lari sana sini. Belum kira lagi perangai suka bergusti, panjat sana, lompat sini.

Penatnya Jaga Anak Lelaki, Tapi Ni Kelebihan Yang Ramai Tak Nampak!

Bunyi bising dia pun kadang buat jiran jeling. Tapi persoalannya, salah ke bila anak lelaki aktif? Atau kita yang terlalu suka banding dengan anak perempuan yang lebih diam dan sopan?

Hakikatnya, biarlah mereka main lumpur, biarlah baju kotor. Itu semua proses membina diri. Satu hari nanti, tenaga yang sama inilah akan jadi modal kejayaan mereka.

Ads

Penatnya Jaga Anak Lelaki, Tapi Ni Kelebihan Yang Ramai Tak Nampak!

Kelebihan anak lelaki yang ramai orang tak nampak:

1. Mereka lahir dengan emosi yang kuat, cuma perlukan bimbingan
Ramai orang selalu menyangka anak lelaki kurang beremosi atau lebih “keras hati” berbanding anak perempuan. Hakikatnya, anak lelaki lahir dengan emosi yang sangat mendalam. Mereka sebenarnya mudah tersentuh, cepat terasa dan ada naluri penyayang yang tinggi. Cuma, cara mereka menzahirkan perasaan kadang kala berbeza.

2. Pelukan dan ciuman dari ibu ayah buat jiwa mereka lebih stabil
Jangan takut untuk memeluk dan mencium anak lelaki walaupun mereka semakin membesar. Kasih sayang yang ditunjukkan secara fizikal memberi kesan mendalam pada perkembangan emosi mereka. Pelukan dan ciuman dari ibu ayah sebenarnya memberi rasa selamat, menenangkan hati serta membina keyakinan diri.

Ads

3. Bila dibesarkan dengan kasih sayang, anak lelaki jadi individu penyayang dan penyokong keluarga
Persekitaran membentuk siapa mereka kelak. Anak lelaki yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang biasanya membesar menjadi lelaki yang lembut hatinya, menghargai wanita, dan menghormati orang tua.

4. Mereka pembawa harapan keluarga, dari dalam kandungan lagi sudah jadi doa utama ibu ayah
Sejak dalam kandungan, anak lelaki sering menjadi harapan besar dalam sesebuah keluarga. Bukan kerana mahu meletakkan beban, tetapi kerana ibu ayah sering berdoa agar anak ini menjadi pelindung, pewaris keluarga, dan sumber kekuatan pada masa depan.

Penatnya Jaga Anak Lelaki, Tapi Ni Kelebihan Yang Ramai Tak Nampak!

Orang selalu kata anak lelaki tak reti duduk diam. Baguslah. Lebih baik aktif daripada pasif. Jangan paksa mereka diam seribu bahasa, nanti sampai raket badminton pun tak reti genggam.

Ads

Yang kita perlu buat hanyalah bimbing. Jangan pukul, jangan maki. Anak lelaki sedang membentuk identiti. Kalau salah laku, betulkan dengan sabar. Kalau mereka terlalu bising, alihkan dengan aktiviti bermanfaat.

Satu hari nanti, anak lelaki inilah yang akan:
• Jadi imam solat lima waktu kita.
• Jadi pelindung untuk ibu dan adik-beradik.
• Jadi menantu orang yang kita banggakan.
• Bahkan, bila kita sudah tiada, mereka yang akan mengimamkan solat jenazah kita.

Jangan anggap anak lelaki beban walaupun mereka lebih lasak dijaga berbanding anak perempuan. Lasak mereka hari ini adalah latihan hidup untuk esok.

Ciumlah mereka, ucapkan sayang berulang kali. Biar anak lelaki tahu dia dihargai. Kerana anak lelaki yang dibesarkan dengan kasih sayang akan jadi saham akhirat untuk ibu ayahnya.

Sumber: Brainy Bunch

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Makanan Sebelum Bersalin, Penting Untuk Tenaga & Elak Keletihan

Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.