Apabila memilih klinik terbaik untuk mendapatkan rawatan bagi anak-anak tersayang, ibu bapa pastinya akan mencari tempat yang dapat memberi rasa selamat dan yakin. Salah satu kriteria utama yang menjadi pertimbangan adalah kelayakan dan pengalaman doktor. Ibu ayah mahu memastikan bahawa anak mereka dirawat oleh pakar yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman dalam bidang kesihatan kanak-kanak.
Selain itu, kemudahan yang mesra kanak-kanak, seperti ruang yang selesa dan persekitaran yang ceria, juga penting bagi mengurangkan rasa takut atau cemas anak-anak semasa berkunjung ke klinik.
Tahniah kepada Klinik Hannah yang diasaskan oleh dua doktor berpengalaman, Dr. Atiqah Balqish Hamdan dan Dr. Toh Chi Lung kerana menerima pengiktirafan berprestij sebagai Klinik Ibu & Anak Pilihan Pa&Ma sempena ulang tahun ke-24 Pa&Ma.
Anugerah ini adalah bukti kejayaan dan komitmen Klinik Hannah dalam memberikan rawatan berkualiti tinggi kepada para pesakit, khususnya ibu dan anak. Klinik yang mula beroperasi pada 1 September 2022 ini, mempunyai visi yang jelas iaitu untuk menawarkan harapan dan memberikan rawatan terbaik kepada pesakit.
Ads
Dengan pengalaman luas dalam bidang perubatan, Dr. Balqish dan Dr. Toh berkongsi matlamat yang sama iaitu memastikan setiap pesakit mendapat perhatian yang sewajarnya serta rawatan yang memfokuskan kepada kesejahteraan mereka.
Visi dan Misi Klinik Hannah
Sejak penubuhannya, Klinik Hannah telah menekankan kepentingan memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Klinik ini beroperasi dengan penuh dedikasi, memberikan pelbagai rawatan untuk ibu dan anak dengan sentuhan kasih sayang dan profesionalisme. Dr. Balqish dan Dr. Toh percaya bahawa perubatan bukan hanya mengenai ilmu, tetapi juga tentang empati dan hubungan yang baik dengan pesakit.
Ads
Dr. Atiqah Balqish Hamdan yang merupakan Pengasas Klinik Hannah
Misi Klinik Hannah adalah untuk menjadi salah satu klinik perubatan yang diyakini di Malaysia, dengan memastikan setiap pesakit, terutama ibu dan anak, mendapat rawatan yang terbaik, selamat, dan berkualiti. Klinik ini kini mempunyai satu cawangan, namun dengan sambutan yang luar biasa dari masyarakat, ia tidak mustahil untuk Klinik Hannah berkembang lebih jauh pada masa depan.
Servis berkualiti ditawarkan untuk memastikan keselesaan pesakit
SERVIS YANG DITAWARKAN
Ads
Pemeriksaan kehamilan.
Imbasan ultra bunyi kehamilan dan organ lain.
Pemeriksaan tumbesaran bayi dan kanak-kanak.
Nebuliser dan sedut kahak.
Pemeriksaan jaundis.
Pemeriksaan kesuburan dan perancang keluarga.
Pembedahan kecil dan cucian luka.
Perubatan am dan rawatan kecemasan.
Cuci telinga.
Rawatan lutut.
Saringan kesihatan.
Pemeriksaan darah.
KELEBIHAN SERVIS ATAU PRODUK
Beroperasi 24 jam setiap hari.
Kesemua doktor adalah wanita. Doktor lelaki juga bersedia merawat sekiranya ada permintaan.
Enam orang doktor daripada latar belakang perubatan yang berbeza dan mempunyai pengalaman 8 tahun dan ke atas dalam bidang perubatan.
Kesemua staf yang bertugas mempunyai lulusan perubatan (medical assistant & nursing) dan terlatih.
Suasana klinik yang kondusif dan selesa untuk semua lapisan usia.
Bilik menyusu dan surau disediakan.
Cawangan Klinik Hannah yang beroperasi 24 jam
Komitmen Klinik Hannah untuk Masa Depan
Klinik Hannah terus berusaha untuk mempertingkatkan perkhidmatan mereka demi mencapai misi jangka panjang iaitu menjadi klinik perubatan yang diyakini dan dihormati di Malaysia. Klinik ini sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan menambahbaik kemudahan serta teknologi perubatan yang mereka tawarkan, agar dapat memberikan rawatan terbaik kepada setiap pesakit yang datang.
Dekorasi yang cantik dan menenangkan di Klinik Hannah
Dengan sokongan daripada pelanggan setia dan pengiktirafan seperti Anugerah Klinik Ibu & Anak Pilihan Pa&Ma, Klinik Hannah berada di landasan yang tepat untuk mencapai matlamatnya. Pasukan perubatan di Klinik Hannah berjanji untuk terus memberikan penjagaan yang penuh perhatian dan cemerlang, memastikan setiap ibu dan anak yang mendapatkan rawatan di sana akan berasa dihargai dan diutamakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di dalam fasa endemik sekarang, kita seharusnya bersyukur kerana keadaan nampaknya semakin pulih. Dapat menghela nafas panjang tanpa masalah juga adalah nikmat yang harus kita hargai. Namun, untuk bekas pesakit Covid-19 mereka mungkin mengalami kesukaran untuk bernafas seperti biasa.
Sekiranya mama papa atau anak-anak antara bekas penghidap Covid-19, kini tiba masanya untuk kuatkan semula paru-paru anda. Dapatkan semula paru-paru yang sihat untuk memastikan kita sekeluarga dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.
Antara punca kenapa paru-paru mungkin mengalami kesukaran untuk berfungsi dengan baik adalah kerana faktor cuaca atau pencemaran udara. Untuk bekas pesakit atau kita yang mungkin tak pernah dijangkiti virus ini juga perlu ambil berat tentang kesihatan paru-paru supaya dapat menjalani kehidupan yang berkualiti.
Macam Mana Nak Tingkatkan Kesihatan Paru-Paru?
Mama papa yang mahu memastikan kesihatan anak-anak berada di tahap terbaik perlulah peka terhadap beberapa perkara ini. Tidak semestinya bekas pesakit Covid-19 sahaja yang perlu ambil berat soal kesihatan, tapi kita semua!
Sangat penting untuk mama papa peka dengan beberapa perkara ini supaya kita sekeluarga dapat mengelakkan jangkitan virus berbahaya ini. jom, semak sama-sama!
Sekiranya papa seorang perokok, ada baiknya papa hentikan tabiat itu segera. Merokok sangat menjejaskan kesihatan paru-paru. Lebih teruk lagi walaupun isteri dan anak-anak tidak merokok, tetapi asap rokok memberi lebih kesan terhadap kesihatan mereka. Sanggupkah papa melihat keluarga tersayang jatuh sakit, kerana tabiat MEROKOK anda?
Ayuh, ajak satu keluarga bersenam! Senaman kardio sangat digalakkan untuk menjaga kesihatan paru-paru terutamanya untuk bekas pesakit Covid-19. Pakar menyarankan untuk kita buat senaman fizikal seperti berjalan atau melakukan aerobik untuk meningkatkan kadar jantung dan menggalakkan aliran darah. Dengan itu, kesihatan paru-paru pun akan berada di tahap terbaik. Bagus kan, sambil jaga kesihatan kita juga boleh kuatkan bonding dengan keluarga!
Antara faktor yang mengganggu kesihatan paru-paru dan membuatkan kita sukar bernafas adalah udara berkualiti rendah. Sebaik-baiknya elakkan daripada berada di kawasan yang berasap dan mempunyai pencemaran udara. Untuk mama papa yang mungkin tinggal di kawasan perindustrian, belilah mesin penapis udara. Selain mengemas rumah kerana habuk (disebabkan asap kilang), mesin penapis udara terutamanya dengan penapis HEPA juga dapat membantu untuk mengekalkan ruang yang lebih sihat untuk seisi keluarga di dalam rumah.
Selain elakkan makanan proses, mama boleh sediakan hidangan sihat untuk keluarga. Banyakkan pengambilan makanan segar dan organik seperti buah-buahan dan sayuran. Paling digalakkan untuk ambil makanan tinggi Vitamin C untuk membantu menguatkan sistem imuniti. Sumber Omega 3 pula dapat membantu mengurangkan risiko masalah pada sistem respiratori.
Mama juga boleh galakkan anak-anak untuk minum lebih banyak air masak. Tubuh manusia memerlukan lebih kurang 70 peratus air bagi membantu melancarkan fungsi sistem saraf. Minum air masak juga dapat membantu mengelakkan sembelit dan bagus untuk mengelakkan tekak daripada menjadi kering dan dapat membantu serangan batuk kerana mungkin fungsi paru-paru yang terjejas.
Selain penggunaan madu, ada cara lain yang boleh membuatkan kita minum air masak tanpa rasa bosan. Mama boleh campurkan dengan Ubat Batuk Cap Ibu & Anak! Biar betul ni? Kalau mama papa nak tahu, dengan mencampurkanya sedikit ke dalam air masak, ia bukan sahaja sedap tetapi baik untuk membantu menyegarkan serta meredakan dahaga seisi keluarga. Ubat ni juga mengandungi ramuan herba yang dapat membantu menyihatkan paru-paru. Bagus kan?
Jadi, apa tunggu lagi mama papa? Mari kita kekal sihat dan selamat demi anak-anak kesayangan!
**Sumber foto:www.shutterstock.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan wanita sudah biasa mendengar tentang fibroid, namun sebanyak mana kita tahu tentangnya? Untuk pengetahuan, fibroid merupakan tumor bukan kanser yang tumbuh dalam rahim. Ia banyak berlaku pada wanita dan lebih teruk, mungkin terjadi ketika seseorang itu hamil.
Dalam kebanyakan kes, wanita dengan ketumbuhan fibroid tidak menyedari bahawa mereka memilikinya, mungkin kerana saiznya terlalu kecil sehinggalah ia menyebabkan komplikasi yang ketara.
Walau bagaimanapun, fibroid yang lebih besar dikhuatiri boleh mempengaruhi kehamilan, perkembangan janin, atau kelahiran. Ketahui tentang fibroid, simptom serta rawatan yang boleh dibuat seperti mana yang dipetik melalui portal Hello Doktor.
Apakah itu fibroid?
Fibroid ialah ketumbuhan abnormal yang terbentuk pada rahim wanita. Fibroid rahim tidak berkaitan dengan peningkatan risiko kanser rahim dan selalunya tidak pernah berkembang menjadi barah.
Kadangkala, tumor ini menjadi agak besar dan menyebabkan kesakitan abdomen yang teruk bersama darah haid yang terlalu banyak.
Dalam kes lain, ia tidak meninggalkan sebarang gejala atau simptom langsung.
Cara pengurusannya adalah dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Simptom fibroid
Simptom fibroid rahim boleh terbentuk perlahan selama beberapa tahun atau secara pantas dalam beberapa bulan.
Simptom paling biasa bagi fibroid rahim termasuklah:
-Pendarahan haid yang terlalu banyak
-Tempoh menstruasi berpanjangan melebihi seminggu
-Tekanan atau kesakitan pada pelvik
-Kencing dengan kerap
-Kesukaran mengosongkan pundi kencing
-Sembelit
-Sakit belakang atau sakit kaki
Ia boleh juga meningkatkan risiko untuk beberapa jenis komplikasi kehamilan seperti uri tercabut, gangguan tumbesaran fetus, dan kelahiran pramatang.
Antara gejala fibroid semasa mengandung termasuk:
-Kekejangan teruk, serupa dengan kekejangan haid
-Kesakitan dan ketegangan di perut
-Masalah pencernaan, seperti sembelit
-Sering terasa ingin membuang air kecil, kerana fibroid memberi tekanan pada pundi kencing
-Bakal ibu juga mungkin mengalami kesukaran membuang air kecil atau sakit belakang, tetapi simptom ini agak jarang berlaku.
Ini kesan fibroid ketika hamil
Fibroid secara umumnya tidak mempengaruhi kehamilan dengan ketara.
Walau bagaimanapun, kadangkala ia boleh menyebabkan:
-Keguguran
-Kelahiran pramatang
-Pecah membran pramatang janin (PROM)
-Pendarahan tidak lama sebelum bersalin
-Malpresentation, di mana janin tidak berada dalam kedudukan yang betul
–Obstructed labor (bayi tidak memasuki pelvis ibu semasa bersalin)
-Pendarahan selepas bersalin
-Nekrosis, mengganggu bekalan darah atau menyebabkan kematian sel
Fibroid juga kadangkala memberi kesan kepada kesuburan wanita, dengan menyebabkan kemandulan.
Penyelidik masih menyiasat bagaimana ia berlaku, tetapi mereka berpendapat ukuran dan kedudukan fibroid menentukan sejauh mana kesannya pada tubuh.
Selain itu, fibroid boleh mempengaruhi proses persenyawaan dengan menghalang tiub fallopio, saluran yang dilalui telur sebelum disenyawakan oleh sperma.
Oleh itu, telur yang disenyawakan mungkin tidak dapat melekat pada dinding rahim jika fibroid menghalangi.
Bagaimana fibroid dirawat semasa kehamilan?
Di dalam portal Hello Doktor juga ada berkongsi tentang rawatan fibroid ketika hamil. Semasa mengandung, rawatan untuk fibroid rahim adalah terhad kerana dikhuatiri akan merisikokan kesihatan janin.
Dalam kes yang sangat jarang berlaku, myomectomy dilakukan pada wanita dalam fasa separuh kedua kehamilan mereka.
Prosedur ini dilakukan untuk membuang fibroid dari bahagian luar rahim atau dari dalam dinding rahim tanpa mengganggu uterus.
Tetapi lain pula bagi fibroid yang tumbuh di rongga rahim, kerana biasanya ia dibiarkan kerana kemungkinan risiko terhadap janin.
Merawat fibroid sebelum kehamilan untuk meningkatkan kesuburan
Pil kawalan kelahiran hormon
Membiarkan fibroid rahim sebelum kehamilan boleh merisikokan kesuburan anda. Rawatan-rawatan fibroid yang sering dilakukan bagi mengekalkan kesuburan termasuk:
Myomektomi: Prosedur pembedahan ini digunakan untuk menghilangkan fibroid. Namun, kaedah ini mungkin meningkatkan risiko kelahiran caesar, dan anda perlu menunggu kira-kira 3 bulan selepas prosedur sebelum cuba untuk hamil
Pil kawalan kelahiran hormon: Sepanjang di bawah pengambilan pil ini, anda tidak akan dapat hamil. Tetapi alat kontraseptif ini mampu membantu meringankan gejala, seperti pendarahan berat dan haid yang menyakitkan
Peranti intrauterin (IUD): Seperti pil kawalan kelahiran, IUD juga berfungsi bagi mencegah kehamilan. Walau bagaimanapun, ia dapat membantu menghilangkan beberapa simptom sambil mengekalkan kesuburan
Gonadotropin-releasing hormone (Gn-RH) agonists: Jenis ubat ini akan menyekat pengeluaran hormon yang menyebabkan ovulasi dan haid, jadi anda tidak akan hamil semasa mengambil ubat tersebut. Pun begitu, ia dapat membantu mengecutkan fibroid
Myolisis: Prosedur ini berfungsi dengan menggunakan arus elektrik, laser, atau pancaran tenaga frekuensi radio untuk mengecilkan saluran darah yang memberi fibroid ‘makan’
Para wanita mungkin juga dapat menurunkan risiko terkena fibroid dengan menjaga diet yang sihat dan meminimumkan masa yang mereka habiskan di kawasan yang tercemar.
Produk makanan yang mengandungi pemanis tiruan, diproses, dan diawet turut meningkatkan peluang terbentuknya pertumbuhan fibroid.
Konklusinya…
Fibroid adalah ketumbuhan yang sering terjadi kepada kaum Hawa, malah para pakar menganggarkan ia telah mempengaruhi sebanyak 40% sehingga 80% golongan wanita.
Bagi sebilangan kes, pertumbuhan ini tidak akan memberi kesan dan tidak memerlukan rawatan, tetapi kadangkala ia mampu mempengaruhi kesuburan.
Di samping itu, bagi kes fibroid dalam kalangan wanita hamil boleh jadi sangat berbeza antara individu.
Sekiranya ia menimbulkan risiko kesihatan terhadap kehamilan, bakal ibu itu mungkin memerlukan rawatan pembedahan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, dapatkan nasihat serta pandangan daripada doktor.
Pejuang Fibroid Berjaya Hamil Selepas 10 Tahun ‘TTC’
Produk Efferty merupakan salah satu jenama yang membantu wanita yang mengalami masalah kesuburan dengan harga mampu milik. Susu Efferty diformulasikan khas oleh Dr. Raihana Ismail dan telah diuji secara klinikal di makmal bertauliah untuk mendapatkan keberkesanan produk tersebut. Susu Efferty terdiri daripada bahan-bahan semula jadi serta multivitamin.
Efferty banyak berkongsi dan memberi kesedaran tentang masalah fibroid. Salah satu testimoni yang telah berjaya hamil selepas berikhtiar dengan Efferty adalah Pn. Nurshahir yang juga merupakan salah seorang pejuang fibroid.
Menurut sesi interviu Dr. Raihana bersama Pn. Nurshahir, wanita ini merupakan pejuang fibroid yang berusaha untuk hamil selama 10 tahun. Sudah mempunyai seorang cahaya mata, namun Pn. Nurshahir dan suaminya, En. Dzulfaizal, mengalami kesukaran untuk menambah cahaya mata disebabkan masalah fibroid.
Menurutnya, dia mengalami masalah haid tidak teratur sejak zaman persekolahan. Pada awalnya selepas kelahiran anak sulung, dia berhasrat untuk hamil semula selepas dua tahun. Pn. Nurshahir dan suami merancang sendiri tetapi masuk tahun ketiga, akhirnya mereka mula berusaha.
Cerita Pn. Nurshahir, dia berurut serta mengamalkan jamu tetapi tidak berkesan. Lebih teruk lagi, haidnya tidak berhenti serta dia terpaksa menukar tuala wanita setiap dua jam sekali. Selain itu, Pn. Nurshahir juga kerap membuang air kecil.
Risau dengan keadaan itu, dia merujuk masalah ini kepada doktor dan semasa ujian imbasan dibuat, mereka mendapati ada fibroid.
“Terus tanya doktor kalau besar saiz fobroid kena buang (rahim) ke doktor? Sebab biasanya kalau dengar kes besar ni kena buang. Doktor kata kita tengok dulu dan makan ubat, tak semestinya kena buang.
Kita check dulu, tengok kecut ke tak. Kalau kecut walaupun sikit kita takkan operate.”
Tambah Pn. Nurshahir, fibroidnya mengecut tetapi kemudian jadi semula cuma tidak seteruk kali pertama. Tempoh haid juga panjang tetapi tidaklah sebanyak seperti yang awal dahulu.
“Dalam 2021 macam tu, saya ada terbaca tentang Efferty cuma tangguhkan nak mencuba. Sampailah ada seorang kawan mak ni, dia memang minum Efferty dan hamil. Jadi, saya pun buat research tengok okay baru beli. Sebab saya memang dah cakap, masuk umur 40 tahun redalah kalau tak ada. Sebab kita pun dah ada anak seorang.
Saya minum selama enam bulan, suami pun sama-sama minum. Cuma sayalah yang minum straight enam bulan tu, suami sekejap je. Period makin okay, jadi 10 hari dari biasanya dua minggu. Kemudian saya pregnant.”
Biarpun ketika hamil Pn. Nurshahir didapati masih mempunyai fibroid dan cyst. Namun, selepas ujian imbasan untuk bulan berikutnya doktor memberitahu bahawa cyst tersebut tidak aktif. Lebih memeranjatkan fibroidnya tidak kelihatan.
Turut berkongsi tentang tip pemakanan, Pn. Nurshahir memberitahu dia tidak mengambil ayam dan makanan proses juga banyak makan buah kiwi.
Di dalam sesi interviu itu juga Dr. Raihana memberitahu tentang kepentingan sokongan suami sepanjang proses untuk hamil. Katanya lagi, tanpa semangat dari suami mungkin isteri juga akan tarik ‘hand brake’ (putus asa).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap detik kehamilan adalah momen yang penuh makna dari degupan jantung pertama si kecil hingga harapan yang menggunung tinggi untuk meniti masa depan. Kini bagi meraikan bakal ibu di Malaysia CARiNG Pharmacy membawakan satu peluang istimewa untuk meraikan perjalanan luar biasa ini.
‘Mom-to-be Moments Giveaway’ adalah kempen yang dikhususkan buat semua bakal ibu di Malaysia dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai 𝗥𝗠𝟮𝟱,𝟎𝟎𝟎 yang menanti pemenang! Bersedialah untuk dimanjakan dan dihargai sepanjang fasa kehamilan anda.
Hadiah Lumayan Bernilai RM25,000!
Anda berpeluang menangi hadiah yang lumayan dalam Mom-to-be Moments Giveaway ini, antaranya:
Hadiah Pertama: Pakej Penjagaan Berpantang bernilai RM10,000 untuk 1 pemenang
Hadiah Kedua: Fotografi Potret Bayi bernilai RM1,499 untuk 3 pemenang
Hadiah Ketiga: Pakej Pilates Pascabersalin benilai RM1,000 untuk 3 pemenang
Hadiah Saguhati: Set Pemulihan CARiNG bernilai RM800 untuk 5 pemenang
Cara Penyertaan ‘Mom-to-be Moments Giveaway
Nak sertai? Mudah sahaja, ikuti langkah-langkah berikut: 1. Hantar 3 resit pembelian (min RM50 setiap satu) daripada mana-mana outlet CARiNG, Georgetown atau Wellings Pharmacy 2. Lampirkan gambar jelas kad temu janji antenatal anda sebagai bukti kehamilan 3. Isi borang penyertaan di pautan berikuthttps://bitly.cx/LJo4I Penyertaan terbuka hanya kepada ibu hamil warganegara Malaysia.
Tempoh Peraduan
Tempoh peraduan bermula dari 1 Mei – 25 Mei 2025, dan yang menariknya, resit pembelian yang bertarikh seawal 1 April 2025 turut diterima untuk penyertaan! Jadi, jika anda sudah membuat pembelian di CARiNG, Georgetown atau Wellings Pharmacy sejak 1 April, pastikan anda simpankan resit tersebut.
Kumpulkan 3 resit pembelian bernilai minimum RM50 setiap satu, dan anda sudah layak untuk menyertai Mom-to-be Moments Giveaway! 🎉 Anda juga boleh jejak pembelian anda melalui Caring Membership App lebih mudah dan tersusun!
Siapa Layak Sertai? Hanya Untuk Ibu Mengandung Sahaja
Peluang ini eksklusif untuk bakal ibu sahaja, kerana anda berhak diraikan! Tak perlu jadi influencer, tak perlu viral, cukup sekadar anda seorang ibu mengandung yang membuat pembelian di farmasi yang tersenarai. Paling best pemenang akan dipilih secara rawak, jadi semua orang ada peluang yang sama rata!
Syarat Mudah, Ganjaran Luar Biasa
Syarat-syarat adalah seperti berikut ✔ Warganegara Malaysia ✔ Sedang hamil semasa penyertaan dihantar ✔ Hanya satu penyertaan untuk setiap peserta ✔ Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan tidak boleh dipindah milik Para pemenang akan diumumkan selewat-lewatnya pada 4 Jun 2025
Jangan Lepaskan Peluang, Ini Saat Anda Bersinar Sebagai Ibu Hebat
Jadi apa tunggu lagi bakal ibu sekalian? Inilah masa untuk anda dihargai, disayangi dan diraikan dengan penuh gaya! ‘Mom-to-be Moments Giveaway’ bukan hanya tentang hadiah tapi tentang menyambut fasa kehidupan baru dengan penuh penghormatan.
Sertai sekarang dan jadikan kehamilan anda lebih bermakna dengan peluang memenangi hadiah eksklusif bernilai ribuan ringgit.