Penyakit gastrik di kalangan ibu hamil, ketahui punca dan cara rawat. Gastrik atau penyakit gastroesophageal reflux (GERD) merupakan satu keadaan yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Penyakit Gastrik Di Kalangan Ibu Hamil, Ketahui Punca & Cara Rawat
Keadaan ini berlaku apabila asid perut naik ke esofagus, menyebabkan rasa terbakar di dada atau pedih ulu hati. Gastrik boleh menjejaskan kualiti hidup wanita hamil, tetapi terdapat beberapa cara untuk mengurus dan merawat keadaan ini.
Punca Gastrik Semasa Kehamilan
Perubahan Hormon
Semasa kehamilan, hormon progesteron meningkat. Hormon ini membantu melonggarkan otot-otot di rahim, tetapi ia juga melonggarkan injap antara perut dan esofagus. Ini membolehkan asid perut naik ke esofagus dengan lebih mudah.
Tekanan Pada Perut
Rahim yang semakin membesar boleh memberi tekanan kepada perut. Tekanan ini boleh menyebabkan asid perut naik ke esofagus, terutama selepas makan.
Perubahan Diet dan Gaya Hidup
Wanita hamil sering mengalami perubahan dalam selera makan dan mungkin makan lebih kerap atau dalam kuantiti yang lebih besar. Ini boleh meningkatkan risiko refluks asid.
Gejala Gastrik Semasa Kehamilan
Ads
Rasa terbakar di dada (pedih ulu hati)
Rasa masam atau pahit di mulut
Kembung perut
Loya dan muntah
Sendawa yang kerap
Cara Mengurus dan Merawat Gastrik
Makan dalam Kuantiti Kecil dan Kerap
Makan dalam kuantiti kecil tetapi lebih kerap boleh membantu mengurangkan tekanan pada perut dan mengurangkan risiko refluks asid.
Elakkan Makanan Tertentu
Makanan pedas, berlemak, dan berasid boleh mencetuskan gejala gastrik. Mengelakkan makanan ini boleh membantu mengurangkan gejala.
Ads
Elakkan Berbaring Selepas Makan
Berbaring selepas makan boleh memudahkan asid perut naik ke esofagus. Tunggu sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam selepas makan sebelum berbaring atau tidur.
Gunakan Bantal Tambahan
Mengangkat kepala semasa tidur dengan menggunakan bantal tambahan boleh membantu menghalang asid perut daripada naik ke esofagus.
Pakai Pakaian Longgar
Pakaian yang ketat boleh memberi tekanan pada perut dan memperburuk gejala refluks asid. Pakai pakaian yang longgar dan selesa.
Rujuk Doktor
Ads
Jika langkah-langkah di atas tidak membantu, rujuk doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut. Doktor mungkin akan mengesyorkan ubat antasid atau ubat lain yang selamat untuk wanita hamil.
Gastrik semasa kehamilan adalah masalah yang biasa, tetapi ia boleh diuruskan dengan perubahan gaya hidup dan diet. Wanita hamil perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Wanita hamil cubalah elakkan makanan yang boleh mencetuskan gejala, dan mengikuti nasihat doktor untuk memastikan kesihatan mereka dan bayi dalam kandungan terjaga. Dengan pengurusan yang betul, gejala gastrik boleh dikurangkan, dan wanita hamil boleh menjalani kehamilan dengan lebih selesa.
Setiap ibu hamil pasti mengimpikan kelahiran secara normal. Berkemungkinan sekiranya seseorang ibu itu bersalin normal, dia lebih cepat sembuh. Berbanding ibu yang melahirkan bayinya melalui pembedahan, lukanya mengambil sedikit masa untuk sembuh.
Banyak faktor yang mempengaruhi proses kelahiran seseorang ibu. Selain mental dan fizikal ibu yang bersedia, tahap kesihatannya juga mesti berada di tahap terbaik bagi membolehkan kelahiran normal. Bukan itu saja, keadaan bayi dalam kandungan juga mempengaruhi sesebuah proses bersalin.
Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Dr. Maiza Tusimin ada berkongsi tentang faktor yang menentukan kejayaan kelahiran normal;
#1 POWER Power = kekuatan kontraksi rahim yg stabil & konsisten penting untuk : • menolak bayi turun & masuk ke dalam rongga pelvis, vagina & keluar dari faraj • membuka serviks sehingga 10cm • menolak bayi dalam posisi yang betul – occipito-anterior (OA) di mana kepala bayi menyentuh dagunya & memberikan diameter yg muat untuk melepas rongga vagina & faraj
#2 PASSAGE Passage = Laluan i.e rongga pelvis, vagina & faraj boleh dihalang atau jadi tidak sesuai untuk melahirkan secara normal bila : • ketinggian ibu < 150cm dengan pelvis yg sempit atau bentuk yang tidak normal, CPD • tumor yang menghalang bayi untuk masuk ke dalam rongga pelvik seperti cyst atau fibroid
#3 PASSENGER Passenger = Penumpang i.e bayi dengan keadaan berikut berisiko tinggi jika bersalin normal : • posisi bayi tidak dalam posisi OA seperti muka menghadap vagina (face presentation), mendongak (brow presentation) • kepala bayi besar e.g hydrocephalus • bayi yang besar 》4kg • CTG atau jantung bayi yang tidak stable / distres
Sekiranya kelahiran normal selamat dan kedua-dua ibu dan bayi sihat, itu adalah satu detik yang menggembirakan bukan saja untuk keluarga bahkan pegawai perubatan serta jururawat yang bertugas.
Biar apa jua teknik kelahiran seseorang ibu, pengorbanannya tak boleh dipandang remeh kerana dia tetap bertarung nyawa demi bayinya. Terima kasih, ibu!
Setiap kali nak pakaikan si manja lampin bayi tentu rasa risau, takut mereka mengalami ruam. Jangan bimbang, ada petua untuk penjagaan kulit dan napkin baby yang boleh dicuba.
Penjagaan kulit dan lampin bayi
Tiada siapa boleh menafikan kegembiraan yang dirasai saat bergelar ibu bapa buat kali pertama. Tetapi dalam masa yang sama ia turut boleh mengundang tekanan apatah lagi melibatkan aspek penjagaan si manja seperti pemakaian napkin baby yang mungkin boleh menyebabkan ruam.
Pastinya anda tertanya-tanya adakah terdapat cara penjagaan kulit si manja yang betul? Sesungguhnya pengetahuan adalah kunci untuk segalanya.
Tip pemakaian napkin baby
Kebanyakan bayi yang baru lahir akan menukar lampin antara 10 hingga 15 kali dalam sehari. Banyak, bukan? Ia tampak sukar, namun sebenarnya ada petua untuk memudahkan proses menukar lampin bayi ini.
Panduan asas menukar lampin bayi baru lahir:
Menukar napkin baby perempuan:
Meukar napkin bayi lelaki:
Merawat ruam lampin
Ia mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat yang memerlukan ubat preskripsi.
Kulit si kecil yang baru lahir sangat lembut dan sensitif, pastinya keadaan itu mendatangkan kerisauan kepada ibu bapa, bukan?
Namun ada tip penjagaan yang boleh dilakukan, seperti:
Mandi berlebihan
Menurut American Academy of Pediatrics, bagi kebanyakan bayi, mandi 3 kali seminggu sudah mencukupi. Jika berlebihan, ia boleh menyebabkan kulit mereka kering.
Ketika sesi mandian, anda boleh mengikuti beberapa petua asas berikut:
Ikuti saranan doktor mengenai aspek penjagaan tali pusat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak cerai susu badan bukan satu tugas yang mudah buat ibu-ibu yang menyusu. Lebih-lebih lagi melibatkan soal emosi ibu dan anak, kalau tak kuat boleh menangis setiap hari.
Suka atau tidak, ‘wean off’ tetap perlu dilakukan jika anak sudah mencapai tahap umur 2 tahun ke atas. Walaupun bukan tugas mudah, namun ibu-ibu pasti boleh melakukanya. Jom ikuti tip yang dikongsi ibu ini dan pengalamannya selama 2 minggu dalam usaha bercerai susu badan.
TIPS ‘WEAN OFF’ ( PUTUS SUSU BADAN) DALAM MASA 2 MINGGU
Siapa yang masih menyusu anak yang umur 2 tahun & ke atas?Angkat Tangan♀. Kita tau ramai yang sedang melaluinya sekarang.
Ya ampun,kalau ditanya mana2 ibu,jawapannya sama.’ Tak kuat tak nak bagi’ ,’ Dah cuba macam-macam tapi tak jalan’ dan macam
lagi.Kita pun lalui benda yang sama.Sure ada mulut-mulut ‘ Bawangs’ yang sembur kata2 ‘petir’ bila melihat kita masih menyusukan anak yang dah besar ( 2 tahun & keatas).
Ok.Dibawah ni tips kita putuskan susu untuk anak kita,Mikayla masa dia 2 tahun 3 bulan.Pendapat kita,terpulang berapa lama si ibu nak menyusukan anak masing2.
Ada sesetengah kes yang membuatkan si ibu terpaksa memutuskan susu badan:
Mengandung/ sebab2 kesihatan/ kerja @belajar jarak jauh dan lain2.Jangan sesekali kondem mereka.
Terima kasih pada kawan2,ahli keluarga yang menyumbang petua & tips.Harap tips dibawah dapat membantu para ibu yang lain.
Fasa ini dinamakan fasa ‘mengalih perhatian’.Semak balik jadual menyusu anak.Fasa ni cuba kurangkan sehari ke sehari jumlah menyusu sehingga anak biasa menyusu ketika anak mahu tidur sahaja.Masa2 lain bila anak merengek nak susu,Alih perhatiannya.Buat perkara yang disukai si anak.
Pasang kartun kegemaran,ajak anak bermain bola,ajak anak mandi kolam,sampai anak terlupa.Alih perhatian setiap kali anak nak menyusu.(kerjasama ibu,ayah @ keluarga terdekat amat dperlukan waktu ini)Sebenarnya anak bukan nak menyusu sangat pun,sekadar nak ‘ cas bateri’.Sebab dah habit.Biasanya tempoh menyusu sekejap sahaja pada usia ni tapi berulang2.Sebab anak rasa nak dimanja,nak dirangkul dalam pelukan ibu.Dia dah biasa sejak bayi.Jadinya,Nenen si ibu tu dah jadi kawan baik si anak.
Sebab tu,please..please.. jangan putuskan susu secara drastik jika tiada apa2 kecemasan.kesian emosi si anak.
2.#MULA AJAR ANAK MINUM SUSU GUNA CAWAN @ BOTOL.
Perlahan-lahan ajar anak minum susu segar @ susu formula.Pilihlah susu yg tanpa gula untuk si anak untuk mengelakkan anak ketagih dgn susu,membuatkan anak kenyang susu sehingga tak mahu makan nasi.Jika guna botol,pilih puting lembut yg seakan puting susu si ibu.Bab ni kena kental kalau anak reject.kawan2 boleh cuba puting pigeon.Ramai suggest jenama ni.Mikayla serasi dgn puting tomei tippe.Nasiblah Mikayla xdemand nk yang puting mahal2 hehehehehe
================== 1 MINGGU TERAKHIR ==================
1.#NO NYONYOT SEBELUM TIDUR
Fasa ini,dinamakan ‘Fasa penat’.Sebab apa,waktu ini parents @ penjaga kena buat aktiviti sebelum waktu nak tidur pagi/petang/ malam.Sebelum waktu tidur tu ajak anak bermain permainan yang boleh menyebabkan anak kepenatan.Contoh bermain kejar2,main bola dalam rumah @ lain2 aktiviti yg boleh memenatkan anak.Bila anak dah penat,ajak anak tidur.Offer anak susu botol.Bila dah penat,bila ditepuk2 confirm tertidur sendiri tanpa nyonyot.Pastikan anak dalam keadaan selesa sewaktu nak tidur tu ( lampin dah ditukar,anak dah kenyang untuk elak anak terbangun tengah2 malam)
2.#KERAPKAN PELUK,CIUM & BERGURAU DENGAN ANAK
Bermula fasa ini & seterusnya,si ibu kena menggandakan jumlah memeluk,mencium &Bergurau dengan anak sekerap mungkin.Sebab ape? Biar si anak sentiasa merasa tetap dimanja dan disayangi walau bukan waktu menyusu pun. Lama kelamaan anak akan ‘melupakan’ moment dimanja hanya ketika menyusu.Anak akan SAVE memory yang baru iaitu sentiasa disayangi & boleh bermanja walau tidak menyusu lagi.
3.#CALIT BENDA YANG TIDAK DISUKAI ANAK PADA PUTING IBU
Fasa terakhir,ini merupakan jalan terakhir setelah kesemua perkara diatas sudah dibuat.Jika anak masih meminta susu badan,ibu2 boleh cuba calitkan makanan @ minuman yg tidak disukai anak pada puting si ibu setiap kali anak hendak menyusu.Anak kita Mikayla tak suka masam2.Jadi kita calitkan sedikit limau kasturi di puting🤭Aduhai..masih teringat raut wajah anak bila dia rasa masam tu.Dia cuba menyusu di sebelah pun rasa masam.Meraunglah si kawan tu sbb dia ingat air susu dah bertukar rasa masam.
Masa pertama kali ni,2 jam kita cuba tidurkan Mikayla.Akhirnya kecundang tidur jugak dari cubaan pukul 11 malam sehingga pukul 1 pagi! Esoknya ketika mahu tidur petang,kita dah siap2 calit limau.Mikayla mintak nak susu.Mungkin dia lupa kejadian malam semalam.kita pun bagi lah.Lepastu Mikayla reject terus.Dia taknak langsung.Trauma dengan rasa masam tu agaknya.Yeahhhhh!! Kita dah berjaya.🏆🎉🎉Syukur
Alhamdulillah..
Kawan2 mungkin boleh cuba calit:
✔Lemon,
✔durian,
✔asam jawa
✔,nescafe..
Kalau tak berkesan jugak.. calit JADAM.Ni petua & jalan terakhir kalau semua tak berkesan.Senang dapat di kedai2 runcit india.Khabarnya rasa jadam ni pahit.Anak tak suka.
Cara nak calit guna jadam:Rebus jadam dgn sedikit air@ guna air panas.Air akan bertukar jadi hitam.Tunggu air sejuk baru calit kan nenen.
4.#SOROKKAN NENEN DARI PANDANGAN ANAK
Jika sebelum ni kita tak kisah mandi @ pakai baju depan anak,fasa ini sila sembunyikan nenen dari dilihat anak.Jika tidak disembunyikan,ini akan menggalakkan anak teringat momen menyusu,boleh menyebabkan proses wean off semakin susah nnti.
Ok,habis dah tips yang boleh kite kongsikan.Tipu jika kita cakap tak sedih.Sedih yang teramat sebenarnya😭😭😭.Rindu!Rindu Mikayla yang sibuk buat projek part time masa menyusu.Mamy rindu Mikayla korek hidung mamy,korek mulut mamy..ukhukhuk..Tak apela,mamy simpan erat2 memori indah sepanjang menyusukan Mikayla.in shaa Allah ada rezeki boleh buat moment baru, diharap ada rezeki susukan anak yang seterusnya.Moga Allah permudahkan segalanya..Aamiin
Selamat berusaha semua.Keberkesan mungkin berbeza ikut pada anak.In shaa Allah,Allah akan membantu pada hambanya yang berusaha.💋
Happy World Breastfeeding week pada ibu2 yang masih menyusu.Jika berkemampuan teruskan berjuang menyusu sehingga anak 2 tahun.chaiyok
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.