Belum puas kasih sayang dicurahkan, anak kesayangan akhirnya ‘pergi’ dulu ke syurga pada usia 2 bulan.  Catatan bapa ini memilukan siapa sahaja membacanya.

Masih terbayang-bayangkan senyuman dan keletahnya. Namun dalam keterpaksaan bapa ini, terpaksa merelakan si kecil yang disayangi menghembuskan nafasnya buat kali terakhir selepas bergelut pelbagai kesakitan dan kepayahan akibat keadaan yang didiagnos sebagai sepsis with multiple organ failure.

“Pergilah, Daddy Halalkan Semuanya…” Nukilan Bapa, Anak 2 Bulan Pergi Dulu Lepas Batuk & Selesema

Belum puas kasih sayang dicurahkan, anak kesayangan akhirnya ‘pergi’ dulu ke syurga pada usia 2 bulan.  Catatan Nazrul Amree ini menyebakkan siapa sahaja membacanya.

“Pergilah, Daddy Halalkan Semuanya…” Nukilan Bapa, Anak 2 Bulan Pergi Dulu Lepas Batuk & Selesema

Si kecil Allahyarham Caliph Imani pada mulanya mengalami selesema dan batuk. Bapa ini langsung tidak dapat meneka ada sesuatu yang bahaya sedang menyerang anak kesayangan. bertarung nyawa melawan jangkitan bakteria. Batuk and selesema terus melarat menjadi sawan akibat jangkitan kuman dan bacteria.

Melihatkan pertarungan hebat si anak melawan jangkitan hingga satu masa terpaksa menggunakan 100% bantuan mesin pernafasan dan mengalami kegagalan organ, dia mereka anak yang yang ditatang dan dijaga pergi menghadap Ilahi dengan aman.

10 Mei 2019

“Pergilah, Daddy Halalkan Semuanya…” Nukilan Bapa, Anak 2 Bulan Pergi Dulu Lepas Batuk & Selesema

Assalamualaikum anak daddy. Esok daddy & mama ambil keputusan utk lepaskan awak di bulan ramadhan yg mulia. Daddy & Mama dah redha utk lepaskan awak Caliph Amani. Semoga awak lebih tenang disana.

Daddy halalkan semuanya. Daddy tau awak tak sabar nak pergi kan. Daddy tau awak sakit sangat skang. Memang berat daddy & mama nak lepaskan awak tapi Allah lebih sayangkan awak. Daddy redha dengan apa yg berlaku skang. Daddy bangga dapat jadi ayah kepada awak walau pon sekejap.

IKLAN

“Pergilah, Daddy Halalkan Semuanya…” Nukilan Bapa, Anak 2 Bulan Pergi Dulu Lepas Batuk & Selesema

Daddy harap Caliph dapat tunggu and jumpa daddy & mama di syurga kelak. Semoga awak sentiasa dalam lindunganNya. Pergi la Caliph Amani dengan aman. Tiada sesiapa yg akan halang lagi..

12 Mei 2019

12.05.19 tarikh yg agak menyedihkan bagi aku sekeluarga, perginya sorang permata & anak syurga bagi daddy & mama menemui Sang Pencipta.

Agak terkilan bila daddy & mama tak dapat kesan penyakit Caliph pada awal. Bermula dengan batuk and selesema, terus melarat menjadi sawan akibat jangkitan kuman dan bacteria.

30 MINIT JANTUNG BERHENTI, KEGAGALAN BANYAK ORGAN

Selama 30min jantung Caliph berhenti daddy & mama rasa dunia btol2 gelap. Tak habis2 mama & daddy doa supaya Caliph dpt diselamatkan hari tu. Dengan kuasa Allah, dia balikkan nyawa Caliph tapi diduga dengan kegagalan banyak organ akibat kekurangan oxygen dalam badan.

IKLAN

100% BERNAFAS BERGANTUNG KEPADA MESIN

Caliph dimasukkan di wad pediatrik ICU selama 4 hari dalam keadaan kritikal dan bergantung 100% pada mesin untuk bernafas. Alhamdulillah, semua doc and nurse yg rawat Caliph sangat profesional dalam kerja mereka. Tak putus-putus bantuan dan rawatan yang diorang bagi.

“Pergilah, Daddy Halalkan Semuanya…” Nukilan Bapa, Anak 2 Bulan Pergi Dulu Lepas Batuk & Selesema

KEPUTUSAN BERAT PERLU DIBUAT

Tapi pada 11.05.19 daddy & mama tak sanggup nak tengok Caliph terus terseksa melawan sakit yang Caliph hadapi. Atas nasihat doc and sokongan family, daddy & mama terpaksa buat keputusan yg berat tapi terbaik utk caliph iaitu menghentikan semua mesin bantuan yg diberikan untuk Caliph supaya Caliph dpt pergi dengan tenang.

‘BANTUAN DIHENTIKAN, LULUHNYA DADDY & MAMA LIHAT CALIPH MASA TU’

IKLAN

Tepat pada 7.40am doctor dan pegawai perubatan telah mencabut dan menghentikan semua alat2 dan mesin bantuan yg diberi. Tak putus2 doa yang daddy & mama terima start daripada hari tu. Hanya Allah je tahu mcm mana luluhnya hati daddy & mama tgk keadaan Caliph masa tu.

“Pergilah, Daddy Halalkan Semuanya…” Nukilan Bapa, Anak 2 Bulan Pergi Dulu Lepas Batuk & Selesema

AKHIRNYA CALIPH MENEMUI MAHA PENCIPTA

Alhamdulillah tepat pukul 10.34am 12.05.19 Caliph telah menghembuskan nafas terakhir untuk bertemu Maha Pencipta dan juga menjadi ahli syurga idaman semua manusia yg hidup. Daddy & mama redha dengan ujian yg Allah bagi, Dia bagi pinjam Caliph pon dh cukup buat daddy & mama bersyukur sangat2.

“Pergilah, Daddy Halalkan Semuanya…” Nukilan Bapa, Anak 2 Bulan Pergi Dulu Lepas Batuk & Selesema

DADDY MAMA TAKKAN BERHENTI MENYAYANGIMU SAYANG….

Semoga Caliph tenang disana, daddy & mama takkan berhenti menyayangi dan mendoakan untuk Caliph. Terima kasih jgak kepada semua yang tak habis-habis mendoakan untuk Caliph. Alhamdulillah

“Pergilah, Daddy Halalkan Semuanya…” Nukilan Bapa, Anak 2 Bulan Pergi Dulu Lepas Batuk & Selesema

Sumber: Nazrul Amree

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI