Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera fizikal dan seksual oleh pengasuh dan suami pengasuhnya di sebuah rumah, di Kandang Melaka pada Selasa.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu sebelum ini dibesarkan oleh ibu angkat yang juga ibu saudaranya dan tinggal di Melaka selepas kanak-kanak terbabit diserahkan ibu bapa kandung yang menetap di Klang, Selangor.

Pengasuh & Suami Sama-Sama Durjana! ‘Kerjakan’ Anak Asuhan Sehingga Maut

Bagaimanapun, sejak akhir Julai lalu, kanak-kanak yang dipercayai turut mengalami masalah lembam dan mesra dipanggil Lina dalam kalangan ahli keluarga itu kemudian diserahkan kepada pengasuh berkenaan yang turut mempunyai hubungan saudara dengan ibu angkat terbabit.

Menurut sumber, kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka sekitar jam 2 pagi selasa selepas tidak sedarkan diri sebelum Pegawai perubatan yang menggendalikan kes berkenaan cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR).

IKLAN

Malangnya, bantuan CPR berkenaan tidak berjaya dan mangsa disahkan meninggal dunia selain terdapat kesan parut di bahagian kepala dan paha.

Pengasuh & Suami Sama-Sama Durjana! ‘Kerjakan’ Anak Asuhan Sehingga Maut

IKLAN

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan pasangan suami isteri masing-masing berusia 45 dan 36 tahun itu telah ditahan pada sebelah malam hari kejadian.

Menurutnya, setakat ini polis sedang menunggu laporan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.

IKLAN

Pengasuh & Suami Sama-Sama Durjana! ‘Kerjakan’ Anak Asuhan Sehingga Maut

Jenazah kanak-kanak itu dituntut keluarganya di Bilik Forensik Hospital Melaka kira-kira jam 9.50 pagi selepas selesai proses bedah siasat dan selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Serkam, Merlimau pada jam 11 pagi Khamis. turut hadir kira-kira 30 ahli keluarga terdekat ibu bapa kandung kanak-kanak itu.

Sementara itu, bapa angkat mangsa yang memelihara kanak-kanak itu enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan tetapi menyerahkan kepada polis untuk siasatan.

Kes disiasat mengikut seksyen Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI