Bayangkan perasaan seorang ibu yang sedang bersiap menyambut detik paling bermakna dalam hidupnya, namun perjalanan ke hospital tiba-tiba bertukar tragis. Ambulans yang sepatutnya membawa harapan dan kebahagiaan bertembung dengan seekor lembu di kilometer 30, Jalan Gua Musang-Kuala Krai. Perasaan cemas bertukar menjadi sedih dan pilu.
Menurut laporan Sinar Harian, kejadian jam 4 pagi itu berlaku semasa ambulans tersebut dalam perjalanan dari Hospital Gua Musang menghala ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, setiba di lokasi kejadian seekor lembu secara tiba-tiba telah melintas jalan dan melompat ke arah ambulans terbabit.
Ads
“Disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu ambulans tersebut tidak sempat mengelak lalu melanggar haiwan berkenaan.
“Bagaimanapun, pemandu, doktor dan pesakit di dalam ambulans terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Ads
Menurut beliau, pesakit yang hendak bersalin itu telah selamat dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra dengan ambulans bantuan dari Hospital Gua Musang dengan kadar segera sejurus kemalangan berlaku.
Ads
Choon Foo meminta orang ramai sentiasa berhati-hati semasa memandu terutama pada malam hari di mana keadaan jalan gelap tanpa lampu jalan.
“Pemilik haiwan akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya ternakan mereka dibiarkan berkeliaran dan menyebabkan kemalangan di jalan raya.
“Mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan iaitu kecuaian dalam menguruskan haiwan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular video kanak-kanak tadika hingga meraih hampir 5 juta tontonan benar-benar mencuri perhatian ramai di media sosial. Siapa yang tidak teruja melihat seorang anak Melayu tetapi memiliki raut wajah seakan-akan kanak-kanak Barat? Rakaman berdurasi 46 saat itu bukan sahaja menjadi bualan hangat, malah mengundang ribuan komen positif daripada warganet.
Fenomena tular video kanak-kanak tadika ini membuktikan bahawa keunikan semula jadi seorang anak kecil mampu menarik perhatian jutaan pengguna internet dalam masa yang singkat. Dalam dunia media sosial yang pantas bergerak, bukan mudah untuk sesuatu kandungan mencapai angka tontonan sebegitu tinggi.
Kanak-kanak perempuan tersebut dikenali sebagai Nur Hessa Adlena. Menerusi tular video kanak-kanak tadika yang dikongsikan, wajahnya yang unik membuatkan ramai terpaku sebaik sahaja rakaman dimainkan.
Jumlah tontonan yang hampir mencecah 5 juta jelas menunjukkan betapa kuatnya daya tarikan si kecil ini. Dalam tempoh singkat, video berkenaan dikongsi berulang kali sehingga menjadi antara kandungan paling hangat diperkatakan.
Antara perkara paling mencuri perhatian dalam tular video kanak-kanak tadika ini ialah warna mata kelabu semula jadi yang jarang dimiliki, khususnya dalam kalangan kanak-kanak tempatan. Keunikan tersebut membuatkan ramai warganet terpukau.
Ada yang menyangka mata kelabu itu hanyalah kesan pemakaian kanta lekap. Namun menurut ahli keluarganya, warna mata tersebut adalah asli sejak lahir dan dipercayai diwarisi daripada sebelah bapanya yang mempunyai darah kacukan.
Penjelasan tersebut sekali gus menepis segala spekulasi yang timbul selepas tular video kanak-kanak tadika berkenaan menjadi perhatian umum. Keaslian ciri fizikal itu menambahkan lagi keistimewaan yang dimiliki oleh Nur Hessa Adlena.
Selain mata kelabu yang menyerlah, raut wajah polos serta rambut perang yang dimilikinya turut menguatkan tanggapan bahawa si kecil ini seolah-olah berketurunan Barat. Ada yang menyifatkannya seperti kanak-kanak ‘Mat Salleh’, malah ada juga yang menggelarnya persis anak patung hidup.
Kombinasi wajah lembut, senyuman manis dan ekspresi yang tenang menjadikan tular video kanak-kanak tadika ini semakin mendapat perhatian. Ramai tidak menyangka seorang kanak-kanak tempatan boleh memiliki ciri-ciri fizikal sebegitu unik.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dan teruja. Mereka tidak lokek memberikan pujian terhadap kecantikan serta kecomelan kanak-kanak tersebut.
Antara komen yang ditinggalkan termasuk pujian terhadap mata kelabunya yang cantik, wajah yang lembut dan penampilan yang berbeza daripada kebiasaan. Ramai juga yang mendoakan agar si kecil ini membesar dengan sihat serta sentiasa dilindungi.
“Masyaallah, keajaiban dunia,terlahir jadi barbie doll
Bagi kebanyakan pengguna media sosial, tular video kanak-kanak tadika ini bukan sekadar soal rupa paras. Sebaliknya, ia dianggap sebagai satu anugerah semula jadi yang wajar dihargai dan disyukuri.
Secara keseluruhannya, fenomena ini membuktikan bahawa sesuatu yang asli dan semula jadi sentiasa mempunyai tempat istimewa di hati masyarakat. Dalam lambakan kandungan digital hari ini, keikhlasan dan kepolosan seorang anak kecil tetap mampu menyentuh emosi ramai.
Tular video kanak-kanak tadika ini akhirnya menjadi bukti bahawa kecomelan dan keunikan bukan sekadar faktor luaran, tetapi juga daya tarikan yang mampu menyatukan reaksi positif daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Baru-baru ini telah berlangsung program INTIMATE Keluargagader Hi-Tea, sebuah acara santai namun penuh makna yang menghimpunkan komuniti ibu bapa dalam suasana mesra dan kekeluargaan. Bukan sekadar hi-tea biasa, tetapi menjadi ruang untuk mempererat hubungan, berkongsi pengalaman, serta menyemai semula nilai kekeluargaan yang kian pudar dalam kesibukan kehidupan seharian.
Dalam suasana santai, program ini berjaya menyatukan komuniti Pa&Ma D’Parents yang sentiasa mencari inspirasi untuk menjadi ibu bapa terbaik buat anak-anak mereka.
Dianjurkan oleh Majalah Pa&Ma pada 31 Oktober 2025 (Jumaat) di De Palma Hotel, Shah Alam, INTIMATE Keluargagader Day Hi-Tea bertemakan “Biru Putih” tampil eksklusif dengan pelbagai aktiviti menarik yang dirancang untuk menghidupkan semangat kekeluargaan.
para peserta hadir turut mendapat goodie bagi Pa&Ma. Bukan itu sahaja, peserta menikmati hidangan minum dan makanan petang yang disediakan oleh pihak De Palma Hotel, Shah Alam . Pelbagai aneka juadah lazat seperti kuih-muih tradisional, mini sandwich dan pilihan minuman panas serta sejuk yang menggamit selera.
Sesi paling ditunggu-tunggu adalah perkongsian inspirasi daripada Pakar Motivasi terkenal, Dr. Tengku Asmadi. Dengan gaya penyampaian yang bersahaja namun sarat dengan nasihat yang penuh makna buat ibu ayah yang hadir. Beliau turut berkongsi tentang pentingnya kekuatan emosi dan keseimbangan mental dalam mendidik anak-anak di era moden yang penuh cabaran.
Menurut beliau, keluarga yang bahagia bermula daripada hati ibu bapa yang tenang. Bila kita sebagai ibu ayah belajar untuk mengurus tekanan dengan bijak, kita bukan saja membina anak yang hebat, tapi juga membina keluarga yang kuat.
Selesai sesi motivasi yang penuh inspirasi itu, majlis diteruskan dengan penyerahan Box Pa&Ma sebagai tanda penghargaan kepada para peserta. Kemeriahan bertambah apabila acara cabutan bertuah diumumkan, membuatkan dewan gamat dengan sorakan dan tawa. Tidak cukup dengan itu, pihak penganjur turut mempersembahkan Box Pa&Ma Istimewa sebagai tanda kasih dan penghargaan kepada peserta yang sentiasa setia bersama komuniti Pa&Ma.
Yang pasti, program ini telah berjaya merealisasikan misi sepanjang INTIMATE Keluargagader Hi-Tea berlangsung untuk membentuk sebuah komuniti yang mementingkan nilai kekeluargaan. Bukan itu sahaja, program santai ini juga penuh dengan gelak tawa, perbualan santai serta ibu bapa yang berkongsi pengalaman keibu bapaan.
Inilah momen yang menjadi tujuan utama acara ini diadakan untuk mengeratkan hubungan, memberi ruang kepada ibu bapa bernafas seketika dari kesibukan harian, dan menyedari bahawa mereka tidak sendiri dalam perjalanan keibubapaan ini.
Majlis diakhiri dengan sesi foto kenangan, merakam senyuman dan keakraban yang terjalin sepanjang petang. Walaupun ringkas, program ini meninggalkan kesan mendalam kepada semua yang hadir bukan sekadar sebagai tetamu, tetapi sebagai sebuah keluarga besar yang saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain.
Anak perempuan 12 tahun hidap kanser, perut buncit macam hamil -“Anak saya tidak mengandung. Itulah luahan Siti Nazirah Razali, 35, apabila ada yang memandang sinis kepada perut anaknya berusia 12 tahun yang kelihatan buncit seakan-akan perempuan hamil.
Lebih mengejutkan, katanya, ada yang berani bertanyakan soalan itu khalayak ramai sehingga membuatkan terkedu dan matanya berkaca menahan kesedihan memikirkan ujian dihadapi anaknya itu, Nor Ariana Mohd Shahrul Afendi.
Anak sulung daripada dua beradik itu menghidap penyakit mixed germ cell tumour (yolk sac and teratoma) iaitu melibatkan ketumbuhan yang mengandungi sel rambut dan gigi sehingga membuatkan perutnya membuncit.
Siti Nazirah memberitahu, penyakit ketumbuhan anaknya itu dikesan ketika berusia sembilan tahun.
“Pada waktu itu saya perasan perutnya kelihatan seperti mengeras. Bila ditanya, Nor Ariana memberitahu dia tidak merasa sebarang sakit.
“Sehinggalah satu hari dia mengadu sakit perut seperti memulas. Kami bawa ke klinik dan apabila diperiksa didapati dia menghidapi sembelit. Doktor hanya memberikan ubat sembelit,” katanya kepada Sinar Ahad ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh Badang, Pengkalan Chepa.
Menurut suri rumah itu, episod duka bermula apabila Nor Ariana sekali lagi diserang sakit perut yang memulas dan sukar untuk membuang air besar, sebelum ketumbuhan mula dikesan.
Ujarnya, hasil pemeriksaan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) mengesahkan anak mereka menghidap kanser.
Siti Nazirah memberitahu, sejurus menerima khabar tersebut, dia dan suami, Mohd Shahrul Afendi Mat, 38, hilang kata-kata serta menangis terkenangkan nasib anak.
Siti Nazirah mengakui dia tidak kuat untuk menghadapi ujian tersebut namun apabila melihat Nor Ariana yang kuat semangat, langsung tidak menangis mahupun merengek sepanjang mendapatkan rawatan kemoterapi, menjadikan dirinya bersemangat.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.