Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook milik Anwar pada Isnin.
Hantaran itu memaparkan satu poster dengan mesej yang menarik dan penuh tanda tanya.
Ads
Ads
“Akan Datang, Suatu Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku,” catatan pada poster dalam hantaran itu.
Tidak dijelaskan secara terperinci mengenai pengumuman tersebut, namun hantaran ringkas itu turut meletakkan tanda pagar ‘Malaysia Madani’ dan ‘Bersama Malaysiaku’.
Ads
Bagaimanapun, mesej ringkas itu tidak memberikan sebarang butiran lanjut melainkan kapsyen ringkas daripada Anwar, “Nantikan.”
Allahuakbar, pilunya, khabar duka ini. Tidak dapat bayangkan perasaan seorang isteri dan ibu yang kehilangan suami dan anak yang baru lahir serentak.
Seorang bayi lelaki yang baru berusia tiga bulan pergi buat selamanya dalam keadaan yang amat tragis dipercayai tertindih lengan ayahnya sendiri yang sudah tidak bernyawa akibat serangan jantung.
Lebih pilu, kejadian meruntun jiwa itu, kejadian itu berlaku pada hari pertama ibu bayi kembali berkerja selepas cuti bersalin.
Mangsa lelaki, Nurul Efendy Ibrahim, 35, ditemui tidak sedarkan diri oleh isterinya yang pulang ke rumah kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, manakala bayi, Muhammad Nur Daniel Nurul Efendy, dilihat berada di bawah lengannya.
Isteri mangsa Azura Abdul Malik, 37, berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian suami dan bayinya.
“Saya terkejut apabila masuk rumah dan nampak suami dan bayi kami tidak sedarkan diri.
“Saya terus hubungi pihak hospital untuk bantuan sebelum suami disahkan telah meninggal dunia di rumah,” katanya.
Tambahnya, ketika kejadian bayinya itu masih bernyawa namun dalam keadaan lemah.
“Bayi kami meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” ujarnya ringkas.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll Mohd. Supian Md. Dali berkata, panggilan kecemasan telah diterima daripada talian MERS 999 pada pukul 9.58 pagi.
“Kami dimaklumkan terdapat satu mangsa lelaki berusia 30 tahun telah meninggal dunia di lokasi dan bayinya ketika mendapatkan rawatan di hospital.
“Pasukan diminta membuat pemeriksaan di kediaman tersebut sekiranya berlaku kebocoran gas, namun hasil siasatan lanjut mendapati mangsa mungkin maut akibat serangan jantung, jadi bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dibatalkan,” ujarnya
Sumber:kosmo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lima sekeluarga terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak pada Rabu, sementara anak sulung keluarga itu yang terselamat sempat menyaksikan detik tragis tersebut.
Menurut laporan Sinar Plus, remaja berusia 17 tahun, Nur Irsalina Syahirah, menceritakan bahawa tanah runtuh itu meragut nyawa ibu, nenek, serta tiga adiknya yang berusia lapan, 11, dan 16 tahun dalam sekelip mata.
Menurut Irsalina yang kini tinggal bersama datuknya, sebelum detik cemas yang berlaku pada 3 pagi itu, dia berada di ruang tamu bersama ibunya, Sazarena Arabi dan adik-beradiknya, manakala neneknya pula sedang tidur di bilik tidur.
Mereka kemudian mendengar bunyi dentuman yang kuat dan ibunya mula bertindak berlari sambil memeluk adiknya yang kecil manakala Irsalina pula segera bangun dari berbaring.
“Masa kejadian itu berlaku, saya sedang bermain permainan video sambil ditemani ibu dan adik-adik manakala nenek sedang tidur di dalam bilik.
“Segalanya bermula apabila ibu mendengar bunyi benda jatuh (dentuman kuat). Saya pun dengar bunyi yang sama.
“Oleh kerana takut, ibu segera berlari memeluk adik yang kecil untuk dibawa lari manakala saya sendiri pun terus bangun dan duduk.
“Saya tertolak hingga keluar dindin ke arah tempat meletak motosikal, bagaimanapun, belum sempat saya bergerak tanah terus runtuh tetapi saya masih sedar dan tidak pengsan,” katanya.
Tidak cukup melihat keluarganya meninggal dunia depan mata, Irsalina turut terperangkap di bawah timbunan runtuhan itu sehingga menyukarkannya untuk keluar menyelamatkan diri.
Hanya selepas datuknya datang ke tempat kejadian, barulah Irsalina mendapat bantuan untuk mengalihkan tanah sebelum bomba tiba.
“Saya cuba alih tanah sedikit supaya dapat bergerak, kemudian datuk saya datang jumpa saya dan tolong alihkan tanah untuk saya.
“Tak lama kemudian, bomba pun datang untuk tolong keluarkan saya dari tempat kejadian.
“Saya bersyukur masih selamat tetapi bawah lutut saya sakit kerana kena hempap dan kuku kaki saya juga patah,” ujarnya.
Katanya lagi, semasa operasi menyelamat, dia menyedari bahawa hanya kakinya yang cedera dan dia dihantar ke hospital menaiki ambulans selepas dikeluarkan dari runtuhan.
“Anggota bomba memberikan semangat untuk saya berusaha mengeluarkan kaki di bawah runtuhan dan setelah berjaya, saya dihantar ke hospital menaiki ambulans,” kongsinya.
5 sekeluarga maut tanah runtuh, selamat dikebumi pada Khamis
Selain ibunya, Irsalina turut kehilangaan neneknya, Fatimah Dawi, 71, adik lelaki, Irsyad Syairah, 16 dan dua adik perempuan, Nur Rania Syafiqah, 11 dan Nur Raisyah Syahirah, 8.
Kelima-lima mangsa ini disemadikan dalam satu liang lahad dan jenazah mereka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pujut 5 pada petang Khamis.
Impian seorang pegawai bank untuk memiliki sebuah kenderaan pacuan empat roda bagi kegunaan keluarga musnah begitu sahaja selepas menjadi mangsa penipuan jual beli kereta dalam talian.
Mangsa, lelaki berusia 52 tahun, terpedaya dengan iklan jualan kereta terpakai di Facebook dan akhirnya mengalami kerugian besar mencecah RM241,700.
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, mangsa membuat laporan di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 9.37 pagi semalam.
Kejadian bermula pada 4 Julai lalu, apabila mangsa sedang melayari Facebook di rumahnya dan terlihat satu iklan menjual Toyota Hilux 2.4 tahun 2017 oleh sebuah syarikat yang kononnya beroperasi di Pelabuhan Barat, Port Klang.
Tertarik dengan tawaran itu, mangsa terus klik pautan yang diberikan, dan diarahkan untuk berhubung menerusi WhatsApp. Di situ, mangsa mula berurusan dengan seorang lelaki yang kononnya bertanggungjawab dalam urusan jual beli.
Mangsa kemudiannya menyerahkan salinan kad pengenalan dan membuat pembayaran kepada individu tersebut sebagai langkah awal proses pembelian.
Paling mengejutkan, antara 9 hingga 21 Julai, mangsa melakukan 40 transaksi bayaran ke dalam 18 akaun bank berbeza. Jumlah keseluruhan yang telah dibayar adalah RM241,700, melibatkan wang simpanan dan dana KWSP miliknya.
Lebih membimbangkan, pihak ‘penjual’ turut meminta bayaran tambahan sebanyak RM31,000 atas alasan kos cap jari kastam, namun pada ketika itu mangsa mula meragui urusan tersebut dan enggan membuat bayaran tambahan.
Sehingga kini, kenderaan yang dijanjikan masih belum diterima, dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan menipu.
1. Elak Terus Klik Iklan Mencurigakan
Jangan terburu-buru klik pautan dari iklan Facebook atau media sosial lain. Buat carian latar belakang terlebih dahulu.
2. Semak Nombor Akaun & Individu
Gunakan portal seperti CCID Portal untuk semak nombor akaun bank atau nombor telefon. Jika pernah dilaporkan itu tanda bahaya.
3. Jangan Serah Dokumen Peribadi
Elakkan serah salinan kad pengenalan atau dokumen penting melalui WhatsApp atau media sosial. Scammer boleh guna untuk tujuan lain pula nanti.
4. Berurusan Dengan Pihak Sah & Berdaftar
Pastikan anda membeli daripada syarikat sah yang ada premis fizikal, nombor pendaftaran SSM, serta rekod jual beli yang jelas.
5. Jangan Buat Bayaran Secara Ansuran Ke Akaun Berbeza
Jika penjual minta bayaran ke banyak akaun bank itu petanda besar anda sedang diperangkap.
Kalau tawaran nampak terlalu murah atau terlalu senang itu mungkin perangkap. Jangan gadaikan masa depan dan simpanan hanya kerana terpedaya dengan ‘harga istimewa’ yang akhirnya makan diri.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.