“Perelokkanlah Akhlak Perangai Anakku Seindah Akhlak Rasulullah” Noor Nabila Nak Anak Jadi Hafiz & Alim Ulama

Share

Noor Nabila kakak kepada pengacara terkenal, Noor Neelofa telah memuatnaik gambar anaknya Jebat Jayden di instagram dengan caption mendoakan anaknya supaya menjadi orang yang baik, pandai, berakhlak mulia dan menjadi alim ulama suatu hari nanti.

Nabila yang telah mendirikan rumahtangga bersama pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad dikurniakan seorang cahaya mata. Namun baru-baru ini rumah tangga mereka dikatakan bermasalah dan masih belum diketahui punca dan status sebenar.

Jadikan Anakku Anak Yang Cerdik

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Jadikanlah anakku anak yang cerdik berakal, berilmu dan beramal soleh, fasihkan lidah anakku dalam membaca Al-Quran dan Hadith Rasulullah S.A.W.

Perelokkanlah Akhlak Perangai Anakku

Perelokkanlah akhlak perangai anakku seindah akhlak Rasulullah S.A.W, berilah kesihatan kepada anakku.

Jadikan Annaku Anak Yang Soleh, Bakal Hafiz

Jdikan anakku anak yang soleh, bakal hafiz, alim ulama, dai’e di jalanMU, berikanlah kebaikan kepadanya kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Penyayang. Ameen.

Ramai yang mendoakan supaya Jebat Jayden menjadi hafiz dan golongan alim ulama suatu hari nanti. Ada juga netizen yang memberikan pendapat jika ingin anak menjadi hafiz salurkan mereka di tempat yang betul.

 

 

IKLAN