“Perangai Memang 100% Berbeza, Tapi Bab Makan Kami Sama”. Memey Suhaiza Kongsi Rahsia Bahagia!

Share

Bukan mudah hendak mengekalkan rumah tangga yang kekal harmoni dan bahagia. Namun pasangan serasi ini, Norman Hakim dan Memey Suhaiza sering menjadi inspirasi bagi semua pasangan. Bukan hanya kebahagiaan yang jelas terpancar, bahkan keluarga besar mereka bersama Abby Abadi dan suaminya menjadikan keluarga ini cukup memberi inspirasi kepada semua.

Rupanya ada rahsia yang dikongsikan oleh Memey dalam kehidupan berumah tangganya bersama Norman Hakim. Makan bersama dan curi masa untuk berdating berdua adalah tip bahagia pasangan ini.

Memey berkongsi cerita itu menerusi satu entri di instagram miliknya. Kata Memey lagi, dia dan suami memang berbeza sikap. Pun begitu mereka sangat serasi dalam sesetengah perkara.

“Kami..kalau bab perangai 100% berbeza. Tapi kalau bab makan 100% sama! Masing-masing teruja bab makan.

“Dah makan kat rumah, boleh sambung lagi makan kat luar. Bab makan ni tak payah tunggu mengidam, sebut je, laju je suami terus ajak sebab kita orang memang sejenis kaki makan, ” katanya berkongsi.

Ternyata video yang dikongsikan oleh Memey itu cukup membuktikan kebahagiaan mereka bersama. Makan sambil bersuap. Cukup romantis.

Cuba Cari Masa
Kata Memey lagi, walaupun sibuk macam mana pun, dia dan suami akan mencuba waktu untuk keluar ‘dating’ bersama tanpa ketiga-tiga anak mereka. Inilah rahsia mereka.

” Memang akan ada selalu moment berdua macam ni. Moment penting untuk kita orang.

“Sibuk macam mana pun kita orang akan sentiasa cari ruang dating berdua je sebab time ni kita orang boleh fokus bercinta. Guna peluang & ruang sebaik mungkin untuk sentiasa hargai satu sama lain,” kata Memey lagi.

Sembilan Tahun Bersama
Rupanya pasangan bahagia ini bakal menyambut ulang tahun ke sembilan perkahwinan mereka. Bukan satu tempoh yang mudah namun mereka sudah membuktikannya. Semoga semuanya baik-baik sahaja buat pasangan romantis ini.

“Sikit hari lagi nak masuk anniversary ke 9 tahun. Cepat je masa berlalu.

“Saya doakan semoga kita semoga hidup sentiasa dalam berkasih sayang kerana Allah. Jaga diri baik-baik, jaga pertuturan, jaga semuanyalah. Semoga yang baik-baik juga didekatkan dengan kita semua, ” katanya lagi.

Norman Hakim dan Memey Suhaiza dinikahkan pada 24 September 2011 dan bakal memasuki usia sembilan tahun perkahwinan mereka beberapa hari sahaja lagi.

Mereka dikurniakan tiga orang anak penyeri bahagia mereka, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.


EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid

Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?

Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents

IKLAN