Betullah orang kata, anak adalah pembuka rezeki buat ibu bapanya. Tak kiralah dalam situasi susah atau senang. Mungkin peringkat awal Allah uji untuk lihat kesabaran kita tapi akhirnya beri kemanisan di kemudian hari.
Walaupun kita rasa susah tapi percayalah setiap anak dah ada rezekinya. Bila dan bagaimana caranya Allah saja tahu.
Seperti yang dikongsikan oleh mama Ainul Mardhiah, yang menjadi cinta hati rakyat Malaysia awal tahun lalu, kehidupan mereka sekeluarga terus berubah selepas berita Ainul viral.
Menurut Nurul Erwani, siapa sangka Allah uji di peringkat awal tapi berikan kegembiraan di hujungnya. Langsung tak dijangka keadaan ini berlaku dan bukan saja rezeki Ainul namun buat kami sekeluarga.
Ads
“Sejak beberapa bulan lalu rezeki kami sentiasa murah dan percaya Allah bagi ini untuk kami suami isteri berusaha membesarkan Ainul dan menjaganya dengan baik.
“Mama tak pernah anggap anak mama satu beban atau halangan untuk mama teruskan kehidupan mama.
“Ainul Mardhiah adalah penguat semangat mama. Dari Ainul lahir sampailah Ainul dah besar sekarang, rezeki yang tidak disangka-sangka dari Allah sentiasa mengalir. Alhamdulillah,” jelasnya.
Ads
Doa dan hadiah tak putus Ainul dapat
Apa yang membuatkan Nurul Erwani terharu sejak Ainul belum menerima rawatan sehinggalah sekarang, sepanjang masa ada saja yang berniat mahu memberi sumbangan dan hadiah.
Ads
Paling tak terkata adalah doa yang setiap hari dititipkan buat Ainul. Ini yang menjadi kekuatan Ainul untuk sihat dan menunjukkan perkembangan baik setiap hari.
Terima kasih untuk semua yang sentiasa mendoakan untuk Ainul Mardhiah dan yang tak putus-putus beri Ainul hadiah serta sumbangan. Terus doakan agar Ainul terus sihat kerana perjalanannya masih jauh.
Sumber: Nurul Erwani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiba-tiba bay berubah suka merengek, cranky, minum susu lebih banyak dan mudah menangis. Kenapa ya, adakah ia kaitan dengan beralih bulan atau growth spurts?
Bayi anda tiba-tiba sahaja berubah jadi kuat menyusu dan kuat meragam. Kalau dulu dia senang nak tidur dan tidak kisah bermain sendirian. Growth spurt mungkin puncanya.
Pertumbuhan bayi pada tahun pertama hidup adalah cepat dan penuh dengan perubahan emosi. Bayi secara purata membesar setengah inci hingga satu inci setiap bulan dan pertambahan beratnya lima hingga tujuh auns setiap minggu pada enam bulan pertama.
Berat ketika lahirnya dengan akan meningkat kepada dua kali ganda pada usia lima bulan dan tiga kali ganda usia setahun. (Bayi lelaki baru lahir cenderung untuk lebih berat dan panjang berbanding bayi baru lahir perempuan)
Proses pertumbuhan yang pesat ini terjadi dalam jangka masa yang sangat singkat. Dan ini dinamakan aselerasi pertumbuhan atau lebih dikenali sebagai growth spurt. Di mana dalam istilah tempatannya ialah ‘beralih bulan’.
BILAKAH BAYI MENGALAMI GROWTH SPURTS?
Setiap bayi berbeza, ada garis pertumbuhan pertumbuhan yang berbeza. Selalunya ia berlaku pada usia bayi seperti berikut;
MASA GROWTH SPURTS
Growth spurts selalunya berlaku dengan cepat, iaitu dua hingga tiga hari bagi setiap kali. Ini menyebabkan ramai ibu bapa yang tidak perasan atau menyedari yang si manja sedang melalui growth spurts. Ia adalah proses yang normal dan tidak ada yang perlu ditakuti.
3 TANDA BAYI ALAMI GROWTH SPURTS
Setiap bayi adalah unik. Mereka melalui tanda-tanda yang sama dan ada yang mengalami simptom yang berbeza.
KERAP LAPAR DAN KUAT MENYUSU
Kelaparan meningkat dan ini menyebabkan bayi jadi kuat menyusu atau makan. Jika bayi masih menyusu, mereka akan sentiasa mahu menyusu atau mengempeng.
MASALAH TIDUR MALAM
Bayi anda yang selama ini mudah untuk tidur malam kini suka berjaga pula. Waktu malam pun suka bermain tidak mahu tidur dan mahu makan atau menyusu.
SUKA MERAGAM
Cenderung untuk mengamuk atau menangis apabila apa yang dikehendaki tidak dipenuhi. Apabila lapar dan penat (akibat tidak tidur secukupnya), bayi akan mudah emosi dan menangis walau pun apa yang terjadi adalah perkara yang kecil yang sebelum ini mereka tidak kisah.
TIP KENDALIKAN BAYI YANG SEDANG ALAMI GROWTH SPURTS
Jadi, mama dan papa kena pandai telah mengenali tanda-tanda pertumbuhan growth spurt ini supaya boleh bertindak dengan betul.
HADKAN MAKANAN PEJAL
Pakar mengesyorkan untuk memberikan susu, air dan sajian makanan pejal (sekiranya bayi sudah mula makan makanan pejal) pada siang hari. Ini kerana pada waktu siang, mereka akan sibuk dengan aktiviti dan memerlukan ‘bahan bakar’ tambahan!
Tapi pada sebelah malam, anda perlu kurangkan pemberian makanan sebaliknya berikan susu sahaja kerana bayi perlukan tidur dan rehat secukupnya.
MAKANAN SEBAGAI PENENANG ADALAH TIDAK DIGALAKKAN!
Menenangkan dengan makanan juga boleh menyebabkan si kecil menyusu terlalu berlebihan. Sebelum anda memberikan susu, cari isyarat asas lapar, seperti tangisannya atau gesaan untuk mencapai payudara/ botol susu.
Tetapi pastikan ia tidak berlebihan. Bila bayi memalingkan wajah daripada payudara atau botol, bermakna mereka sudah kenyang. Jangan dipaksa mereka menghabiskan kesemuanya!
CARI ALTERNATIF UNTUK MENENANGKAN
Jika si manja sudah minum susu secukupnya tiga jam sebelum itu dan berat badannya ketika itu naik dengan baik, anda boleh cuba alternatif lain untuk menenangkannya iaitu dengan menukarkan lampin, membedungnya semula dan mendodoinya. Anda juga boleh lakukan apa sahaja perkara lain kerana pada peringkat ini, bayi anda akan lebih sukar untuk ditenangkan dan dihiburkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengalaman bayi tumbuh gigi pertama adalah berbeza-beza. Ada yang meragam seminggu sebelum gigi tumbuh dan ada juga yang berbulan-bulan meragam kerana gigi hendak tumbuh.
Walau bagaimanapun, ada juga bayi yang menunjukkan tanda-tanda lain semasa gigi pertama hendak tumbuh. Apakah simptom-simptomnya?
Jika tengok bayi yang selalu meleleh air liur, mesti orang kaitkan dengan ‘ibu mengidam, tapi tak dapat’ semasa hamil dulu. Yang sebenarnya, boleh dikatakan kebanyakan bayi akan mengalami tempoh air liur meleleh kerana hendak tumbuh gigi. Proses pertumbuhan gigi merangsang pengeluaran air liur yang lebih banyak pada si manja sehingga menyebabkannya meleleh.
Normal untuk bayi hilang selera makan disebabkan ketidakselesaan akibat gigi hendak tumbuh. Jika bayi anda berusia lebih 6 bulan, berikannya makan makanan lembut yang selama ini menjadi kegemarannya. Jika bayi anda sudah boleh makan makanan pejal, tawarkannya sehiris kecil buah-buahan seperti pisang dan buah plum. Potong buah dalam potongan kecil sesuai dengan mulut bayi. Sentiasa pantau bayi anda semasa dia mengunyah makanan tersebut.
Kebanyakan bayi yang mula tumbuh gigi akan menunjukkan emosi yang berubah-ubah disebabkan kesakitan akibat pertumbuhan gigi pertama. Berjumpalah dengan doktor kanak-kanak bagi mendapatkan nasihat tentang cara mengurangkan sakitnya itu.
Si manja yang hendak tumbuh gigi kini mendapat hobi baharu. Dia akan menggigit jarinya atau apa sahaja barang yang ada di tangannya. Bagi mengelakkan gusi bayi anda luka, berikannya teether. Teether membantu anak anda mengurangkan ketidakselesaan akibat hendak tumbuh gigi dan merangsang pertumbuhan gigi si manja.
Lelehan air liur bayi boleh menyebabkan bahagian mulut, dagu dan lehernya ditumbuhi bintik-bintik merah dan ruam. Lapkan mulutnya dengan kain bersih untuk mengelakkan iritasi atau ruam.
Ketidakselesaan dan kesakitan hendak tumbuh gigi akan menyebabkan bayi sukar untuk tidur. Pasangkan lagu dodoi atau lullaby bagi merangsangnya tidur dengan lena sepanjang malam.
Hasil perahan sebelah kiri dan kanan tidak seimbang, saiz payudara tak sama besar. Ini antara yang sangat dirisaukan oleh kaum ibu.
Ada beberapa sebab masalah ini berlaku (perahan di kiri dan kanan tidak seimbang). Antaranya seperti:
Dalam sedar atau tidak sebenarnya ada juga tindakan kita yang mempengaruhi penghasilan susu di kiri dan kanan, menyebabkan hasil perahan tidak seimbang. Maka, sebelah payudara menjadi kurang produktif berbanding yang sebelah lagi. Akibatnya, saiz pun tak sama!
Bagaimana nak seimbangkan semula penghasilan susu di kedua-dua belah payudara:
*Penghasilan susu kurang = dirujuk sebagai kurang produktif
*Penghasilan susu banyak = dirujuk sebagai lebih produktif
Semasa memulakan penyusuan, bagi dulu sebelah yang kurang produktif kepada bayi. Hisapan bayi di awal penyusuan yang lebih kuat (vigorous) pada permulaan ini akan memberi rangsangan kepada kelenjar susu menggiatkan penghasilan susu.
Kadang-kadang disebabkan aliran susu yang perlahan bayi tidak gemar menyusu di sebelah itu. Tawar payudara yang kurang produktif ini dulu semasa bayi mengantuk, kerana biasanya dalam situasi ini bayi akan menerimanya dengan baik.
Amalkan breast compression untuk membantu aliran susu menjadi lebih laju. Breast compression juga akan membantu saluran susu mengalirkan susu dengan lebih lancar.
3. Tukar/ pelbagaikan posisi semasa menyusu
Setengah bayi lebih suka posisi tertentu sahaja semasa menyusu. Kadangkala ibu silap tafsir ingatkan bayi suka menyusu di sebelah sahaja. Sebenarnya tidak juga. Cuba tukarkan / guna posisi lain supaya bayi dapat menyusu di sebelah yang jarang diminumnya itu. Antara posisi yang membantu adalah football hold.
Jika bayi sedang menyusu di sebelah yang lebih produktif, gunakan pam susu untuk memerah sebelah yang kurang produktif. Dengan cara ini, stimulasi yang diberikan kepada kedua-dua belah payudara adalah setara, dan stimulasi lebih dapat diberikan kepada sebelah yang kurang produktif itu.
Sama juga, jika bayi sedang menyusu di sebelah yang kurang produktif, gunakan pam susu untuk memerah sebelah lagi supaya aliran susu lebih lancar, dan penghasilan susu di payudara yang produktif ini tidak terganggu.
Contohnya jika anda memerah kedua belah payudara selama 20 minit, tambah lagi 10 minit sesi memerah khas untuk sebelah yang kurang produktif itu sahaja. Dengan cara ini anda memberi lebih stimulasi kepada sebelah itu. Maka, kelenjar susu akan mendapat isyarat untuk meningkatkan penghasilan susu.
Utamakan penyusuan secara terus kepada sebelah yang kurang produktif dulu. Selesai penyusuan, gunakan pam susu untuk memerah di sebelah itu. Teruskan memerah selama 10-15 minit walaupun sedikit/tiada susu yang keluar. Cara ini adalah untuk memberitahu payudara itu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak lagi.
Selain menggunakan pam susu, anda juga boleh melakukan perahan tangan (marmet) ya.
Berikan masa selama 1-2 minggu kepada badan anda untuk membiasakan diri dengan rutin baru dan isyarat baru yang dilakukan ini. Tempoh masa cepat atau lambat bergantung kepada usaha dan tindak balas badan masing-masing. Ada ibu mula nampak perubahan kuantiti susu seawal 3-5 hari sahaja.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.