
Si comel Lala atau Nur Khawla Soleha, anak kepada pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel sentiasa mencuit perhatian ramai.
Jika sebelum ini trending Khawla yang suka merajuk jika tidak dilayan oleh bapanya, kali ini Syamel memuat naik video Lala untuk ke sekolah pula.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Syamel, Khawla diminta bapanya untuk melakukan tepuk semangat atau hakka bagi memberikan motivasi anak kecil itu ke sekolah. Memang comel.
“Ritual sebelum school,” tulis Syamel ringkas menerusi kapsyennya.
Paling menarik pastinya kesungguhan Khawla yang mencuba dengan cukup bersemangat sudah semestinya menyorot perhatian wargamaya.
Khawla pula dilihat seakan sudah biasa dengan rutin itu setiap pagi ke sekolah. Tidak hairanlah Syamel turut dipuji wargamaya kerana menerapkan elemen positif setiap pagi.
Ada pula wargamaya yang berseloroh dengan mengatakan Khawla seperti mahu menyertai PLKN kerana kesungguhan aksinya yang cukup bertenaga. Terbaik Khawla.
@syamel_officialRitual sebelum school ✌🏻♬ original sound – Syamel
Terdahulu, Syamel dan Ernie Zakrie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor. Pasangan ini menyambut kelahiran anak pertama mereka, Nur Khawla Soleha pada 22 Februari 2022.