Bayi menangis tengah malam tanpa tahu apa sebabnya sangat sukar difahami lagi-lagi untuk ibu bapa baru yang masih tiada pengalaman.
Bukan itu sahaja, tidur malam pun akan terganggu sehingga ibu bapa pula yang rasa risau dan stres menghadapi situasi ini. Dah bagi susu, tukar lampin, sapu minyak angin pun tetap sama keadaannya.
Periksa suhu anak normal tapi apa lagi perlu buat? Mungkin ada sesuatu yang menjadi penyebab tetapi ibu bapa kurang arif mengenainya.
Ramai bertanya saya balik macam mana cara mudah ayat untuk penawar bayi nangis malam. Bayi kembung perut, susah tidur malam, kerap mimpi tidak elok, kerap gelisah tanpa sebab, kerap sakit kepala…Boleh amalkan cara di bawah.
Ads
Cara ini jika di amalkan juga dapat mengelakkan gangguan makhluk halus.
Ambil air suam segelas kemudian ambil secubit garam letakkan di dalam air suam tersebut Baca Al Fatihah 1x. Selawat Syifa 3x
Al ikhlas 3x Kemudian baca “Laa Haula Walaa Quwwata illa Billaah”
Ads
Selesai baca di atas lalu minum air tersebut.
– Baik amalkan minum air tersebut sebelum nak tidur…Jika bayi demam berbalik-balik dan nangis malam, selesai baca di atas sapukan air suam tersebut di seluruh badan, terutama sapu di muka bayi dan belakang bayi, izin Allah inshaaAllah bayi anda akan berhenti tangisannya, jika demam izin Allah akan kebah demamnya.
Ads
– Manakala jika kita ada gangguan dalam badan, jika selesai minum air tersebut, jika gangguan ada dalam badan, kita akan sendawa selepas minum, kita akan rasa loya nak muntah, perut kembung tak selesa, tengkuk belakang belikat rasa lenguh dan berat.
– Jika di amalkan berterusan setiap hari buat dengan yakin, inshaaAllah izin Allah gangguan di dalam badan kita akan sembuh. Jika tak sembuh cari la perawat Islam berhampiran anda inshaaAllah mereka akan membantu anda.
– Ibu yang sedang hamil elok amalkan juga minum setiap kali sebelum tidur.
Moga cara mudah ini bermanfaat untuk kalian semua ishaaAllah Aamiin…
Rumah ada anak kecil, jika tertumpah air atau sisa makanan itu biasa. Tambah lagi bila anak dah mula pandai makan sendiri. Kadang pagi dah mop, beberapa jam kemudian, lantai dah melekit. Nak atau tak, ibu terpaksa mengemop beberapa kali bagi pastikan permukaan lantai bersih.
Bukan cerewet tetapi nak pastikan kebersihan untuk seisi keluarga. Jika anak dalam fasa mengutip lagilah kena lebih berhati-hati. Risau makanan yang terjatuh itu anak akan kutip dan makan.
Bukan itu saja, kadang karpet, sofa atau kusyen juga tak lepas dari kekotoran sisa makanan tumpah. Jika warna gelap mungkin tak nampak sangat, tapi sekiranya warna putih atau warna cerah, sakit juga mata melihatnya.
Jadi bagi membantu ibu membersihkan kekotoran tersebut, cuba buat cara yang dikongsikan oleh Norddin Ilias.
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000! Jom, daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dato’ Mohamad Fadzilah Kamsah (DMFK) kata, kita ibu ayah kena selalu sebut perkara yang baik-baik kat anak. Walau anak tengah buat perangai, walau anak ada buat kita rasa nak marah sangat-sangat.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Ezzaty Suffian mengenai apa yang kita cakap itu akan mencorakkan diri anak bila mereka besar nanti memang betul.
Cakap yang baik-baik itu doa buat untuk anak.
Fakta sains pulak cerita, setiap apa yang kita sebut pada telinga anak, akan sampai kepada otak dia. Setiap ayat sama yang kita ulang dan ulang banyak kali itulah yang akan disimpan dalam minda bawah sedar anak (subconcious mind).
Dan ianya akan menjadi KEKAL hingga dewasa.
Penting sangat kita jaga subconcious mind anak sebab fungsi minda separa sedar ini adalah untuk : pegang apa yang anak percaya (store their beliefs), simpan memori dan pengalaman hidup.
Nak tahu siapa anak kita pada usia 18 tahun nanti? Kena tengok apa yang kita percaya dan selalu sebut kat anak pada masa sekarang.
Kalau kita selalu sebut : bagus fayyadh, fayyadh boleh buat, fayyadh anak yang hebat, fayyadh anak yang pandai, fayyadh anak yang sabar, fayyadh anak yang suka dengar nasihat ummi, fayyadh anak yang berdikari.
InShaaAllah itulah yang akan fayyadh jadi 18 tahun lagi.
Kata-kata yang baik ini kita namakan dia sebagai affirmation. Perlu diulang cakap setiap hari supaya dia dapat masuk dan melekat terus dalam minda bawah sedar anak. Yang boleh buatkan otak anak percaya itulah dirinya dan finally akan membuahkan kenyataan.
Kenapa? Sebabnya, minda anak kita tengah kosong waktu ini (dari usia baru lahir hingga 6 tahun). So, yang hubungkan sel-sel otak anak adalah segala experience (pengalaman) yang dia lalui setiap hari.
Experience tu termasuklah apa yang dia nampak, dengar, sentuh, bau, rasa. So, apa yang dia dengar itulah mostly apa yang keluar dari mulut kita ibu ayah dia kan?
Tambah lagi 1 fakta : otak anak pada usia 2 tahun hingga 6 tahun berada pada gelombang theta dan alpha. Gelombang otak yang tenang tapi sangatttt tajam.
2 gelombang ini adalah gelombang power yang buatkan anak kita bersedia untuk belajar macam-macam. Whatever yang kita cakap, nasihat, marah dan sebut pada anak, diorang akan terimanya sebagai 1 pelajaran baru dan betul (walaupun kita cakap/ajar benda yang salah). Dan maklumat itu akan terus dihantar ke subconcious mind anak.
Memang betul. Kita yang corakkan kepercayaan dan keperibadian anak-anak. Jati diri anak-anak pun ya. Kita yang bertanggungjawab sepenuhnya.
Nak atau tak, kita perlu selalu cuba untuk maintain positif, perlu buat latihan cakap perkara yang baik-baik kat anak, perlu selalu rasional dan jaga kata-kata yang keluar dari mulut kita supaya tak melampaui batas.
Bayi menendang dalam perut sememangnya satu pengalaman yang cukup indah bagi semua ibu hamil. Momen ini biasanya dapat dirasai ketika ibu hamil pada kandungan usia 18 hingga 20 minggu.
Rasa tendangan bayi dalam perut memang menenangkan. Tapi penting untuk faham dulu pergerakan bayi ada corak, ada waktu bayi tidur, dan ada faktor yang buat kita rasa kurang jelas (contohnya plasenta di hadapan, ibu sibuk bergerak, atau umur kandungan masih awal).
Kebanyakan ibu mula perasan gerakan antara sekitar minggu 16 hingga 24 . Pada fasa awal ini, bayi menendang mungkin terasa seperti getaran halus atau gelembung kecil.
Pergerakan lebih konsisten biasanya lebih jelas bila masuk trimester ketiga, dan pemantauan pergerakan (kick count) biasanya lebih bermakna selepas sekitar 28 minggu. Ketika ini, corak bayi menendang lebih mudah dikenalpasti kerana saiz bayi semakin membesar dan ruang dalam rahim semakin terhad.
Ini antara cara paling “tinggi hasil” sebab bila ibu berhenti bergerak dan fokus, ibu lebih mudah perasan gerakan halus. Banyak panduan klinikal juga menyarankan posisi rehat mengiring ketika memantau gerakan.
Pilih waktu yang sama setiap hari, biasanya selepas makan malam atau waktu malam bila ibu lebih tenang. Dalam keadaan rehat, ibu lebih peka terhadap tendangan dalam perut walaupun gerakan itu kecil.
Kadang-kadang bayi hanya “ubah posisi” bila ruang dan tekanan berubah. Cuba duduk bersandar, kemudian mengiring ke kiri atau bangun perlahan, berjalan tiga hingga lima minit, kemudian rehat semula.
Perubahan posisi ini boleh membantu ibu lebih menyedari sensasi bayi menendang tanpa perlu melakukan pergerakan yang terlalu agresif.
Ramai ibu perasan bayi lebih aktif selepas makan. Dari sudut fisiologi, perubahan glukosa ibu sekitar waktu makan memang dikaji, tetapi hubungan “makan manis untuk bagi bayi bergerak” tidak semestinya konsisten.
Contohnya, satu kajian intervensi glukosa mendapati pemberian glukosa tidak meningkatkan bilangan pergerakan yang direkodkan berbanding kawalan. Ini bermaksud, minum atau makan manis bukan kaedah yang boleh diharap untuk memaksa bayi bergerak.
Ada juga kajian yang menilai kaitan gerakan bayi dengan glukosa ibu sekitar waktu makan, menunjukkan topik ini kompleks dan masih tiada konsensus yang mudah.
Saranan selamat, pilih snek seimbang (contoh biskut gandum dengan susu, buah dengan yogurt) daripada cuba “gula pekat”. Pendekatan ini lebih selamat sambil ibu memerhati sama ada bayi menendang menjadi lebih jelas.
Sentuhan lembut kadang-kadang membantu ibu lebih “connect” dan perasan gerakan bayi. Buat perlahan, elak tekan kuat. Walaupun tidak semua bayi memberi respons segera, ada ibu yang merasakan bayi menendang dalam perut selepas dirangsang dengan sentuhan lembut.
Dari sudut kajian, bukti tentang muzik semasa hamil terhadap bilangan pergerakan bayi adalah bercampur.
Satu ulasan sistematik dan meta-analisis RCT melaporkan intervensi muzik pranatal tidak mengubah bilangan pergerakan fetus (walaupun protokol kajian sangat berbeza-beza).
Ada juga ulasan lain yang melaporkan potensi manfaat muzik pada beberapa parameter ibu dan fetus, tetapi dapatan antara kajian tidak seragam.
Muzik dan suara ibu boleh jadi cara “mesra” untuk bonding, tapi jangan guna sebagai ujian kesihatan bayi atau satu-satunya cara untuk memastikan bayi menendang dalam perut berada dalam keadaan baik.
Keletihan dan dehidrasi boleh menyebabkan ibu kurang peka terhadap pergerakan. Pastikan ibu minum air secukupnya dan dapatkan rehat yang mencukupi setiap hari. Apabila badan lebih segar, ibu lebih mudah menyedari pola bayi menendang dalam perut.
Setiap bayi ada corak tersendiri. Ada yang aktif waktu malam, ada yang lebih banyak bergerak selepas ibu makan, dan ada yang cenderung aktif bila ibu sedang berehat.
Perkara paling penting bukan sekadar cuba merangsang, tetapi memahami pola biasa bayi menendang dalam perut. Jika ibu perasan perubahan mendadak seperti gerakan berkurang dengan ketara, segera dapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital untuk penilaian lanjut.
Selepas 28 minggu, pemantauan kick count lebih bermakna. Jika ibu rasa pergerakan berkurang secara signifikan berbanding kebiasaan, jangan tunggu terlalu lama. Dapatkan nasihat profesional kesihatan dengan segera untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik.
Ingat, tujuan utama bukan untuk “memaksa” bayi bergerak, tetapi untuk memahami dan memantau kesejahteraannya secara selamat. Pengalaman merasai bayi menendang dalam perut adalah momen berharga, dan dengan ilmu yang betul, ibu boleh menikmatinya dengan lebih yakin dan tenang.
Kata orang mengidam makanan manis ketika hamil mengandung anak perempuan. Sementara mengidam makanan masam, ini bermakna bakal dapat bayi lelaki. Betul ke?